Jumaat, Januari 12, 2007

Semalam Yang Hangat

Ini kisah semalam. Biarpun di tulis hari ini kerna semalam aku masih hangat. Dan keletihan. Lagipun semalam malam Jumaat. Aku perlu pulang awal. Baca Yaasin.

Pagi. Aku menghadiri mesyuarat. Mewakili Jabatan. Kul 9.30 pagi. Itu waktu yg tertera di surat panggilan mesyuarat. Jam 9.15 pagi. Aku dah berdiri. Di depan bilik mesyuarat yg dimaksudkan.

Pagi. Kul 10.20 pagi. Ketika aku duduk dengan gaya penuh tidak keselesaan. Di kerusi sofa empuk. Depan bilik mesyuarat td bersama 5-6 org lagi. Yg sama2 x sabar nak menyertai mesyuarat yg dimaksudkan. Dia datang. Dengan senyuman. Mesyuarat pagi telah dijadualkan. Ke sebelah petang. Surat penundaan telah kami keluarkan. Katanya. Padanlah muka kamu En Kemat. Sbb tak terima surat yg dimaksudkan.

Tgh hari. Mengadap En Beliau. Mengkhabarkan mesyuarat yg ditangguhkan. Ke sebelah ptg dengan harapan. Aku tak perlu menghadiri. Lantaran beban kerja dan ulang-alik perjalanan.

Aku tahu. Borang penilaian akhir tahun masih belum dikemukakan kpd pihak atasan. Andai aku ingkar arahan menghadiri juga mesyuarat yg dimaksudkan. Jgn mimpi nak dpt cemerlang.

Ptg. Aku pergi lagi. Kali ini tipah tidak tertipu lagi. Namun, seperti biasa. Ia tak bermula seperti yang dijadualkan.

Kul 4.45 ptg. Sudah ada tanda2 mesyuarat akan ditamatkan. Bukan kerana agendanya sudah habis dibincangkan. Tapi ada yg sudah mula mengemas fail dan menutup buku catatan. Jari-jemari rancak sekali. Menaip2 sms pada talipon canggih itu.

Pengerusi seakan mengerti. Mesyuarat yg rancak tiba2 sunyi sepi. Tiada lagi yg mahu bertanya. Tiada lagi yg mahu memberikan pendapat. Tiada lagi yg mahu membangkang usul yg dicadangkan. Belum habis ulasan, semua sudah mengangguk memberikan persetujuan.
Tepat jam 5 mesyuarat ditamatkan. Dan kami bangun dari kerusi dengan riang. Seperti murid2 sekolah yg bertempiaran lari bila kedenganran loceng tamatnya waktu persekolahan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mesti lega teramat sangat masa meeting tu habis ek?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku benci kalau meeting semua mengangguk kepala..... di depan mengiya di belakang mengata...

Tapi aku paling suka kalau lepas meeting ada makan-makan..ha ha....

Azhar Ahmad berkata...

hahah, saya pun sama dengan cik kemat, bila dah terlewat sket jer mesyuarat, buat2 sms. Kadang2 siap sruh kawan call, kata emergency... Nguahahhaha

Tanpa Nama berkata...

mujur tempat aku kalau meeting xde meleret2.. pantas, padat & bernas segala isi meeting..

erk, tp itu semua cuma tinggal kenangan..

Tanpa Nama berkata...

sampaikan salam aku kat encik beliau.
hari tu dia call tanya kat mana jual nasik tomato yang aku selalu belikan untuk dia tu.ahaks.

Tanpa Nama berkata...

Barangkali hari ini sudah dingin, moga-moga. Salam.

zizie ali berkata...

3. perkara berbangkit:

3.1 kuih bangkit
3.2 ....
3.3 ....

7. lain-lain hal (jika ada)

7.1 che kemat mencadangkan telefon bimbit dimatikan sepanjang mesyuarat akan datang.

zwitterion berkata...

x suka meeting, nnti sy yg kena buat minit mesyuarat..hehe

Tanpa Nama berkata...

Biasa la miting. Banyak agenda. Yang penat tukang tulis minit.

Aku ada email ko kat yahoo, lipanbetina

Tanpa Nama berkata...

Neeziee, skrg nih En. Beliau dh turun beli nasi sendiri..dh xkirim2 dh, heheh..En. Kemat mesti dpt Pekerja cemerlang nnti tu

Tanpa Nama berkata...

Best meeting apa dapat makan karipap sebijik ngan teh panas..

Tanpa Nama berkata...

aku punyer mesyuarat lagi kejam.start kul 2ptg.paling lambat abis kul 7 ptg.pernah sampai 9 mlm.non-stop.nak solat,pandai2 menghilangkan diri.

Tanpa Nama berkata...

saya selalu masuk meeting kerana ingin memeriahkan majlis:D

Unknown berkata...

erk...rasa2nya macam dah komen tapi tak de pun...

pe pun, meeting ni bagus, sebab dapat capai keputusan sepakat. terpulang kat pengerusi nak jalankan cara macam mana. dapat pengerusi ok. senang lah hati...

saya, suka meeting habis cepat. hehe :D

Tanpa Nama berkata...

meeting?dah lama tak meeting.
dulu2,masa sekolah,pas meeting bersurai cenggitu je.tp dah keje ni, heheh..cam best lak.ada mkn2.tak yah tunggu meeting,asal ada seminar je,ada mkn2..behnya...hehehe