Rabu, Februari 28, 2007

Cerah Itu Mesra, Gelap Itu Kuasa

“Ngko kne pakai baju kaler cerah cam kaler putih. Baru la orang tak takut nak berkenalan. Baju kaler gelap cam kaler kelabu ni kalau nak masuk meeting boleh lah. Kaler gelap menampakkan tanda penguasaan. Kaler cerah melambangkan sikap keterbukaan” hujah Dayah, kawan lamer aku yg jadi perunding imej tak bertauliah ke atas penampilan aku nie. Dayah tak pernah lokek nak turunkan ilmu memikat pompuan.

Pagi tu, sbb aku tak menghadiri mesyuarat, aku tak masuk mana2 sesi perdebatan, aku berkemeja putih lengan panjang dan seluar hitam polos ke pejabat. Tiada apa yang menarik dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Aku pulang kerja agak awal. Tapi hujan lebat menyukarkan pemanduan. Aku lencongkan kereta ke kompleks membeli belah berdekatan.

Sekalipun tiada pesta jualan murah, aku kira jumlah pengunjung agak ramai. Mungkin ini bukti ekonomi negara kita sudah kembali pulih. Atau mereka juga seperti aku, tumpang berteduh seketika.

Alang2 dah tersangkut kat sini, sajer aku usha kemeja pejabat. Dah 2 helai kemeja aku rosak dek penangan seterika. Sedang aku membelek baju yg sesuai, terperasan ada awek dok senyum kat aku. Berbaju kurung dan beg tangan persis gaya seorang cikgu. Aku terperasan ada tanda nama di dadanya. Tapi aku tak cuba membaca takut disalahertikan pula pandangan yg aku lemparkan nanti tatkala skodeng namanya didadanya.

Ketika aku cuba bergerak meninggalkan lokasi pertemuan tadi, dia segera memanggil sambil melambai2 tangan padaku. Huh, hebat juga ilmu kamu Dayah. Baru sekali pakai baju cerah dah ader awek tegur.

Dan awek itu tanpa segan silu terus bertanyakan padaku, ”Err... harga yang tertulis kat tag nie dah discount ke belum”. Aiseh, dah macho camni pun dia ingat aku salesman ker.

Aku hanya tersenyum. Dan kali ini aku cuba mengamati namanya di dadanya.

Jumaat, Februari 23, 2007

Darah Manis

Pernahkan kamu dengar ungkapan darah manis. Ungkapan yang dirujuk kepada mereka yang sedang mengikat tali pertunangan. Yang menghitung hari untuk melangsungkan hari perkahwinan.

Benarkah darah itu manis. Dan kalau manis, sebanyak mana manisnya. Elok ker berdarah manis nie. Atau merbahaya kepada kesihatan. Selain manis, agak2 darah kita nie ada rasa apa lagi, masam, masin, pahit atau ada perasa strawberry, vanila atau coklat.

Sebenarnya, ungkapan ini dicipta bagi menggambarkan dugaan bagi mereka yang memegang status tunang. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Ada saja dugaan yang melanda. Kecil, besar bisa saja mencetuskan resah di jiwa. Sebab itulah agaknya, orang-orang tua tidak menggalakkan pertunangan dalam tempoh yang lama. Sebesar mana dugaan ketika bertunang, lagi besar dugaan ketika kamu bergelar suami isteri.

Jika sebelum ini, sukar benar kamu dirapati oleh teman jantina berlawanan. Jarang benar sapaan kamu dibalas, teguran kamu dijawab. Susah benar kamu ingin memulakan sebuah perkenalan. Sejurus tali pertunangan itu diikatkan, kamu dapati diri kamu jadi perhatian. Ada saja mata yang memandang. Ada saja senyuman yang dilemparkan. Jiwa muda kamu baru bermula. Tak salah sekadar berkawan. Kata-kata manis dari lelaki seperti aku. Dan pasti ramai yang menentang. Yang pasti kaum perempuan. Bagi aku, di sini perlunya kejujuran dan kesetiaan. Cuma hati-hati dalam berkawan. Kerna kadang2 ada gunting dalam lipatan. Ada api dalam sekam.

Manis atau tidak, pertunangan merupakan jalan persediaan ke arah hidup berumahtangga. Tapi pertunangan tidak bermakna segala batasan baik dari segi perbuatan atau pergaulan boleh diabaikan. Tanggungjawab ”rumahtangga” belum bermula.

Pagi tadi, sebelum keluar bekerja, sempat aku mengadu pada mama, ”Darah angah manis kot, semut dok hurung kaki dan badan masa tidur malam tadi. Tak lena dibuat dibuatnya”. Mama menempelak, ”Apa plak darah manis, yang kamu pergi tidur kat ruang tamu tu buat apa, bilik kan ada. Semut tu dok hurung sisa biskut si Haikal anak buah kesayangan kamu tu la. Tak sempat nak vakum karpet tu mlm tadi”.. Oo..ingatkan darah manis tadi...hehehe

"Apalah erti kerinduaan, andai tiada kesetiaan."

Rabu, Februari 21, 2007

Tahun Baru Cina

Opis masih sunyi. Kalau diikutkan, opis aku nie takde lak bangsa Cina. Yang dok berjiran ngan Cina mungkin ada la. Biasalah, cuti2 Malaysia. Kesempatan yang ada elok digunakan sebaiknya. Pergilah melancong tak pun melencong. Sbb cuti pun dah panjang, malas plak aku nak amik cuti tambahan. Simpan untuk hari tua nanti.

Amacam, sakit perut tak layan buah limau mandarin. Tahun nie macam x der ’ong’ cikit. Mungkin sbb ikon tahun baru cina kali nie menyebabkan sambutannya tak berapa meriah. Tahun nie juga tak der citer terbaru Jackie Chan kat wayang. Aku cuma dapat limau sekotak jer. Itupun mntak ngan opis lama aku. Opis lama aku dulu memang berkotak2 stok limaunya. Setiap staff dah ader kuota 10 kotak sorang. Untuk dihadiahkan kepada org2 yg korang selalu berurusan. Kira stok untuk client, consulant la.

Kat opis lama, masa kerja ngan kontraktor dulu, time CNY cukup meriah. Seminggu sebelum CNY, aku dah mula terima angpow. Kat opis, tiap2 petang depa open table. Main terup. Aku tak berapa reti gak main terup yg pakai duit nie. Tak tau kira. Duit pun takder. Kitaorg geng2 budak melayu lepak borak2 sambil perabis KFC, pizza jer. Sesambil menunggu tokey2 yang kaya tu hulurkan angpow. Dan lagi best, bila depa ajak lepak kat luar plak. Pegi makan kat maner2.. Huu, apalagi lambung Yinsang la kitaorang.

Ada orang tanya kat aku. Tentang sambutan CNY nie. Hmm, tak silap aku, pernah aku dengar sorang ustaz tu bercerita, sambutan yang melibatkan agama selain Islam tak dibenarkan meraikannya. CNY nie kira sambutan bangsa. So takder la kesalahan nak meraikannya tapi tak bermakna kamu leh makan segala makanan tak halal yang dihidangkan tu. Seeloknya, sambutan itu sekadar meraikan sahabat, jiran kita yang berbangsa Cina. Tak lebih dari itu. Jangan plak kamu terpengaruh ngan budaya dan adat depa.

Tapi yang aku pelik, biler ada orang tegur tentang meraikan sambutan Deepavali tahun lepas, ramai pulak yang bela kata boleh diraikan. Aku sedikit keliru. Deepavali tu bukan kira perayaan agama ker. Entah. Siapa sebenar yang keliru nie. Mungkin kalian ada jawapan yang sebenarnya.

Rasa pelik plak gaya penulisan aku kali nie. Cam ada yang tak kene plak. Entah. Terlebih tido kot time CNY baru2 nie.

Khamis, Februari 15, 2007

Bosan

Apa yg korang nak buat biler tersangkut lama kat airport...
  • Telefon kengkawan/sidia/sedaramara smpi abis kredit atau bateri henpon dah tinggal nafas yg terakhir
  • Baca semua ruangan/artikel kat suratkhabar yg korang beli termasuk ruangan notis pengisytiharan bangkrap dan info pasaran saham
  • Berjalan mengelilingi airport 7-8 kali
  • Berborak dengan sesaper sajer org disekeliling anda
  • Ulang alik ke tandas
  • Lepak kat restoran yg mahal tu dgn air segelas berjam2 lamanya
  • Cuba memikirkan catatan yg sesuai utk blog kamu dan merangka isinya
  • Tido kat surau
  • Cuci mata kat kedai duty free
Huh, kelmarin aku ke Langkawi. Selalunya guna feri, tapi kali nie teringin nak tengok Langkawi dari pandangan sang helang. Time balik, flight penuh. Selalu standby mesti ada kosong punya, ada passenger yg x turn up. Tapi kelmarin, aku menanti dan menanti. Dari jam 7 sampai ke pukul 10. Dalam suasana kebosanan, aku mudah terasa letih dan lesu. Keseorangan. Tiada teman. Arrrgghhhhh..............

Isnin, Februari 12, 2007

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Aku rasa aku betul tentang ini. Sila hantar surat bantahan jika kamu tidak bersetuju dengannya.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kata seorang bapa percintaan masa aku kat 'U' dulu. Walaupun ketika itu aku tak berminat untuk bercinta. Sebenarnya bukan tidak berminat, tapi tiada peminat.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Maksud aku bertolak ansur dengan rakan2 sejantina. Lelaki sering tolong menolong rakan2nya yg sedang mabuk dalam percintaan. Tika kawannya itu rungsing, kami hulurkan pandangan, ketika poketnya kering, kami sama2 kongsi megi sepinggan. Ketika kawan dating ngan awek lain, kami cover tutup tembelang.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Dulu pernah, seorang kawan ingin meminjam CLK kesayangan aku. Yang ketika itu baru berumur setahun jagung. Bukan kawanku. Tapi CLK itu.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Asalnya, aku tegur kawanku yg asyik membonceng aweknya ke sana kemari. Katakan sajalah aku dengki. Sebab tak berpeluang nak gendong awek macam tu. Aku tak pernah ada motor dulu2. Aku bagitau kat dia, tak manis bawak anak dara orang ke sana kemari naik motor. Tak sangka kawanku itu akur kata2ku. Dan alasan itu digunakan untuk meminjam CLK aku.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Aku merelakan CLK aku itu digunakan oleh rakan untuk berjumpa dengan aweknya. Katanya ada majlis makan tenagh hari di rumah keluarga aweknya. Meet the parents kali pertama. Gembira dapat menolong kawan menyempurnakan hajatnya. Sedih kerna aku tak dipelawa bersama.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Entah macammaner CLK aku buat hal hari itu. Air cond yg selalunya sejuk terasa panas. Kata kawanku, kesesakan jalan raya ditambah pula bahang mentari KL membuatkan peluh jantannya mengalir laju.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Mujur juga dia sampai di rumah aweknya tepat pada masa yg dijanjikan. Mujur juga ada perfume dalam CLK aku yg sempat dikebasguna olehnya bagi menghilangkan bau peluh itu.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Terkejut juga aku mendengarkan pernyataan ada perfume dalam CLK aku. Err.. biler pulak aku standby perfume dalam CLK kesayangan.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kata kawanku, dia gunakan pewangi kereta 'Ambi Pur' untuk penambahan pada wangian diri. Sekurang2nya bau peluh jantannya tidak mengganggu mereka menikmati hidangan tengah hari.

Betulkan. Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kami tidak memilih. Rotan tiada, akar pun berguna.


Jumaat, Februari 09, 2007

Antara Wira dan CLK

Kata orang, bini pertama seorang lelaki adalah keretanya. Kereta adalah segalanya. Sanggup berhabisan ratusan ringgit untuk kereta. Kalau boleh hari2 nak dibasuh kereta itu. Tapi itu ketika dia bujang. Kasih sayangnya pada kereta semakin berkurang. Bila ’si dia’ mencelah mengisi ruang dalam rumah yang bertangga. Dan semakin kurang bila mata mula bercahaya.

Dan kereta kadang2 pandai menunjuk rasa. Merajuk tidak tentu hala. Dulu segalanya ok. Sekarang banyak pulak ia meragam. Bila kasihmu mula berubah. Dari kereta kepada ’si dia’.

Dan wira hitamku, juga merajuk kelmarin. Dan 2 hari sebenarnya. Pemanduan tidak selancar dulu. Kejap2 batuk. Kejap2 tersengguk. Ketidakselesaan pada pemacuan yang ditunjukkan memaksa aku meninggalkan seketika wira itu di rumah. Sementara menunggu doktor mekanik itu merawat, aku beralih kasih pada CLK lama yang kutinggalkan.

Dah lama tidak aku bawa CLK ini merempuh jalan yang jauh. Hari ini, CLK menemani aku ke tempat kerja. Jasa CLK ku tagih kembali. Menempuhi kesesakan kota yang tak pernah sunyi dan sepi. Bukan tak sudi nak kerah kudrat CLK selama ini. Namun, aku lebih suka jika CLK tidak berjalan jauh.

Rajuk dan deman Wira hitam mengorbankan not seratus aku. Adeh.., lari plak bajet bulan nie. Wiraku, jangan kau rajuk lagi. CLK, terima kasih daun keladi.



Isnin, Februari 05, 2007

Semangat Berpasukan

Kata cikgu, masa kat sekolah rendah dulu, " Kita kena ada semangat berpasukan dalam kehidupan. Umpama lidi, mudah dipatahkan jika sebatang, tapi sukar bila dikumpulkan menjadi seberkas". Kami didedahkan sejak kecil dengan konsep dan kepentingan slogan Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

Aku tengok filem omputih, juga ada sebut perkara nie. "One for all. All for one"

Masa belajar kat U, lecturer juga bagi gambaran yg serupa " pasir, simen, aggregat dan air jika disatukan akan menjadi konkrit yang keras dan kuat"

Kes rompakan kedai emas di Subang juga menceritakan senario yang sama. Kerjasama pasukan polis cawangan siasatan jenayah Selangor, unit gerak khas Bukit Aman dan polis negeri Kelantan berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh 7 jam. Dan perompak, yang berpecah ketika melarikan diri mudah benar ditumpaskan kumpulan polis2 ini. Syabas. Bukan pada perompak. Tapi polis. Ini membuatkan aku semakin minat pada Inspektor Aleeza.

Dan pagi tadi, aku terlewat ke tempat kerja kerna ada sedikit permasalahan. SMS pada mber "Bro, aku masuk lewat ckit. Tolong cover aku"

"K" jawapan yg aku terima pada skrin telefon bimbit itu.

Tengok, cikgu.. aku tak pernah lupakan nasihat dan ajaranmu. Sampai sekarang, kami masih mengamalkan semangat kerja berpasukan dan tolong menolong.

Jumaat, Februari 02, 2007

Hutang

Setelah berlembut untuk seketika, kini PTPTN memperlihatkan api kemarahannya. Itu yang dapat aku gambarkan dari petikan akhbar Berita Harian pagi tadi. Menagih kembali hutang2 lama yang dijanjikan oleh bekas-bekas peminjamnya yang kini sudah menjawat pelbagai jawatan besar di ibukota, bergaya dengan kereta mewah dan beradu tenang di rumah besar.

Aku akui, setelah berhempas pulas (err.. betul ker kamu sedaya upaya) mendapatkan segulung ijazah, kamu perlukan kehidupan yg penuh dengan kesenangan disulami gaya yg eksklusif. Kata org, bersusah2 dahulu, bersenang lenang kemudian. Dulu kamu susah ketika belajar, kini kamu ingin mengecapi kesenangan dari ilmu yang kamu pertaruhkan atas nama kerjaya itu.

Aahhh.. pedulikan pada PTPTN itu. Sudahler dikenakan caj pentadbiran 4% tu, belum sempat aku rasa gaji pertama dah kamu hantar surat notis pembayaran itu. Maka, kamu abaikan saja surat cintanya dari hari pertama sehinggalah kamu punya anak dua. Benar, tak semua yg punya gaji besar, ada juga yg hanya memperolehi gaji kecil dan tinggal di kota besar.

Tapi, kenapa mudah benar kamu lupa. Pada janji yg kamu akurkan pada borang itu. Tatkala PTPTN menjadi pembantumu, membuka jalan untuk kamu meneruskan perjuangan mencari ilmu di menara gading itu. Kamu lupa agaknya, dunia ini bukan kamu sahaja penghuninya. Lupakah pada sanak saudaramu, jiran tetangga mu, kawan2mu yang teringin untuk menjejak kaki ke gedung2 ilmu itu. Lemahnya negara ini, tidak dapat memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyatnya. Kamu pun tahu hakikat itu. Bukan kamu shaja. Tapi sipolan dan polan itu juga perlu menyediakan wang untuk membeli ilmu di sekolah2 kerjaan. Tapi kenapa kamu lupa untuk membayar semula, sesuatu yg dipinjamkan kepada kamu untuk diberikan pada mereka2 yg lain pula. Kamu nak biarkan sahaja anak2 muda itu berkeliaran tanpa hala tuju lantaran tidak dapat meneruskan pengajian kerana kesempitan wang.

Senangnya bercakapkan bila kamu tak perlu menjelaskan sebarang hutang pembelajaran. Senangnya berhujahkan bila kamu tak perlu mengagihkan sebahagian gaji kamu kepada pemberi2 pinjaman ini.

Aku tidak membicarakan soal berapa yang perlu kamu jelaskan tiap2 bulan. Aku tak mempersoalkan berapa lama masa yg kamu ambil untuk jelaskan hutang itu. Aku cuma keliru kenapa masih ada yang lari, jauh dan terus menghilangkan diri dari tanggungjawab yg pernah kamu ikrarkan dulu.

Kadang2, kita yang memberi hutang lebih malu untuk menuntut kembali hutang itu dari mereka yang berhutang. 2-3 kali bertanya masih tiada jawapan. Kita cukup malu untuk bertanya kali ke-4nya, tapi mereka tak pernah malu untuk terus meminjam dan berjanji menyelesaikannya bila sampai masanya.

Aku ingat pesan ayah, jangan sesekali jadikan berhutang itu tabiat dalam kehidupanmu. Segeralah jelaskan hutang2 itu agar dia tidak mengikatmu di hari perhitungan itu nanti.




Rabu, Januari 31, 2007

Ini Buku Baru. Ini Baru Buku


Nak satu. Cuma RM23 tak termasuk belanja pos, jua harga belanja minum sirap ketika sesi serahan tangan di kedai mamak berdekatan. Percuma tandatangan dari salah seorang penulisnya. Cuma ada 20 naskah sahaja. Jangan biarkan diri anda dipalit rasa kekecewaan kerana gagal memiliki koleksi ini.

Hubungi: liepanbetina@yahoo.com atau di talian 0123915531

Isnin, Januari 29, 2007

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Korang pernah basuh rumah tak malam2. Bukan pada malam minggu. Tapi pada malam yg penuh kepenatan. Ketika kau pulang dari kerja yang memeningkan kepala.

Aku pernah. Rajin kan. Boleh wat calon menantu nie. Hehe..

Kisah sebenarnya sebegini. Masa tu aku dok kat Penang lagi. Kira tahun lepas la peristiwa nie terjadi. Ingat lagi tak entri pasal ‘rumah dobi’ member opis merangkap jiran tu. Kalau lupa leh baca balik kat sini atau sini.

Macam biasa, tengah hari tu aku balik umah kejap untuk basuh baju. Setelah berjaya memecah masuk dengan separa izin dari tuan rumahnya, aku tanpa segan dan malu terus jer guna kemudahan mesin basuh tu. Apa susah. Masuk baju, taruk sabun serbuk, pulas jer setting masa dia untuk mesin basuh tu mula berfungsi. Kira ¾ automatik la. Bila air dah masuk dan confirm mesin basuh tu dah leh start peranannya, aku pun balik opis untuk sambung kerja. Aku bukan tak nak tunggu sampai siap, tapi aku tak nak ganggu mesin basuh tu wat kerja dia. Lagipun mak aku penah pesan, tak baik mengintai anak dara basuh baju kat sungai. Mungkin mesin basuh nie pun malu jika korang dok tenung jer dia basuh baju tu. Ha, senangkan.. agak2 biler balik dari keje nanti, mesti dah siap. Tinggal nak jemur jer.

Petang tu, member opis merangkap tuan punya rumah ajak aku ke Seberang. Katanya nak kenalkan aku ngan sorang awek nie. Aku yang pemalu ini mengiyakan cadangan bernas yang dikemukakan.

Lepas solat Maghrib kat opis aku terus aku balik. Janji nak jumpa awek tu kul 8.30mlm nnati. Kne la dressing smart ckit. Takkan nak pakai baju kerja lagi. Lagipun pakaian kat dalam mesin basuh tu leh jemur dulu.

Bila aku masuk jer ‘rumah dobi’ member aku tu, aku terperasan semacam ada air membasahi ruang tamu. Ehh, tempias hujan ker. Takkan banyak sampai macam nie. Tiba2, aku terperasan hose outlet dari mesin basuh tu tak diletakkan betul2 ke dalam bilik air. Maka segala air basuhan dari mesin basuh tu disalirkan ke rumah ini, bukannya ke dalam bilik air. Huhu. Kesian, member aku tu. Abis air memenuhi seluruh rumah, dari dapur melarat ke ruang tamu juga hingga ke bilik tidur. Nasib rumah bujang dia x der karpet.

Aku sms ZZ. “Rumah ko kne banjir la”. Dan malam itu, aku ngan ZZ berhempas pulas bersihkan rumah dia. Menimba air yang banyak itu. Kesian ZZ. Tak pasal2 malam tu kne basuh rumah. Kau dipaksa, aku terpaksa la.

Dan awek tu, apa khabar dia sekarang yea…. Sori la ‘date’ malam tu kne kensel…

Rabu, Januari 24, 2007

Kura-Kura

Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura
Menunjukkan lagak dan beraninya
Dengan menghulurkan kepala
Keluar dari 'rumah'nya
Mendongak dan melonjak-lonjak
Atas bawah, kiri dan kanan
Pada tika suasana sunyi dan sepi
Pada tika tiada yg menghampiri

Sedangkan
Ketika sekelilingnya hingar dan bingar
Ketika sekelilingnya sesak dan padat
Ia hanya mendiamkan diri
Menyembunyikan diri
Di sebalik 'rumah' keras itu

Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura

Manusia di luar sana
Adakah sama juga
Tiada berbeza
Berani tika tiada yg memandang
Pada masa tiada yg mengecam
Sedangkan takut menunduk
Pada tika semua mata memandang

Berani di belakang
Takut di depan
masih mahu mengaku pejuang

Seekor kura-kura
Asyik berpura-pura

Isnin, Januari 22, 2007

Salam Maal Hijrah 1428

Tahun Baru Hijrah datang lagi. Tanpa kamu sedari kecuali jatuhnya pada hari yang membolehkan kamu bercuti. Dari kesibukan kerja serta urusan duniawi. Itu aku.

Kerna kamu semua mungkin menyedari. Dan sebenarnya sentiasa menanti. Tahun baru hijrah yang penuh bererti. Sedangkan aku leka, alpa dan terlupa. Dalam kembara di bumi Tuhan.

SMS yg diterima mengucapkan salam Maal Hijrah segera mengingatkan. Permulaan tahun dalam kalender Islam. Terasa cepat masa berjalan. Detik berlalu tak disedari. hari bertukar tak dipeduli. Minggu baru datang dan pergi. Bulan silih bergilir ganti.

Sayangnya, aku tak sempat bersama2 kamu dan mereka. Membaca dan mengaminkan doa pengakhiran dan permulaan tahun. Hanya selepas Isyak, aku berkesempatan menadah tangan memohon keampunan dalam kehibaan. Berseorangan di tempat asing benar2 menginsafkan. Diri terasa kecil dan kerdil. Jiwa dan pemikiran diselebungi rasa takut, sunyi dan penuh kerisauan.

Bersama keampunan yang dipohon, aku turut mengharapkan sinar kejayaan. Moga azam yang satu itu dapat ditunaikan. Moga aku mampu menjadi insan yang lebih menghayati dan menuruti segala perintah yang ditetapkan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Moga dipermudahkan segala urusan dan perancangan.

Selamat Tahun Baru Hijrah kawan. Mari kita iltizamkan ke arah pembaharuan kebaikan. Kembalikan keagungan Islam yang kini hanya mampu dibaca dari buku2 sejarah. Sekalipun sudah terlambat untuk mengucapkan salam, ia tak pernah terlewat untuk memulakan satu perubahan.

Isnin, Januari 15, 2007

Atan, Ayam dan RM100

Disebabkan saya terpaksa kembara ke Sabah atas urusan kerja seminggu ini dan ketiadaan masa menyediakan entri terbaru, maka saya tinggalkan satu soklan teka teki utk kamu semua.

Syarat2 m'jwb soaln...
1. x der talian hayat..jgn ngada2 nk gi tanya cikgu math kat sekolah lamer dlu. juga dilarang bertanya pada mana2 kaunter pertanyaan
2. Masa m'jawab seploh minit jer...kne jujur..sndri timing..masa bermula sejurus slps abis m'baca soaln...
3. Soaln boleh diulang baca seberapa bnyk kali awak suka..nk salin balik soaln pun boleh..tp ingt masa yg ader cuma 20 minit..
4. Jawapan hndaklah dlm bahasa melayu @ omputeh..bahasa jawa, bugis,siam, bahasa kebangsaan Barbados tak akan di layan...
5. Peringatan..Soalan ini memang ada jawapan...Fikir2'n lah
6. Jawapan hendaklah dihantar kembali kpd yg bertanya nie..(yelah kalu ko bgtau jwpn nie kat ketua kg korang nak wat per)
7. Selamat Menjawab

Soalannya....
Tersebutlah kisah di sebuah kampung di pinggir kota, bukan kat Baling tau..saya dah lupa nama tempat tu..tinggallah Atan bersama ayahnya(single parent) di pondok usang mereka itu..Adapun Atan itu (kalu tak suka nama Atan leh ganti nama lain; Abu ker, Maniam ker, Ah Seng ker) sgtlah rjin dan m'rupa'n anak yg menurut perintah..Adapun diceritakan pada suatu hari si ayah kepada Atan nie meminta Atan ke pekan yg berhampiran untuk membeli ayam hidup..(jgn pikir lain ini mmg ayam betul)...kata ayahnya, " Atan..ko amik duit RM100 ni, ko pegi ke pekan, ko belilah ayam jantan, ayam betina dan anak ayam...jumlah kesemua aym tu mesti ckup 100 ekor..suka hati ko lah nk bli brapa ekor ayam jantan, aym betina dan anak ayam tu..tp jumlahnya mesti 100 ekor dibeli ngan duit RM100 ni...ingat gunakan sepenuhnya duit nie..jgn ader belen walau sekupang..jgn smpi x cukup walau satu sen pun ditambah lagi..."...

Gembira tak t'kira si Atan dapat pegi ke pekan ari tu..yelah..kalu tidak asyik dok kat umah jer..kemas umah dia..masak nasik dia...basuh baju dia..amik air dia..cari kayu api pun dia...dengan berpakaian ala-ala budak hip-hop merempitlah si Atan ni bersama moto cabuk ayahnya ke pekan..smpi jer kat pekan trus dia menuju ke tempat menjual ayam...nasibnyer baik cari punya cari ada la seorg apek jual "keluarga ayam" tu...
Atan: apek...berapa rega aym jntan, ayam betina dan ank ayam nie?
Apek: aiyaa...gua jual standard price wooo...itu aym jntan seekr RM6.00, aym betina seekor RM3.00, ank ayam seekor sekupang...berapa ayam jntn, aym betina dan ank ayam U mau...
Atan: isshh..brapa bnyk plak aku nk bli nie(kata Atan dlm hati smbil menggaru kepalanya yg x gatal tu)
Apa lagi tolonglah si Atan tu..brapa ekor aym jntan kne bli, aym betina kne bli, ank aym kne bli dgn duit RM100 tu.keywords dia 100 ekor 100 hinggit..Ingat masa 20 minit bermula dari sekarang.

Jumaat, Januari 12, 2007

Semalam Yang Hangat

Ini kisah semalam. Biarpun di tulis hari ini kerna semalam aku masih hangat. Dan keletihan. Lagipun semalam malam Jumaat. Aku perlu pulang awal. Baca Yaasin.

Pagi. Aku menghadiri mesyuarat. Mewakili Jabatan. Kul 9.30 pagi. Itu waktu yg tertera di surat panggilan mesyuarat. Jam 9.15 pagi. Aku dah berdiri. Di depan bilik mesyuarat yg dimaksudkan.

Pagi. Kul 10.20 pagi. Ketika aku duduk dengan gaya penuh tidak keselesaan. Di kerusi sofa empuk. Depan bilik mesyuarat td bersama 5-6 org lagi. Yg sama2 x sabar nak menyertai mesyuarat yg dimaksudkan. Dia datang. Dengan senyuman. Mesyuarat pagi telah dijadualkan. Ke sebelah petang. Surat penundaan telah kami keluarkan. Katanya. Padanlah muka kamu En Kemat. Sbb tak terima surat yg dimaksudkan.

Tgh hari. Mengadap En Beliau. Mengkhabarkan mesyuarat yg ditangguhkan. Ke sebelah ptg dengan harapan. Aku tak perlu menghadiri. Lantaran beban kerja dan ulang-alik perjalanan.

Aku tahu. Borang penilaian akhir tahun masih belum dikemukakan kpd pihak atasan. Andai aku ingkar arahan menghadiri juga mesyuarat yg dimaksudkan. Jgn mimpi nak dpt cemerlang.

Ptg. Aku pergi lagi. Kali ini tipah tidak tertipu lagi. Namun, seperti biasa. Ia tak bermula seperti yang dijadualkan.

Kul 4.45 ptg. Sudah ada tanda2 mesyuarat akan ditamatkan. Bukan kerana agendanya sudah habis dibincangkan. Tapi ada yg sudah mula mengemas fail dan menutup buku catatan. Jari-jemari rancak sekali. Menaip2 sms pada talipon canggih itu.

Pengerusi seakan mengerti. Mesyuarat yg rancak tiba2 sunyi sepi. Tiada lagi yg mahu bertanya. Tiada lagi yg mahu memberikan pendapat. Tiada lagi yg mahu membangkang usul yg dicadangkan. Belum habis ulasan, semua sudah mengangguk memberikan persetujuan.
Tepat jam 5 mesyuarat ditamatkan. Dan kami bangun dari kerusi dengan riang. Seperti murid2 sekolah yg bertempiaran lari bila kedenganran loceng tamatnya waktu persekolahan.

Isnin, Januari 08, 2007

Lambaian Untuk Mawar

Sememangnya
Aku sering memuja
Kecantikan
Keindahan
Jua keharuman sang bunga
Namun
Mawar merah itulah
Satu2nya yang aku semai
Di laman hati
Dengan keringat sendiri

Melihat mawar merah
Yang kian pudar warnanya
Yang kian hilang harumnya
Benar2 menghampakan jiwa

Menyayangi tak bererti memiliki
Bunga di tangan mungkin selamat
Dari ancaman kumbang
Jua makhluk perosak yang lain
Tapi terlalu mengenggam
Ia kan layu
Tanpa kau sedari

Mungkinkah
Mawar itu akan lebih terjaga
Kembang mekar mewangi harum
Di laman hati
Yang lebih memahami
Yang lebih menyayangi

Sesungguhnya
Melihat mawar merah itu
Terus berkembang
Mekar dan segar
Biar dari kejauhan
Sudah cukup mendamaikan hati

Ingatlah
Apabila ingin disayangi
Hati harus bersedia disakiti