Rabu, Jun 28, 2006

Cermin Mata

Kamu tahu apa benda yg sukar dicari di pagi hari. Ketika kamu bersiap sedia memulakan hari baru. Ketika kamu tergesa2 ingin pergi ke tempaat kerja.
Cermin mata...
Ya. Pagi tadi puas aku "mengemas" seisi rumah mencari cermin mata letaknya entah di mana. Nasib adik pompuan aku sudi tolong carikan tp mulutnya x henti membebel akan sikap suka letak barang merata2. Tapi aku tak etak cermin mata itu merata2. Sekurang2nya tidak utk semalam. Kali terakhir aku ingat cermin mata itu aku pakai sebelum aku tertidur di depan tv menyaksikan Piala Dunia jam 3 pagi. Udahler Spain kalah mlm td, cermin mata aku turut kecewa menyorokkan diri.
"Dah tau nak tido, letak ler elok2 kat atas tv, kabinet ker. Ini biar kat lantai jer. Kang terpijak, tertindih patah dah susah", bebelnya untuk sekian kali.. Ya...ya.. aku tahu. Tapi aku x sedar pun bila mata ini tertutup. Seperti biasa tiap kali aku tgk bola di pagi hari, aku tidur separa jaga. Sedar2 aku terjaga tanpa cermin mata itu. Lagipun kalau aku tido tanpa cermin mata, aku khuatir tak dapat mengecam wajah aweks yg hadir dlm mimpi. Dan mungkin juga wajah CT hadir menemani mlm itu.
"Ni haa. Lain kali cari pakai mata", nasihat adik meniru gaya Dr.Mashitah. Hmm.tidakkah kau tahu, org yg bercermin mata tetapi tidak memakainya seakan buta juga. Mana mungkin kami dapat mencari cermin mata tanpa "mata".
Nota: Baru sedikit nikmat Tuhan ditarik, aku dah teraba2 biar mata terbuka. Tapi cepat benar aku lupa, dah dapat cermin mata aku sering terpandang & memandang 'pemandangan' yg tak sepatutnya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sehebat2 otak manusia pun, dia tak tau pukul berapa sebenarnya dia tido.ahaks.

Tanpa Nama berkata...

persal susah² carik? persal tak miskol jerk. hahaha...(member aku kalau xjmp carik brg je, sumer dia nk miskol....)

erk...bro kemat. better pasni pakai spec yg ade tali leh gantung kat leher tu. so lenkali xdela ilang lg..heheh...

Tanpa Nama berkata...

ishk.. nak buat lagu mana kemat, dah org tunjuk kita tengok je la..hehe

Tanpa Nama berkata...

alamak..terasa la..kene kurangkan layan cup-cup sempene world cup neh..

Tanpa Nama berkata...

dude..
dah kena tag daaa...

Tanpa Nama berkata...

Salamm..analisis aku menunjukkan graf ko mendatar...

Miriguy berkata...

susah yek?
lain kali sebelum tido, letak la kat tempat yg senang carik.
Jgn amalkan sikap cuai ni,
nanti silap aribulan, anak, bini pun lupa mana letak, hehe!!
Jgn marah. nanti cepat tua!

Kemat berkata...

neeziee:
nanti aku ajrkan otak aku untuk belajar tgk jam
cikin:
Saya dah cuba. Tapi jawapannya "nombor yg anda dail tiada dalam perkhidmatan"
benggong:
kali ini aku ikut nasihat kamu
ise:
ya..aku juga dah kuranggkan memandangnya. Kalau dulu tgk 2-3 kali..kali ini aku tgk sekali tak mata berkelip.
paqlee:
nilai pemalar c adalah 0. maka bila dimasukkan rumus y=mx + c, maka geraf yg terhasil pasti mendatar kerana tiada kecerunan yg direkodkan. Bile mase plak ader kelas matematik nie
miriguy:
kamu sebut pasal anak dan bini, kelam kabut aku cari di mana mereka td. Seketika kemudian aku baru teringat aku belum berbini dan punyai anak lagi rupanya. Nasib. Ingatkan dah ilang td.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Amoi ada....kekeke...nanti die bleh selesaikan teka teki ko ngan kamiran....