Isnin, Jun 19, 2006

Filem Pilihan Liepan : 9 Naga

Sepatutnya aku mengulas tentang teater Neraka Petualang. Itulah hasrat awal pada tika aku melangkah masuk ke dewan pementasan. Namun pementasan yg sedikit hambar mematikan angan2ku. Di rumah bujang tanpa Astro untuk kamu menyaksikan perlawanan antara Portugal & Iran, layan vcd adalah pilihan terbaik. Sekurang-kurangnya kamu ada sesuatu utk di tulis dlm diari seorg lelaki ttg aktiviti kamu di mlm minggu.

9 Naga bukanlah sebuah filem baru. Ia telah lama meninggalkan panggung. Sudah berbulan2 ia bertukar tangan dari penjual vcd cetak rompak kpd pembeli tegar di pasar malam sebelah masjid usang. Entah knapa 3 minggu aku biarkan vcd itu terperap antara koleksi dvd yg lain. 3 minggu selepas membayar harga untuk 2 keping vcd karya Rudi Soedjarwo, baru mlm tadi aku berkesempatan memahami rahsia di sebalik 9 Naga itu. Sepertimana dia memukau aku melalui babak anak2 gadis menari seksi dlm bilik untuk ’Ada Apa Dengan Cinta’, 9 Naga menyajikan kekuatan dialog2 pendek yang begitu mendalam maksud taksirannya.
9 Naga mengisahkan tentang Marwan, Donny & Lenny yg mula mengikat tali persahabatan semasa bergelut dgn samseng kampung ketika usia mereka belasan tahun. Dalam kesempitan hidup itu, mereka ditunjukkan wang boleh dicari dengan darah & nyawa. Itulah yg mereka lakukan untuk 13 tahun lamanya ketika kehidupan pada mereka hanyalah diri sendiri. Namun apabila perjalanan hidup itu turut dikongsi bersama orang2 tersayang, masing2 mula menyedari jalan yg dipilih bukanlah jalan kebahgian yang dijanjikan. Namun setelah sekian lama kamu tersesat di jalan yang salah, terlalu sukar untuk melepaskan diri dari cengkaman kejahatan yang menakutkan. Kamu dibelenggu oleh dosa dan permainan ciptaan kamu sendiri.
9 Naga membawa mesej yg berat dalam garapan cerita yang mudah dan penuh kejujuran. Bait2 dialognya mampu membuatkan kamu berfikir dan mantaksir. Aku tinggalkan kamu bersama dialog2 itu yg masih segar dan berlegar di fikiran. Andai kamu berpeluang menyaksikannya, kamu pasti jelas benar akan maksud kata2 itu.

Surat dari Marwan untuk isterinya.
”Terima kasih utk memberi maaf sebelum aku meminta”
Nasihat Marwan pada anaknya.
”Jgn salah mewarnakan pokok. Mulakan sesuatu dengan betul.”
Pesan Marwan pada sahabatnya Lenny.
”Jalan terus ke depan. Tak usah belok2. Tak perlu toleh ke belakang”
Kata Lenny pada Rosmina


5 bintang untuk 9 Naga.

Kod Wayang Liepan
5 bintang : Dapatkan vcd. Kalau boleh yg asli. Untuk koleksi.
4 bintang : Kamu masih perlu beli vcd walaupun bukan yg asli.
3 bintang : Kalau tak nak beli, boleh pinjam dari kawan.
2 bintang : Tunggu sajelah keluar kat TV.
1 bintang : Lebih baik kamu tgk drama ’Sembilu Kasih’
Bulan : Bonus tambahan


5 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Dalam 9 Naga, heronya jahat. heronya hitam, tidak putih.

Pembikin filem M'sia tidak reti buat filem begini.

Tanpa Nama berkata...

best sgt ke dude? nape aku cam xde prasaan je nk tgk citer ni ekk?

Rie berkata...

sory ye,
sinaganaga origami tak berlakon dalam filem ini

Kemat berkata...

Tok Rimau:
heronya jahat, heronya hitam, tidak putih. Mungkin aku leh jadi hero seperti itu.

Cikin:
Sekali lagi saya mengesyorkan pada kamu.

Esis:
Sinaganaga tidak jahat, tidak hitam tapi putih.

Tanpa Nama berkata...

citer nie mmg best, penuh makna.. so touching.. aku suke watak marwan, he's so great!