Jumaat, Jun 30, 2006

KEne Tag Lagi..

Ingat nak hapdet td..bile bukak blog baru perasan kne tag ngan cik cikin... kalu org dah jual pantun kne beli..dah di tag kne la jawab kot..tambah lak cikin kata dapat jawab dia belanjer makn KFC 3 hari 2 mlm...jadi inilah jawapan hamba..

4 jobs I would stink at:
- perogol
- peragut
- perompak
- penyamun


4 nicknames I'm making up for myself:
- kemat
- badul
- chempedak
- liepanbetina

4 movies I can watch over & over:
- While You Were Sleeping
- Ceghita P.Ramlee
- Braveheart
- Bukit Kepong

4 alcoholic beverages I enjoy from time to time:
- errrk..kne isi gak ker soklan nie..

4 fantastic destinations I would like to go to on vacation before I pass out:
- Kepulauan Carribean
- Kemboja
- Sabah
- pi Mekah...

4 celebrities I would go on a Big Date with:
- Ct. Nurhaliza
- anak Pak Cik Tarudin yg berusia 27thn
- aweks yg asyik digosip'n ngan Datuk K
- penyanyi lagu "Aku Cinta Padamu"

4 objects I could not live without:
- cermin mata
- henpon (stakat seminggu x der henpon ok lagi)
- pc with internet connection
- dan segala barang2 kat umah tu..

4 gadgets I do not have which I would like to have:
- laptop (sndri punye)
- mp3 player
- digital camera
- pda phone

4 wannabe bloggers tagged:
- ct nurhaliza(err..dia ader blog ker)
- ise
- easis
- sama seperti di atas

Rabu, Jun 28, 2006

Cermin Mata

Kamu tahu apa benda yg sukar dicari di pagi hari. Ketika kamu bersiap sedia memulakan hari baru. Ketika kamu tergesa2 ingin pergi ke tempaat kerja.
Cermin mata...
Ya. Pagi tadi puas aku "mengemas" seisi rumah mencari cermin mata letaknya entah di mana. Nasib adik pompuan aku sudi tolong carikan tp mulutnya x henti membebel akan sikap suka letak barang merata2. Tapi aku tak etak cermin mata itu merata2. Sekurang2nya tidak utk semalam. Kali terakhir aku ingat cermin mata itu aku pakai sebelum aku tertidur di depan tv menyaksikan Piala Dunia jam 3 pagi. Udahler Spain kalah mlm td, cermin mata aku turut kecewa menyorokkan diri.
"Dah tau nak tido, letak ler elok2 kat atas tv, kabinet ker. Ini biar kat lantai jer. Kang terpijak, tertindih patah dah susah", bebelnya untuk sekian kali.. Ya...ya.. aku tahu. Tapi aku x sedar pun bila mata ini tertutup. Seperti biasa tiap kali aku tgk bola di pagi hari, aku tidur separa jaga. Sedar2 aku terjaga tanpa cermin mata itu. Lagipun kalau aku tido tanpa cermin mata, aku khuatir tak dapat mengecam wajah aweks yg hadir dlm mimpi. Dan mungkin juga wajah CT hadir menemani mlm itu.
"Ni haa. Lain kali cari pakai mata", nasihat adik meniru gaya Dr.Mashitah. Hmm.tidakkah kau tahu, org yg bercermin mata tetapi tidak memakainya seakan buta juga. Mana mungkin kami dapat mencari cermin mata tanpa "mata".
Nota: Baru sedikit nikmat Tuhan ditarik, aku dah teraba2 biar mata terbuka. Tapi cepat benar aku lupa, dah dapat cermin mata aku sering terpandang & memandang 'pemandangan' yg tak sepatutnya.

Selasa, Jun 27, 2006

3 Baju Jalur Belang2.

Kat opis pagi tadi ada majlis tandatangan. Seperti yang kamu selalu tengok kat tv slot berita jam 8 malam. Tapi pagi tadi tiada pemberita. Cuma jurugambar. Itupun dari opis aku juga. Kami orang2 di opis ini boleh melakukan apa sahaja. Dari menjadi jurugambar, model gambar, pengacara majlis jua penceria majlis.
Maka orang2 besar dari pihak yang menurunkan tandatangan itu hadir. Ya, itu sudah pasti. Majlis itu tak akan berlangsung tanpa mereka. Mereka datang lambat tapi masih mampu duduk di kerusi empuk di meja persidangan. Orang2 kecil seperti aku hanya terintai2 di luar pintu. Sesekali cuba menangkap perbualan mereka yang seringkali diselang seli dengan tawa. Kami dengar amanat dari mereka. Tentang janji yang perlu ditunaikan. Tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Buat mereka di dalam. Jua di luar bilik.
Aku cuba amati amanat itu dengan bersungguh2. Sambil mata mengintai2 arah suara dilontarkan. Tapi pandangan aku lebih terarah pada 3 baju jalur. Bila bertentang mata, terus aku terlupa. Pada janji dan tanggungjawab tadi. Kini aku ada tanggungjawab yang baru pula. Kali ini aku tak lupa lagi. Mana mungkin aku lupa. Pada 3 baju jalur belang2 itu. Jalur merah. Jalur biru dan jalur merah jambu.
Selepas orang2 besar itu bersalam sambil kami bertepuk tangan, kami makan. Kali ini kami orang2 kecil sudah boleh masuk ke dalam. Duduk di kerusi empuk makan nasi lauk ayam. Juga 3 baju jalur itu. Kami duduk bertentangan. Aku makan dengan tenang. Sesekali mengerdip pandang. Ayam pedas terasa manis. Nasi sepinggan masih belum mengenyangkan.
Kamu mungkin fikir aku sudah gila bayang. Kamu silap. Sebenarnya kami2. Aku dan mereka2 di sini. Tapi kami bukan hilang akal fikiran. Cuma di mata asyik terbayang. Pada 3 baju jalur. Jalur merah. Jalur biru dan jalur merah jambu.
Nota: sekian lama aku hilang arah. tiada fokus untuk menulis blog jua pada kerja yang dibayar gaji. Hari ini aku cuba lagi. Menulis kembali lagi dan lagi. Terus bekerja. Hari demi hari.

Khamis, Jun 22, 2006

Siput Sedut

Tgh hari. Pukul 1. Kami ke warung Tijah. Tijah bukan nama tokey warung itu. Nama Tijah tiada pada papan tanda warung itu. Tijah cuma kerja di situ. Jadi pelayan. Cuci pinggan. Tapi Tijah itu cantik. Pinggangnya ramping. Kulitnya putih mulus. Sentiasa tersenyum. Pada kami yang rajin bertandang. Kami namakan warung itu Warung Tijah.

Di warung Tijah kami makan siput sedut. Kami ambil semangkuk. Mangkuk besar. Separuh dari siput dalam periuk kami kaut. "Mangkuk ayun punya budak", getus pelanggan kat belakang barisan itu. "kot yer pun jgn la rembat abis. Abis tu org lain nak makan aper". Betul ker dia cakap sebegitu. Aku teka ajer. Teka dari reaksi senyum kelat di bibirnya.

Kami berebut2. Menyedut siput. Siput masak lemak cili api. Bukan, siput masak lemak kuning. Cam kaler kuahnya. Aku dan Niki bertanding. Sape sedut paling banyak dia terrer. Sapa terrer tak yah bayar. Aku tahu aku akan kalah. Lantaran gaya pemakanan aku yg perlahan penuh kesopanan. Aku hanya mampu menyedut seekor pada satu2 masa. Tapi Niki tidak. Dia sedut serentak. 2 ekor sekali sedut. Aku tak mahu kalah. Separuh dari siput sedut itu aku cedok ke pinggan aku. "Woiit main tipu", bentak Niki. Takdelah. Ini strategi aku. Tak kisahlah kalau makan lambat. Kuantiti siput yg berjaya disedut di pengakhirannya masih sama. Kami seri. Kata aku tiada pemenang. Kata Vince AF1 tiada pengalah jua.

Dah abis makan. Perut dah kenyang. Tali pinggang dilonggarkan bagi memberi keselesaan. Awek kedai datang. Ya. Dia Tijah yg aku maksudkan. Amik mangkuk. Kutip cawan. 18 hinggit. Jelasnya dengan senyuman. Kali ini kami tak berebut-rebut. Aku biarkan Niki bayar dulu. Tapi dia tiba2 kelihatan sibuk. Cari mancis keluarkan rokok.

Aku tak biasa menyiksa perempuan. Biarkan Tijah berdiri dan menunggu satu penyiksaan buatnya. Aku keluarkan 2 not kaler merah dari dompet. Not terakhir milikku. Senyuman & terima kasih Tijah menggembirakan aku. Siput sedut tadi terasa lebih mengenakkan.

Isnin, Jun 19, 2006

Filem Pilihan Liepan : 9 Naga

Sepatutnya aku mengulas tentang teater Neraka Petualang. Itulah hasrat awal pada tika aku melangkah masuk ke dewan pementasan. Namun pementasan yg sedikit hambar mematikan angan2ku. Di rumah bujang tanpa Astro untuk kamu menyaksikan perlawanan antara Portugal & Iran, layan vcd adalah pilihan terbaik. Sekurang-kurangnya kamu ada sesuatu utk di tulis dlm diari seorg lelaki ttg aktiviti kamu di mlm minggu.

9 Naga bukanlah sebuah filem baru. Ia telah lama meninggalkan panggung. Sudah berbulan2 ia bertukar tangan dari penjual vcd cetak rompak kpd pembeli tegar di pasar malam sebelah masjid usang. Entah knapa 3 minggu aku biarkan vcd itu terperap antara koleksi dvd yg lain. 3 minggu selepas membayar harga untuk 2 keping vcd karya Rudi Soedjarwo, baru mlm tadi aku berkesempatan memahami rahsia di sebalik 9 Naga itu. Sepertimana dia memukau aku melalui babak anak2 gadis menari seksi dlm bilik untuk ’Ada Apa Dengan Cinta’, 9 Naga menyajikan kekuatan dialog2 pendek yang begitu mendalam maksud taksirannya.
9 Naga mengisahkan tentang Marwan, Donny & Lenny yg mula mengikat tali persahabatan semasa bergelut dgn samseng kampung ketika usia mereka belasan tahun. Dalam kesempitan hidup itu, mereka ditunjukkan wang boleh dicari dengan darah & nyawa. Itulah yg mereka lakukan untuk 13 tahun lamanya ketika kehidupan pada mereka hanyalah diri sendiri. Namun apabila perjalanan hidup itu turut dikongsi bersama orang2 tersayang, masing2 mula menyedari jalan yg dipilih bukanlah jalan kebahgian yang dijanjikan. Namun setelah sekian lama kamu tersesat di jalan yang salah, terlalu sukar untuk melepaskan diri dari cengkaman kejahatan yang menakutkan. Kamu dibelenggu oleh dosa dan permainan ciptaan kamu sendiri.
9 Naga membawa mesej yg berat dalam garapan cerita yang mudah dan penuh kejujuran. Bait2 dialognya mampu membuatkan kamu berfikir dan mantaksir. Aku tinggalkan kamu bersama dialog2 itu yg masih segar dan berlegar di fikiran. Andai kamu berpeluang menyaksikannya, kamu pasti jelas benar akan maksud kata2 itu.

Surat dari Marwan untuk isterinya.
”Terima kasih utk memberi maaf sebelum aku meminta”
Nasihat Marwan pada anaknya.
”Jgn salah mewarnakan pokok. Mulakan sesuatu dengan betul.”
Pesan Marwan pada sahabatnya Lenny.
”Jalan terus ke depan. Tak usah belok2. Tak perlu toleh ke belakang”
Kata Lenny pada Rosmina


5 bintang untuk 9 Naga.

Kod Wayang Liepan
5 bintang : Dapatkan vcd. Kalau boleh yg asli. Untuk koleksi.
4 bintang : Kamu masih perlu beli vcd walaupun bukan yg asli.
3 bintang : Kalau tak nak beli, boleh pinjam dari kawan.
2 bintang : Tunggu sajelah keluar kat TV.
1 bintang : Lebih baik kamu tgk drama ’Sembilu Kasih’
Bulan : Bonus tambahan


Rabu, Jun 14, 2006

Kau Basuh Lukamu Dengan Air Mata

Hujung minggu yg lalu, Wan dtg umah aku. Bersama anak sulungnya. 2 tahun umur anak itu. Firdaus namanya. Putih macam isteri Wan.
Aku lebih senang pertemuan itu berlangsung di kedai kopi, tak payah susah2 aku nak pikir pasal hidangan utk tetamu. Tapi Wan kata nak tengok koleksi album gambar aku. Gambar masa kami kat 'U' dulu.
Nasib baik rumah bujang aku punyai serbuk teh cap masjid yg wangi itu. Takdelah aku nak jamu air kosong jer. Cuma Wan perlu mnum teh itu dgn serbuk daunnya sekali. Sbb rumah bujang aku tiada penapis teh.

Anak Wan ligat bermain dalam bilik, tatkala aku ngan Wan leka menatap gambar2 kenangan itu. Kata Wan dia tak sangka mendahului aku. Dalam soal keluarga terutamanya. Aku kata selama ini kamu memang sentiasa di depan. Aku hanya menjadi pembonceng pada moto Yamaha SS itu sedangkan kamu adalah pemilik dan ridernya yg sebenar. Jadi benarlah aku yg sentiasa di belakang. Kamu sudah lama di depan.

Wan geleng kepala tengok umah aku. Kosong macam hati aku katanya. Di bilik tidur cuma ada 'toto' dan almari baju. Di ruang tamu cuma ada tv dan tikar. Di dapur cuma ade cerek elektrik dan deretan pek mamee Mawi panas berapi.

Sedang kami sibuk bercerita, tiba2 kami terdengar jeritan anak Wan. Aduh. Tangan lembut anaknya terluka kene serpihan botol kaca yang terlepas dari genggamannya. Wan sedikit panik. Anaknya terus menangis tanpa menghiraukan pujukan kami. Aku cuba nak amalkan ilmu yg aku dpt masa join Persatuan Bulan Sabit Merah kat sekolah rendah dulu. Tapi baru aku sedar. Rumah kosong bujang aku tiada peti 'first aid'. Tiada 'handyplast'. Tiada ubat sapu kaler kuning itu. Minyak gamat, minyak lintah tapa, minyak belacak juga tiada. Kesian anakmu Wan. Kesian kamu Firdaus. Terpaksalah kau basuh lukamu dengan air mata. Sementara aku ke kedai mencari ubat penyelesaian kepada kesakitan itu.

Isnin, Jun 12, 2006

Bil Pembetungan (Kemat feat Neeziee)


Pantai.
Suasana yang aman harmoni tiba-tiba berubah
Orang ramai berlari bertempiaran..
Berteriak...
Masing-masing cuba menyelamatkan diri..
Lariii...lariii...
abang sewa pelampung : kenapa ni dik??tsunami??jerung?naga?rimau?mat jan??
awek lari lari : najiss tenggelam timbul...
Sambil berlalu menyambung pelarian mereka..

Bayarlah bil pembetungan anda supaya najis anda dapat di "flush" ke loji.
Jangan biarkan najis anda terbuang tanpa penjagaan dan rawatan rapi..
Iklan layanan masyarakat ini dibawakan oleh neezmo networks
untuk panas fm - "sepanas api neraka"

#Entri ini adalah hasil gubahan neeziee. Spt Mawi b'duet dgn sifunya M.Nasir, entri ini merupakan kolobrasi kemat & sifunya neeziee. Ia adalah gabungan 2 budaya dan gaya sptmana kolobrasi Too Phat & Ct, Raihan & Awie. Nak edisi yg lebih pnjng sila ke http://neezmo.net/

Sabtu, Jun 10, 2006

Wan Akasyah Berduet Dengan 'Siti'

Err..korang ada kemana2 tak Sabtu malam nie. Terutamanya warga Penang yang dok sebelah pulau nie. Aku nak ajak korang smua pi tengok Ustaz Wan Akasyah berduet ngan Siti. Tak yah nak kne bayar pun. Maner dapat korang tgk show percuma live lagi. Siap leh amik autograf lagi. Jadi sesaper yg takder kje malam Sabtu nie selain nak tgk AF4 jomlah pakat kita pi ke flat Mutiara Idaman 1, Solok Medan Tunku, Jelutong. Jgn lupa yek. Sabtu 10/06/06. Jam 9.00 malam. Kita jumpa disana. Kita dengar amanat yg nak disampaikan oleh Ustaz Wan Akasyah & isterinya Siti Norbaiyah.
Ustaz Wan Akasyah nie adalah ustaz aku masa sek men dulu. Slalu la aku kne kejar ngan rotan sbb lambat pi surau masa kat asrama dulu. Kadang2 main sembunyi2 lak ngan dia. Masa sekolah dulu Ustaz Wan mmg top ngan kuliah dia yg best. Terutamanya bile citer pasal jin dan qarin. Rasa teruja plak nak jumpa ustaz sndri. Udah ler dia mai ceramah kat flat aku tinggal kat Penang nie.
Siti Norbaiyah nie aku kira korang memang kenal abis. Inilah orgnya yg terkenal dengan urutan cakar harimaunyer. Masa sekolah dulu Ustazah Siti Norbaiyah nie masih seorng surirumah. Aku tak sangka plak rupanya dia berbakat besar dalam ceramah agama nie.
Korang jangan tak tau plak, Ustaz Wan masa kat sekolah dlu top jugak ngan bisnes nasi lemak dia. Aku la antara org yg dok jual nasi lemak dia kat koperasi sekolah. Hmm.. entahlah apa agaknya reaksi Ustaz Wan bila dia jumpa aku nanti. Entah dia masih knal aku lagi tak. Tapi org kata student nakal nie slalu dalam ingatan cikgu2. Yer ker..
Jika berpeluang bersemuka ngan Ustaz Wan, aku nak ucapkan tima kasih banyak2 kat dia sbb ajar aku segala ilmu fardhu ain dan ilmu agama nie. Cuma aku jer malas nak belajar. Maaflah Ustaz kalau dahulu saya sedikit tidak mendengar kata. Dalam cabaran dan dugaan hidup hari ini, saya semakin mengerti pentingnya asas didikan agama sebagai pendinding diri dari segala macam kejahatan.

Rabu, Jun 07, 2006

Mimpi Mereka Masih Mimpi Yang Sama

Benar. Kekalahan skuad MyTeam pd skuad Msia bukanlah berita baru. Kamu sudah jelas benar akan keputusan perlawanan itu. 1 berbalas 2. Jika ada yg masih belum tahu. Benar. Perkara ini sudah lama berlalu. Dah berminggu.
Tapi dalam kehangatan Piala Dunia yg semakin hampir menyingkap tirainya, MyTeam masih jadi topik perbincangan. Benar. MyTeam bukanlah antara pasukan yg beraksi di bumi Jerman. Negara kelahiran pemain MyTeam juga tidak beraksi di kejohanan prestij itu. Namun keupayaan My Team menyaingi skuad Msia msih jadi sebutan. Benar skuad Msia yg ditentang bukanlah skuad sebenar kebangsaan. Itu cuma skuad bawah 20 thun. Keinginan MyTeam bersaing dalam liga Piala Malaysia juga jadi bualan.
Aku sememangnya tak ingin mengulas akan keupayaan serta kemampuan MyTeam. Baik ketika beraksi menentang Msia atau niat menyertai liga. Kamu sendiri sudah menyaksikannya. Kamu sendiri sudah baca mengenainya. Di akhbar, di majalah, sewaktu berita TV3.
Hari ini jari2 ini ingin menaip akan kisah dan impian pemain2 MyTeam. Tentang mimpi mereka bila skuad ini dibentuk. Bila kelibat Shebby dan Khairy masuk kampung cari bakat2 yang mampu mencalarkan nama skuad Msia itu. Kamu tentu masih ingat. Telah dicanang2kan. MyTeam bakal menentang skuad utama Msia. Ketika itu kamu sudah memasang impian. Dan bermimpi. Menentang skuad kebangsaan senior. Tak dinafikan reputasi skuad bawah 20 tahun cukup hebat dengan keupayaan menewaskan pencabar dalam perlawanan persahabatan di Eropah. Tapi ini soal janji. Tentang mimpi kami di kampung.
Sepatutnya FAM faham tentang mimpi kami. Melihatkan skuad senior Msia menerima cabaran MyTeam. Sememangnya skuad senior yang bertanggungjawab akan palit arang di muka kita. Akan kegagalan kita mengatasi negara jiran yang suatu tika dulu cukup menghormati kita. Apakah skuad senior ini sudah lupa. Kamu smua yg perlu dihukum bila kita tewas pada Vietnam, dimalukan Filipina, dijinakkan Indonesia. Bambang lebih dikenali berbanding Akmal Rizal. Kelincahan Eliboey lebih digeruni berbanding Indra.
Entah kenapa FAM seakan tidak mengerti mimpi kami. Mungkin MyTeam bukanlah kaedah terbaik menghimpunkan pemain berbakat di seluruh negara. Tapi apakah FAM tidak perasan akan minat rakyat Msia setiap kali pemilihan MyTeam dilakukan. Suasananya seperti dulu. Bola sepak sukan yg cukup gah. Pertandingan bola peringkat sekolah zon pekan2 kecil pun jadi tumpuan. Kini, sukar untuk kamu lihat stadium itu penuh. Tapi sorakan MyTeam pada perlawanan tempoh hari menunjukkan minat itu masih ada.
Aku pasti FAM juga pernah bermimpi. Skuad kebangsaan menentang skuad gergasi seperti Argentina, England dan Jerman. Tapi jika kamu hanya berpeluang menentang skuad kedua atau skuad remaja negara ini, kamu pasti hampa walau kamu menang. Kerana ia tak sama seperti mimpi kamu.
Pemain MyTeam pernah bermimpi menentang skuad utama Msia. Nampaknya, mimpi mereka masih mimpi yang sama.

Selasa, Jun 06, 2006

Kembali.

Dia muncul lagi. Setelah seketika menyepi. Setelah kelibatnya dirindui. Mungkin. Atau mereka bertepuk tangan. Ketiadaannya bermakna tiada lagi sindiran tajam. Walaupun dia banyak berdiam. Tapi sindirnya tajam. Menikam.
Pagi ini dia muncul lagi. Wajah yang sama. Misi yang serupa. Menjadi mata dan telinga. Semangatnya semakin membara. Dan di pagi hari. Dia sudah disapa dan ditanya. Akan kehilangan seketika dari mata2 mereka.
Anak mami : Hai En Kemat. Lama tak nampak. Busy ker..
Kemat : Saya balik KL seminggu..
Anak mami : Ohh.. patutlah lamer tak dengar cerita. Apehal lak balik KL. Seminggu lak tu..
Kemat : Biasa la. Cuti2 sekolah. Bawak anak2 jenjalan makan angin ckit.
Anak mami : Eh.. En Kemat dah kawin ker..
Kemat : Err.. belum rasanya..
Anak mami : Ha.. ha.. haa..
& Kemat

Entahla.. masa kat Penang.. aku rindui mereka di KL, bila seminggu di sana aku teringat2 akan mereka di Penang dan tak sabar2 untuk kembali ke sana... kini aku sudah bertapak di Penang tapi wajah KL pula yg terbayang dalam mimpi malam td..

Sabtu, Jun 03, 2006

'Model' Kete

Sesambil mnum kat kdai kopi di pagi hari, En Lepat kelihatan beria2 mempromosikan pameran kete kat PWTC. Lagaknya dah seperti agen jual tiket pameran kete tu. Aku syak dia dapat komisen setiap kali berjaya bawa org ke pameran tu.

Lepat : Mat, ngko tak nak gi tgk show kete ke kat PWTC.
Aku : Hmm.. cam mnarik gak aku tgk promo dia. Tp tiket mahal sngt ler. 20 tue...
Lepat : Kira ok ler tue.. tue smua model terkini. Aku bru gi minggu lepas. Ingt nak pg lagi la mggu nie. Jom la gerak skali.

Melihatkan En Kemat tidak m'beri'n sebarang reaksi yg positif, segera En Lepat mengeluar'n kamera digitalnya.

Lepat : Ni haa..cuba ngko tengok. Gambar2 yg aku amik nie. Semuanya model terkini.
Aku : Woitt... maner gambo ketenya.. gambo 'modelnya' banyak ler. Seksi plak tue. Ngko nie gie tengok kete ker tgk 'modelnyer'. Tapi tak per lah.

En Lepat arif benar akan bentuk senyuman dan pola mata En Kemat yang asyik memerhatikan pose istimewa gadis2 kereta itu dan sesekali bijak menggunakan aplikasi zoom kamera untuk mendapatkan sudut pandangan yg lebih jelas.

Aku : 20 ringgit tak de la mahal sngt kalu nak dibandingkan dgn peluang yg ngko dapat untuk melihat pusat2 yg bertindik itu. Dan mereka tak akan marah malah bangga jika kamu puji peha dan pusatnya yg putih itu.

Info : KL International Motorshow 06 sedang berlangsung di PWTC sehingga 4/6/06. Nak masuk org tua bayar Rm 20 hinggit. Pastikan anda membawa kamera dan bateri spare.

Khamis, Jun 01, 2006

Misyar

"Hang nak kawin 2 ker makan berpindah tempat", tegur emak pada si anak bongsu. Ya, anak bongsu itu lelaki. Anaknya yang baik itu diam tidak membantah. Segera mengangkat pinggan & gelas dan berpindah 2 kali lagi. Kali ini betul2 depan tv. Tengok Salima menari dalam kelas Cikgu Linda Jasmine.

"Oiitt.. kenapa hang pindah lagi sampai 2 kali. " "Kasi penuhkan kuota mak. Dari 2 kan elok 4", jelas si anak dalam keadaan mulut penuh dengan nasi. "Wah..ada hati nak kawin 4. Kje malas, camner nak tanggung bini sampi 4. Duit hantaran bini no 1 pun lum tentu lepas", bangkang si emak yang juga merupakan bini sulung dari 3 bini2 lakinya. " Apa susah.. sekarang leh kawin misyar apa", yakin si anak memberikan jawapan sambil tersenyum memerhatikan Salima dan rakan2 pompuannya menari lagi. Si anak terus berfantasi. Antara Salima dan "misyar".

Nota kaki: Kata-kata orang tua setiap kali kamu berpindah tempat makan maka kamu akan bertambah seorang isteri sebenarnya adalah kiasan. Sebenarnya jika kamu berpindah banyak kali tempat makan itu, maka kemungkinan kamu akan mengotorkan lebih banyak tempat. Susahlah si ibu nak mengemas berulang kali. Di sana dan di sini. Kamu anak2 lelaki jarang sekali membantu mengemaskan sisa-sisa yang kamu tinggalkan itu.