Kat opis pagi tadi ada majlis tandatangan. Seperti yang kamu selalu tengok kat tv slot berita jam 8 malam. Tapi pagi tadi tiada pemberita. Cuma jurugambar. Itupun dari opis aku juga. Kami orang2 di opis ini boleh melakukan apa sahaja. Dari menjadi jurugambar, model gambar, pengacara majlis jua penceria majlis.
Maka orang2 besar dari pihak yang menurunkan tandatangan itu hadir. Ya, itu sudah pasti. Majlis itu tak akan berlangsung tanpa mereka. Mereka datang lambat tapi masih mampu duduk di kerusi empuk di meja persidangan. Orang2 kecil seperti aku hanya terintai2 di luar pintu. Sesekali cuba menangkap perbualan mereka yang seringkali diselang seli dengan tawa. Kami dengar amanat dari mereka. Tentang janji yang perlu ditunaikan. Tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Buat mereka di dalam. Jua di luar bilik.
Aku cuba amati amanat itu dengan bersungguh2. Sambil mata mengintai2 arah suara dilontarkan. Tapi pandangan aku lebih terarah pada 3 baju jalur. Bila bertentang mata, terus aku terlupa. Pada janji dan tanggungjawab tadi. Kini aku ada tanggungjawab yang baru pula. Kali ini aku tak lupa lagi. Mana mungkin aku lupa. Pada 3 baju jalur belang2 itu. Jalur merah. Jalur biru dan jalur merah jambu.
Selepas orang2 besar itu bersalam sambil kami bertepuk tangan, kami makan. Kali ini kami orang2 kecil sudah boleh masuk ke dalam. Duduk di kerusi empuk makan nasi lauk ayam. Juga 3 baju jalur itu. Kami duduk bertentangan. Aku makan dengan tenang. Sesekali mengerdip pandang. Ayam pedas terasa manis. Nasi sepinggan masih belum mengenyangkan.
Kamu mungkin fikir aku sudah gila bayang. Kamu silap. Sebenarnya kami2. Aku dan mereka2 di sini. Tapi kami bukan hilang akal fikiran. Cuma di mata asyik terbayang. Pada 3 baju jalur. Jalur merah. Jalur biru dan jalur merah jambu.
Nota: sekian lama aku hilang arah. tiada fokus untuk menulis blog jua pada kerja yang dibayar gaji. Hari ini aku cuba lagi. Menulis kembali lagi dan lagi. Terus bekerja. Hari demi hari.
5 ulasan:
pembetulan : "belang2 sendat".
huhhuhu...
pepagi td dah baca entry ni.tp blur. xtau sape 3 baju jalur belang² tu.
tp la ni,baru ku terpk 'ni mesti 3awek cun pakai blouse belang²'
cet! tmbh lak statement bro neeziee, 'belang² sendat'. hahahahaa.. betul la tu... ;p
oooo... awek ka, awat tak habaq awai2
ntah..aku pon baca blur gak..tok pehe eh..dok pahang setarang...ke sebb aku terlebih layan cup2 tempoh hari..kuikuikui
belang pun belang la...dasat sbb tgk belang je ayam pedas jd manis...hihihi...dasat2!
Catat Ulasan