Isnin, Mei 29, 2006

Cuti-Cuti Jalan2 Pergi Kenduri

Cuti sekolah cukup sinonim dengan kenduri kahwin. Bila kamu mula menerima berpucuk2 kad jemputan kenduri kahwin itu tandanya cuti sekolah kembali lagi. Semasa dalam peringkat umur kanak-kanak, cuti sekolah adalah masanya untuk kamu pulang ke kampung berkubang dalam lumpur sawah menangkap keli atau menjadi tarzan yang terjun tiruk ke sungai dari dahan pokok yang tinggi. Atau kamu seperti aku, anak kampung yang memujuk2 orang tua agar ke Kuala Lumpur melihat rimau di Zoo Negara atau sekadar mengikut emak membeli kain di Globe juga Arked Ibu Kota.
Bila kamu sudah dewasa, sudah cukup umur untuk berumahtangga atau sudah pun memiliki cahaya mata, cuti sekolah dihabiskan dengan bertandang ke kenduri jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai. Adakala kamu menerima 3-4 jemputan dalam hari yang sama. Utara, selatan, timur dan barat, sebelah ayah sebelah emak, sebelah suami jua isteri sehinggakan kamu terpaksa memilih. Yang terdekat, yang rapat, yang makanannya sedap2.
Selain kad2 berwarna warni itu, kamu juga akan menerima panggilan telefon dari kenalan yg sekian lama menghilang. Mulanya bertanya khabar kemudiannya bercerita tentang hari mereka menjadi raja dan kamu diperlukan menghadiri menyaksikan kebenarannya.
Di kampung kamu menghadiri kenduri bersama pisau untuk memotong daging dan juga menyediakan bahan2 masakannya. Memasang khemah yang disewa dari koperasi Masjid, menjadi mentara aka tukang hidang atau menjadi pencuci pinggan. Urusan memasak kamu serahkan pada Pak Lang kamu yang sememangnya arif di kampung itu. Di bandar, kamu hanya perlu berpakaian segak dan bersalam dengan tuan rumah beralaskan sampul tatkala kamu melangkah masuk ke rumah yang berpagarkan bunga manggar. Tak perlu memotong daging, tak perlu memasang khemah, kamu hanya duduk makan sambil memuji akan kebesaran dan kemeriahan kenduri yang dilangsungkan.
Aku ke kenduri bukan sekadar mengenyangkan perut tapi tak pernah pula aku tak makan setiap kali memenuhi jemputan. Bahkan aku pulang bersama bunga telur dan nasi minyak lauk ayam. Kenduri adalah tempat pertemuan. Gathering kata pakcik ku yang graduate dari US. Itulah saat keemasan kamu bertemu dengan teman2 lama. Dalam kesibukan masing2 membanting tulang untuk sesuap nasi, kenduri dijadikan medan bercerita tentang keadaan kamu masa sekarang, tentang keluarga tentang kerjaya. Jua kesempatan mengungkit kisah silam. Anak2 muda yang nakal dalam mengenali kehidupan dunia. Masing2 menegur akan perubahan dan perbezaan. Pada gaya, fizikal jua perwatakan. Ada yang masih sama seperti dulu. Sekali sekala perbualan kamu terhenti. Suasana senyap dan diam. Pada masa anak2 gadis berkebaya kurung melintas sambil muka tunduk malu kontrol ayu.
Cuti2 sekolah kamu tidak seperti dahulu lagi. Tiada lagi kunjungan ke zoo atau berebut2 dahan nan sebatang di perdu pokok rambutan. Cuti2 sekolah hari ini kamu jalan2 cari makan. Di rumah kenduri yang pengantinnya berseri. Sentiasa senyum biar panas terik mentari.
Selamat Pengantin Baru. Moga Berbahagia Ke Akhir Hayat. Kata2 tipikal di kad pada bungkusan reben merah itu.

Jumaat, Mei 26, 2006

Tilikan Si Amoi

Tempat aku keje. Ada amoi. Cantik. Pandai Menilik. Aku tak percaya. Pada tilikannya. Pada kata2nya. Yang dilakukan dengan hanya. Melihat tapak tangan. Sekali imbas. Tiliknya dengan bersahaja. Setelah melihat corak dan pola. Urat2 di tapak tangan. Dapat diketahui. Sifat peribadi. Juga rahsia hati. Aku tak percaya. pada tilikannya. Pada kata2nya. Walau pernah ditiliknya. Aku ini hensem. Aku ini berbudi bahasa. Aku punyai aura. Aku berbakat besar.

Tapi suatu hari. Bila aku tunjukkan gambat Ct Nurhaliza. Seraya dia berkata. Dalam nada yang penuh yakin. Tentang jodoh Ct dan 'K'.. Aku masih lagi tak percaya. Maner dapat kamu percayakan pada tilikan. Juga ramalan bintang. Akal menolak segala tanggapan. Tapi hati cuba mengiyakan tilikan. Kerna nama yang disebutkan. Ct Nurhaliza. Aku bisa hilang ingatan.

Selasa, Mei 23, 2006

Walkie Talkie

Kat tempat aku mencari rezeki nie, kami gunakan walkie talkie sebagai alat perhubungan kami. Aku maksudkan perhubungan jarak jauh. Jika insan yang kamu ingin hubungi berada di depan mata tetapi kamu masih ingin menggunakan walkie talkie dengan anggapan ia kelihatan lebih romantik, kamu silap. Kamu mungkin dilemparkan dengan walkie talkie dengan sekuat mungkin jika amalan itu dilakukan ketika kamu berdua berjemur di bawah sinaran matahari yang terik. Pada ketika jarum jam tangan itu tepat bersatu pada angka 12. Dan lagu2 dari perut sudah dialunkan. Lagu rancak bisa membuat hatimu menggelegak.
Walkie talkie bukan sekadar saluran menyampaikan maklumat jua titah perintah tapi kengkadang berfungsi sebagai halwa telinga. Pada waktu petang. Ketika sebahagian besar sudah pulang. Akan kedengaran perbualan mengarut lagi menyesatkan. Suara2 burung tiung dan katak pisang bersiul2 inginkan perhatian. Ada ketika kamu dikelirukan dengan kod2 Da Vinci yg hanya difahami oleh sebilangan pendengar. Ada jua terselit kata2 yang boleh ditafsir dalam makna yang berbeza. Terutamanya pada malam Jumaat.
Mula2 penggunaan walkie talkie ini diperkenalkan, masing2 malu dan kaku. Rata2 masih setia pada henset canggih yg turut boleh merakamkan gambar2 artis makan tomyam di warung tepian jalan. Namun kami dari golongan yang memerintah tekad mempromosikan kehebatan. Akan walkie talkie yang lebih ekonomi. Tiada bebanan kenaikan minyak dan kekurangan bekalan gula. Maka riuh rendah mereka bercerita. Menerusi walkie talkie. Dari hal kerja sehinggalah gosip artis ditangkap berkhalwat. Dari isu sehangat politik kepada kisah anak mami jual goreng pisang kat simpang jalan. Maka kami perkenalkan undang2. Akta walkie talkie versi kami, pindaan kami. Lagak kami seperti pak menteri. Hanya kami2 yang terpilih bebas berkata2 menerusi walkie talkie. Kami boleh pilih channel yang kami suka. Kalian kami wajibkan mengikut channel yang kami berikan. Kami bebas melompat dari satu channel ke channel yang lain. Kami dengar hanya yang kami suka. Kalian dengar apa yang kami kata. Kalian harus tetap pada channel yang telah diberikan. Dasar pecah dan perintah itu nampaknya berjaya.
Namun bila kami lihat ada tanda2 pemberontakan, kami longgarkan peraturan. Kerana kami menghormati pandangan anda. Demi kepentingan anda dan keselamatan kami. Selepas jam 6, ketika ramai pembesar sudah pulang, kalian dibenarkan berceloteh tentang rokok gulung tembakau cina, tentang pengundian di Sarawak juga pengundian Akademi Fantasia. Namun jika celoteh kalian berbaur perkauman, cuba mendeskriminasikan antara Proton dan Honda, ada sang moderator memangkah hujah kalian. Dan kalian harus akur dan diam.
Ketika siang, suara2 di walkie talkie silih berganti. Sengaja kami lontarkan suara itu. Nak tunjukkan pada bos besar yang jua mendengar menerusi walkie talkie. Tandanya kami sedang bekerja. Berpeluh dibawah mentari. Basah bila disiram hujan. Bila malam menjelang.. suara2 itu hilang. Seperti menonton tv. Selepas bacaan Al-Quran dan Negaraku dilagukan, siarannya tamat, esok saja cerita itu disambungkan. Bagi kami pendengar tegar walkie talkie, sunyi itu menandakan masa untuk pulang.

Isnin, Mei 22, 2006

Tilikan Pada Perut

Jln2 hujung minggu. Aku nampak seorang lelaki. Hensem. Seperti aku. Kami sama2 tersenyum. Oppsss... jangan fikir bukan2. Dia kawan lama aku. Kawan masa sekolah rendah. Masa tu kami same2 rendah. Tapi sekarang dia sedikit tinggi pada aku.

Kemat kan. Dia sapa aku. (yea.. aku tipu, mase kechik2 maner ader org panggil aku kemat, tapi aku tukar kata nama ganti diri itu untuk entri ini, knapa? Hmm ada org bilang nama kemat m’bayang’n org itu smart. Aku tak cakap pasal aku. Aku cakap org yg nickname dia kemat). Aha..ngko Amran,(nama sebenar, aku tau dia tak baca blog aku, selamba je aku taruk nama dia. Kasi glamer ckit...ha..ha..) ngko wat ape kat Penang nie.

Amran bgtau dia dah 4 tahun bertapa kat Pulau Mutiara ni. Yer betul, kali terakhir aku jumpa dia 4 tahun yg lalu. Masa tu dia masih bujang. Balik kje dah nak penghujung malam. Aku jumpa masa dia singgah makan kat kedai awek Siam jual tomyam. Katanya sekarang dia sudah berkeluarga. Tapi aku tak nampak kelibat ahli keluarga yang dimaksudkan. Dia faham kerut di dahi aku. Org rumah aku dalam pantang. Nie keluar nak beli tomyam. Ujarnya memberi penjelasan.

Dan ngko Kemat, bila plak nak ada keluarga sndri. Ehh.. camner plak dia boleh tahu. Tanya pun idak. Entah2 aku pun samer cam ngko kluar beli lauk sbb isteri dalam pantang. Dia kata dia tengok perut aku. Wah rupanya ada piawai ukur lilit pinggang lelaki yg rumahnya dah ada tangga. Aku tanya ukuran bagi menentukan lelaki itu bukan bujang. Cukup mudah katanya seraya menepuk perutnya berkali2. Jika perbezaan ukur lilit pinggang ngko melebihi ukur lilit dada ngko sbnyk 3 inci maknanya ngko dah ada org yg jaga.

Wah mudahnya wat interpretasi. Kalu camtu knapa ader pompuan yg adu asyik tertipu. Kononnya suaminya bujang trang tang tang tapi lum sempat inai merah dijari hilang, baru disedari dirinya bukan nombor satu. Dia bermadu.

Aku teringat kata2 kawan pompuan ku yg baru tahun lepas dok atas pelamin. Nak pikat suami pikat menerusi perut. Dan kata2 itu disokong pula oleh pandangan isteri veteran, suami yg perutnya seperti ibu2 mengandung 3 bulan kelihatan seksi.

Hmm..agak2 ader tak piawai untuk ukur lilit pompuan bujang. Takde la aku tersalah ngorat isteri orang kelak. Dan sebelum tidur malam tadi, aku teringat akan statement lelaki seksi. Menjadi lelaki seksi tetapi bujang. Err..nak kne minum susu AnMUM ker?

Jumaat, Mei 19, 2006

Peliknyer Aku

Aku tak bercadang menulis sesuatu pada mulanya. Tp semasa jenjalan kat blog kengkawan, aku dikejut'n dgn suatu permainan. Men"tag", di"tag", ter"tag". Tak sangka plak aku kne "tag" ngan Neeziee.. So bagi merealisasikan impian dia aku bongkarkan kisah pelik aku.

Pelik 1
Aku sering disindir kengkawan. Bila kami sama2 gi makan. Kata mereka aku makan terlalu perlahan. Aku baru segenggam nasi, yang lain dah tambah 3 pinggan. Aku leh dok berjam2 mengadap hidangan. Sedikit demi sedikit. Ikan toman akhirnya tinggal tulang.

Pelik 2
Kalau org lain, pasti nak kje dalam aircond. Balik umah kurang2 ader kipas terpasang kat bilik. Aku tak berapa kisah kalu aircond tak berapa sejuk. Kalau kipas sekadar berpusing pada angka satu. Aku boleh beku. 3 jam dalam aircond.

Pelik 3
Bila bicara pasal lagu. Aku tak pasti genre kesukaan aku. Aku layan rock, metal, R&B, pop, balada, irama malaysia, instrumental, ska, dangdut, nasyid... hampir semua aku layan. Aku ada cd M.Nasir, ACAB, Cromox, Metalicca, Nirvana, Raihan, Rabbani, Nora, Gamelan, Flybaits, Kopratasa, Wings, Search,

Pelik 4
Aku suka beli dvd.. macam2 ceghita aku ader. Melayu, Omputih, Cina, Hindustan. Err..korang jgn salah paham. Aku sebut ceghita yg tayangannya diluluskan kat TV. Peliknya..aku jarang tengok dvd/vcd yg aku beli tu. Selalunya adik2 aku yg tgk citer tu. Aku??? Aku tengok citer tu biler ditayangkan kat TV. Pastu baru aku sedar..la aku ader dvd/vcd nie rupanyer..bertahun yg lalu...

Pelik 5
Biler org suruh describe pasal karektor peribadi. Aku tak tahu. Aku nie jnis pndiam. Atau yg suka bersembang. Kadang2 aku bisu. Kengkadang aku bercerita sampai yg lain hanya ternganga tak sempat mencelah pun. Aku leh jadi pemalu, tiba2 aku leh jadi yang tak tahu malu.

Aku semakin pelik. Bila aku bace balik 5 perkara pelik itu, aku tak tahu benda tu pelik ke idak..ishh..pelik kan..tak kisahla..jd bg meneruskan permainan ini aku kne calonkan name..err..2 org boleh..ok En Benggong dan Cik Wanie..awak dipilih...

Rabu, Mei 17, 2006

28

Bila kamu sudah mencecah umur 28. Tempat duduk sebelah pemandu itu masih kosong. Kosong seperti hatimu. Kamu mungkin tidak begitu risau. Kerana sepanjang perjalanan. Kamu masih mampu berseronok. Mampu bergembira. Tapi kamu tetap kesunyiaan. Kamu sebenarnya tak kisah. Tapi mereka yang memandang akan kereta kamu itu terlalu resah.
Ari ini umur aku sudah 28. Aku terima pelbagai ucapan. Selamat pada aku. Selamat untuk 28 tahun yang berlalu. Selamat untuk tahun mendatang yang kita sendiri tak tahu. Melalui suara. Melalui kata2 pendek pada SMS. Juga kata2 panjang di emel. Terima kasih untuk semua. Yang pendek. Yang panjang. Aku hargai segalanya.
Aku kira sudah banyak impian aku tercapai. Namun manusia tak pernah berhenti mengharap dan menagih sesuatu yang lebih indah. Tak salah. Jika kita benar2 layak mendapatinya, mengapa tidak. Asal jalan yang dipilih. Bukan jalan yang salah. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Kamu perlu berusaha. Yang pipih tidak datang bergolek.
Biar apapun sejarah yang ditinggalkan. Biar apapun peristiwa yang pernah dicatatkan. Hitam dan putih. Suka dan duka. Aku masih mampu tersenyum pada pagi Subuh itu. Subuh tahun ke 28. Aku rasa aku sudah berusaha untuk mencapai apa yang aku ada pada usia 28 ini. Walau usaha itu kecil. Tidak mampu memecah biar sekecil kerikil. Syukur pada-Nya. Usaha aku diberkati-Nya. Walau kadang2 aku tersungkur bila kaki tersauk akar. Tergadah bila kepala terhantuk pada alang. Tersalah langkah dalam memilih jalan dipersimpangan. Aku masih diberi peluang memperbetulkan keadaan. Aku sendiri tak pasti apakah ini yang aku inginkan 28 tahun dahulu. Aku gembira sekurang-kurangnya jalan yang aku pilih ini mampu membenarkan aku menjaga orang tuaku. Walau tidak sebaik yang mereka lakukan terhadap aku.
Selain dari kata2 manis itu. Aku juga dihujani soalan tentang kerusi kosong di sebelah pemandu. Milik siapa. Bila nak didudukinya. Wah.. aku kira aku sudah seperti Siti Nurhaliza. Kamu2 di luar sana tak sabar2 nak tahu. Kami berkongsi nasib yang sama. Mungkin jalan hidup kami berbeza. Tapi jawapan kami sama. Kami berkata. Bersama-sama. Dalam satu nada. Satu irama. Setakat ini "Biarlah Rahsia".

Isnin, Mei 15, 2006

Tiba-Tiba Ceri Itu Menjadi Masam

Tipah tertipu lagi
Bukan dengan Jefri
Tapi dengan pengusaha bas
Dengan ulat2 yang tak pernah bisu

Katanya
Ketika aku berada di 'kaunter2 bergerak' itu
Pilihlah kami
Cepat dan tepat
Selesa sudah pasti

Mudahnya aku percaya
Pada kata-kata
Tentang mereka
Yang terbaik.. paling cantik

Pisang berbuah dua kali juga akhirnya
Tatkala warga kota sudah dibuai mimpi
Ketika jam 1 pagi
Aku masih berdiri
Menanti si dia yang dijanjikan
Dia yang cantik... yang menarik
Dia yang sedia membawa aku
Ke destinasi yang dirindui

Aku bertanya pada mereka
Tentang janji yang tidak dikotakan
Sesekali terdengar hilaian ketawa
Dari walkie talkie itu
Agaknya mereka gembira
Melihat aku dan yang lain2
Tertipu dengan janji palsu
Buat sekian kali

Akhirnya ia muncul jua
Pada tika jam menghampiri angka 2
Walau cantiknya tidak segah maner
Aku biarkan saja
Kerana rupa bukan ukuran

Tiada guna aku belajar mengenal angka
Tempat aku jadi milik si dia
Kata mereka
Pilihlah tempat yang kamu suka
Ini yang terakhir
Usah kalian banyak cerita

Aku terpandangkan gadis itu
Duduknya dikerusi kembar
Tak jauh dari aku
Dia tidak berbaju kurung biru
Kulitnya juga tidak seputih salju
Tapi begnya masih berat dan sarat
Mungkin dengan buku
Atau sekadar baju

Dia kelihatan tidak selesa
Berpasangan dengan apek tua
Wajahnya penuh kisah lara
Jiwanya penuh gelodak rasa

Aku cuba memahami
Akan kesulitan si gadis muda
Lalu aku tawarkan kerusi aku
Kerusi satu tidak bermadu

Dia segera bersetuju
Biar jauh sedikit kebelakang
Asal dapat bersandar di kerusi satu

Dan aku jadi peneman apek
Di kerusi kembar bermadu
Aku tak perlu mengadu
Asalkan gadis itu
Mampu ceria dalam perjalanan
Mampu senyum dalam mimpi rekaan
Mampu lena dalam tidur yang panjang

Selamat malam apek
Selamat malam gadis di kerusi satu
Selamat malam pengusaha2 bas
Ceri manis yang ku bawa dulu
Kini bertukar menjadi masam

Ahad, Mei 14, 2006

Merah Itu Warna Kemenangan

Yeahaa.... sebetulnya aku tak nak wat entri pasal kejayaan Liverpool menggondol Piala FA edisi ke 125 semalam... tapi aku teringat akan kata2 pengulas bola mlm td sebelum bermulanya masa tambahan, "If you just join us watch the game, where on earth have you been before"... yea.. aku rase mamat2 dan minah2 yg giler bola pasti m'batal'n segala program hujung minggu semata2 kerana perlawanan keramat ini termasuk juga aku.. Kebiasaanya aku menonton di kedai mamak bersama kengkawan tapi kali ini aku memilih untuk menyokong The Reds dari rumah bersama adik aku.. (aku kira dia juga kipas Liverpool cam aku sebab bila West Ham score dua gol, dia cam t'kelu)

Game semalam memang dramatik.. aku hampir berputus asa tatkala Liverpool ketinggalan 2-3 dengan masa permainan sebenar sudah tamat (aku tengah taip sms kat mber update result Liv kalah 2-3, tapi sebelum smpat aku tekan send masa tu lah Gerard pamerkan keajaiban dlm masa kecedaraan. Rembatan bak peluru dari jarak 30 meter)

Masa tambahan menampakkan keletihan dan kelesuan di kedua belah pihak. Masing2 berharap kemenangan ditentukan oleh sepakan penalti. Dan bila cubaan saat terakhir West Ham t'kne tiang aku tahu malam tadi sememangnya milik Liverpool.

Rumahku yg kebiasaanya sunyi sepi hingar dengan jeritan kami. Seisi rumah terkejut dan terjaga dari tidur melihat lonjakan gila kaki bola meraikan kemenangan. Kata aku, "Maaf atas bunyi yg mengganggu mimpi kalian. Bersedialah untuk jeritan yang lebih memekakkan pabila edisi Piala Dunia bermula"

Untuk semua kipas susah mati Liverpool.. let paint the town Red..

Fakta Perlawanan
Liverpool 3 West Ham 3
Cisse 32' Carra (o.g 20')
Gerard 54' Ashton 28'
Gerard 90' Konchesky 64'
(Liverpool menang menerusi sepakan penalti 3-1)

Khamis, Mei 11, 2006

Kerana sebutir gula, apakah manisnya tidak lagi terasa...

Arakian gemparlahlah suatu hari apabila adu si isteri kepada suami akan kehabisan bekalan gula yang banyaknya berkilo2 di rumah dalam masa yang singkat. Bekalan gula yang diagihkan kepada anak muda di asrama, di bawa anak dara ke pejabat, dikirim pada ibu dikampung, dan selebihnya untuk kegunaan seisi rumah semuanya meninggalkan balang yang menunggu diisi semula. Pagi itu kopi pahit tidak bergula, cekodok tawar tiada rasa, si anak tidak lagi boleh menikmati rotinya bersama planta dan gula. Semuanya sudah kelam kabut, kemanisan itu tidak mereka rasa lagi.
Peningnya si suami gula yang dibeli berkilo2 banyaknya boleh habis hingga tiada sebutir pun tinggal dalam balang2 yang sebelum ini tidak pernah kekosongan. Walhal, tidak dikurangkan sedikitpun pembelian gula berkilo2 itu. Jumlah itulah yang dibeli berminggu yang lalu. Jumlah yang sama juga dibeli berbulan yang lalu. Namun kali ini gula itu sememangnya tidak mencukupi. Arah si suami dalam kebingungan kepada isteri, periksalah seisi rumah kalau2 gula itu tersorak dicelah barang2 dapur atau tersimpan dialmari yang berkunci. Mungkinkah penggunaan gula sekarang tidak seperti kebiasaan. Melebihi jumlah yang disyorkan. Atau apakah gula2 itu dijual pada rakan dan jiran pada harga yang lebih tinggi. Mungkin tidak. Harga gula tetap sama di mana2. Tiada kenaikan lagi pada tahun ini.
Si isteri juga tidak mengerti gula yang beli di awal pagi boleh habis malam hari. Tiada kelihatan gula yang tumpah, tiada gula yang terlebih curah kerana manisnya hidangan tetap sama. Anak2 dan ibu dikampung semakin resah. Bertalu2 panggilan dilakukan pada si isteri dan suami. Bila lagi kami boleh dapat gula yang dicari. Tindakan perlu dilakukan. Kita tidak boleh biarkan anak2 membesar tanpa gula, ibu dikampung tidak boleh minum kopi pahit selamanya. Susahnya hidup tanpa gula. Manisnya kehidupan tidak terasa.
Si suami membuat keputusan bekalan gula akan ditambah dari masa ke semasa. Tanaman orkid dan ros merah di halaman rumah akan diganti dengan tebu2 yang boleh dituai dalam masa seminggu hasil teknologi pertanian baru. Lebah2 akan diminta membuat sarang sebesar-besarnya di rumah itu dan sebagai balasannya madu itu galang gantinya. Dengan adanya tebu dan madu, seisi rumah tidak perlu risau lagi bekalan kemanisan yang dicari. Mereka yang didapati menyalahguna gula akan dibicarakan dan dikenakan hukuman. Si isteri diminta memantau penggunaan gula di rumah, di asrama si anak teruna, di pejabat si anak gadis dan di kampung si ibu tua.
Kalau tiada berkesan jua kita salahkan semut. Ya, semut perlu disalahkan akan kekurangan gula dalam kehidupan. Semut perlu dipertanggungjawabkan bukannya kita. Si suami yakin jalan penyelesaiannya telah ditemui.

Selasa, Mei 09, 2006

Bila Jari Tersepit

Adoii....
Sakitnya..
Jari manis itu aku kemam ke mulut
Sesekali mengibas tangan
Moga kesakitan itu hilang
Entah petua maner aku turuti
Yang nyata ia gerak naluri
Bila jarimu tersepit
Di pintu, di laci, dicelah objek besi
Kesakitan itu bukan rekaan
Walau kesan hitam yang ditinggalkan
Tidak lebih dari gumpalan darah
Yang beku dihimpit kekerasan
Kerana kecuaian atau paksaan

Ahad, Mei 07, 2006

Hai Obat 2x.. Mari Beli Obat (ikut lagu P.Ramlee)


Makan ubat.. ohh tidak.. itu perkara terakhir yg aku lakukan bila demam aku dah melarat @ makin teruk... aku memang tak biase makan ubat.. pahit tuu.. sebab itulah acapkali demam, kat seminggu baru aku betul2 kembali sihat.. syukur aku dikurniakan kesihatan yang baik oleh-Nya dan jarang sekali aku demam..
Semenjak kechik lagi aku takut makan ubat.. dah besar panjang pun aku masih tidak menyukai ubat.. masa kechik mama akan masukkan ubat dalam nestum untuk aku telan.. kadang2 aku ke klinik hanya sekadar untuk mendapatkan MC...dan ubat itu cuma sekadar petunjuk.. banyak ubat yg diberikan maknanya demam aku agak teruk..
Dan biler demam biasanya aku akan jadi pendiam.. sgt pendiam.. masa kat U mber aku slalu perli.. kuliah kami akan sedikit aman tanpa perbuatan giler dan perilaku hampeh aku..kata mereka 'hantu itu' sedang berhibernasi (Nang, hang memang cukup suka biler aku demam kan)
Sebab tidak sukakan ubat aku jarang amik tahu akan sejarah dan perkembangannya..(wah ubat pun cam artis.. kne ikut rentak perubahannya jugak).. aku ingat lagi peristiwa itu.. yang aku lupa cuma tahunnya.. tapi aku kira aku masih di peringkat menengah rendah.. mungkin di tingkatan dua agaknya. Ari itu aku demam.. demam yg agak teruk.. smpi berhari2 aku tak pegi kelas (baca ponteng).. ader la kengkawan yg bersimpati hulurkan aku ubat ini.. ketika itu nama ubat itu agak baru.. Panadol Menstrual.. kata kengkawan yang baik, ini produk baru.. terbukti berkesan..kawan2 aku berjaya membuatkan aku percaya ejaan men pada menstrual itu menunjukkan ubat itu khasnya untuk lelaki.. aku percaya kerana cikgu BI aku yang cun tu pernah berkata "men" stands for lelaki.
Itulah kali pertama dan terakhir aku ambil tablet Menstrual itu.. cuma 2 biji seperti yang disyorkan. Cuma yang aku tahu selepas itu, panadol itu disyorkan untuk perempuan. Hanya perempuan. Ciss.. hampeh punya kengkawan.. nasib baik tak berlaku sesuatu yang memudaratkan.. yea aku yakin kerana sehingga kini aku masih anak jantan lagi. Cuma setiap kali aku cuba wat lawak, perkara2 giler aka bengong, mereka akan bertanya "Woi Mat, ngko datang bulan ker?"
Nota : Semalam aku ader wat satu kerja giler dalam hidup aku, tapi aku bukannya datang bulan. Aku jumpa bulan. Aku bicara dengan bulan. Bicara Sang Pungguk. Pungguk yang rindukan bulan.

Jumaat, Mei 05, 2006

Mencari T.Pinkie Di Lantai Istana

Ini bukanlah kali pertama T.Pinkie dipentaskan.. kali pertama T.Pinkie dilihat menari di Auditorium World Trade Centre, Singapura sekitar tahun 1996.. Ini bukan juga kali kedua ia dipersembahkan.. selepas bermula di negeri amukan todak, Pinkie melarikan diri ke Kuala Lumpur setahun berikutnya... ini juga bukan kali ke3 lenggokan Pinkie dipertontonkan..Pinkie pernah berdansa ria pada awal milenium 2000.. Namun Pinkie hari ini berbeza dengan Pinkie sebelumnya.. Pinkie hari ini pandai menyanyi selain menari.
Cerita Pinkie cerita lama.. kisah perempuan penari joget selepas perang.. kisah duka kisah lara di sebalik senyuman yang dilemparkan tiap kali melayan lelaki di kelab malam..Pinkie mencari cinta sepanjang kehidupan bergelar perempuan joget.. namun yang ditemuinya hanya lelaki yang bernafsu pada 'goyangnya'
Aku berkesempatan menyaksikan kemeriahan dunia muzikal T.Pinkie di Istana Budaya baru-baru ini... ya bagi mereka yang masih menanti.. lenggokan Pinkie masih boleh kalian saksikan sehingga Ahad nnti..
Cuma aku rasakan Pinkie ini sedikit hilang seri berbanding Pinkie yang terdahulu. Pinkie ini seolah2 hilang disebalik kemeriahan pentas istana ini. Tiara dan Juhara tampak lebih mengerti dan memahami kesunyian hati Pinkie (Tiara dan Juhara pernah memegang watak T.Pinkie pada pementasan terdahulu).. Nasha gagal menyerlahkan kehebatan Pinkie.. Pinkie tenggelam disebalik watak2 Nyai Sunarti, Puteh Su dan Jongkidin... kelibat penyanyi Sapura juga dilihat mengatasi gelora rasa hati yang cuba dicetuskan T.Pinkie..
Sememangnya sukar buat pengarahnya Rosminah Tahir menzahirkan Pinkie dalam prosa muzikal.. Dialog2 indah Pak Samad, perlu kalian dengar di sebalik lagu2 yang dinyanyikan.. bagi mereka yang pertama kali mengenali T.Pinkie pasti sukar memahami konflik yang melanda jiwa penari di Kelab Bunga Joget Moden.. Pentas Lantai T.Pinkie ini adalah tempat kasut2 bercerita
Namun pujian harus diberikan kerana mereka berjaya memperbaharui pementasan T.Pinkie.. Tepukan dan barisan panjang pengunjung teater mendapatkan tandatangan pelakon2nya menceritakan kepuasan dan kejayaan pementasan ini. Aku semakin puas bila bersemuka dengan T. Juhara Pinkie yang turut hadir memberikan sokongan.. masih berputar2 di ingatanku gelekan Juhara melagukan irama Pinkie...
Ketika ingin pulang, kawan2 mengejutkan aku dari lamunan.."apehal ko menung jauh jer nie Mat".. tak adelah.. I just miss my own Pinkie..

Selasa, Mei 02, 2006

Semanis Buah Ceri

Mlm tadi
Ramai tul org kat puduraya
Rasa cam nak balik raya
Kalau aku kumpulkan smua yg ada
Dah leh wat persatuan pengguna2
Bas ekspress SeMesia

Kempen pandu, tunggang dgn selamat
Dan lebih baik guna pengangkutan awam
Nampaknya berjaya
Yang gagal cuma
Kempen menepati masa
Bas aku pukul 12
Dekat kul 2 baru ader
Aku tanya knaper
Pada abg2 "ulat" yg mesra
Kata mereka dgn bersahaja
Jalan jammed dari Ipoh sampi ke KL
Tapi saya nak balik ke Penang

Biarkanlah
Aku tak marah
Bukan sbb aku terima alasan mereka
Tp ader awek cun yg t'sadai sama2
Menanti bas tiada kunjung tiba
Kulit putih, baju biru bertudung kelabu
Aku pelik dan tertanya2
Knapa dia tak ngorat aku
Kalau tak dah tentu leh jadi bini no 1
Aku fikir dia student U
Sbb tu dia kelihatan malu2
Beg aku penuh ngan baju
Beg dia berat ngan buku
Takpelah 'adik' baju biru
Belajarlah rajin2 dulu
Lepas grade nnti kita jumpa kat Pudu
Kalau sempat masih leh jadi bini no 1
Kalau lambat terpaksalah awak bermadu...

Isnin, Mei 01, 2006

Terima Kasih Daun Ubi..Tahun Depan Saya Tak Buat Lagi....

Ari nie last date hantar borang income tax BE ker? Aku buat2 tanya dengan harapan masanya belum tiba.. Hakikatnya tarikhnya tak pernah berubah. 30 April 2006 dah lama tercatit dalam diari aku sbg tarikh akhir kemukakan borang ini secara manual... tapi sikap suka wat keje last minute juga dah lama terpahat dalam diri ini... maka 30 April itu juga jadi pilihan hatiku untuk menghantar laporan kewangan ini.. seperti tahun2 sebelumnya..
macam kechik2 dulu jugak la.. esok nk sekolah petang tu baru basuh kasut, baru nak taruk kapur....alamatnya kne la kasut tu dikeringkan m'gunakan kipas.. korang mesti biasa kan letak kasut kat belakang kipas kotak korang tue.. bila besar ckit..masa dok kat asrama pun msih sama.. mlm sblum hari persekolahan bru aku basuh baju.. pastu gantung kat kipas dinding sampai rosak kipas2 tue dan acapkali kne dende ngan warden.. tapi tak penah serik.. kalau baju tu tak cukup kering selamba jer aku seterika dalam keadaan basah2.. untunglah aku dilahirkan lelaki.. sbb adik pompuan dan mama aku bising, nie la lelaki, dah last minute baru terhegeh2.. kalu pompuan dah lame orang kensel jadi bini...
Dan pagi 30 April itu.. aku kelam kabut cari borang income tax... terkial2 mengisi borang sambil cuba2 mempraktikkan skills matematik SPM aku agar tiada cukai perlu dibayar... err..bukan tak nak bayar.. tapi gaji aku tak de lah sebesar mereka yg berkereta mercedes bulat beristeri empat tapi masih nak melarikan diri dari tanggungjawab menjadi warganegara ini..
Malam itu..jam 11.00 malam aku ngan Neeziee tiba kat perkarangan pejabat LHDN Kelana Jaya.. kami cuma hulurkan borang itu dari tingkap kete.. terima kasih pada akak2 dan aweks LHDN yand setia menunggu orang2 seperti aku (yer bukan aku sorang jer yg terhegeh2 malam tu) yang memilih saat terakhir untuk mengemukakan borang walau acapkali diperingatkan...aku tak tahu ader tak yg jadi Cinderella mlm tue..ku 12.01 pagi baru sampai..apelah nasib mamat tue yer...
Tak sempat kami turun dari kete mereka dah bersedia menyambut sampul putih itu dari tingkap kete dengan wajah dan senyuman yang manis.. walau terpaksa bertugas sehingga ke malam walau pada hari minggu tak de pulak kedengaran leteran dan sindiran yang dilemparkan pada orang2 macam aku..
terima kasih lah akak2 dan aweks2 LHDN..tahun depan saya tak lewat lagi ... tahun depan saya tak buat lagi..tahun depan saya isi online plak yer...juga terima kasih untuk abang2 LHDN yang kacak tue..bukan lupa akan jasa kalian tapi kata orang kalau taruk kat last statement orang lebih ingt..cam pepatah omputih last but not least..
Terima kasih pada anda yang bersusah payah sekali lagi..err... saya tak kne bayar income tax kan..