Pernahkan kamu dengar ungkapan darah manis. Ungkapan yang dirujuk kepada mereka yang sedang mengikat tali pertunangan. Yang menghitung hari untuk melangsungkan hari perkahwinan.
Benarkah darah itu manis. Dan kalau manis, sebanyak mana manisnya. Elok ker berdarah manis nie. Atau merbahaya kepada kesihatan. Selain manis, agak2 darah kita nie ada rasa apa lagi, masam, masin, pahit atau ada perasa strawberry, vanila atau coklat.
Sebenarnya, ungkapan ini dicipta bagi menggambarkan dugaan bagi mereka yang memegang status tunang. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Ada saja dugaan yang melanda. Kecil, besar bisa saja mencetuskan resah di jiwa. Sebab itulah agaknya, orang-orang tua tidak menggalakkan pertunangan dalam tempoh yang lama. Sebesar mana dugaan ketika bertunang, lagi besar dugaan ketika kamu bergelar suami isteri.
Jika sebelum ini, sukar benar kamu dirapati oleh teman jantina berlawanan. Jarang benar sapaan kamu dibalas, teguran kamu dijawab. Susah benar kamu ingin memulakan sebuah perkenalan. Sejurus tali pertunangan itu diikatkan, kamu dapati diri kamu jadi perhatian. Ada saja mata yang memandang. Ada saja senyuman yang dilemparkan. Jiwa muda kamu baru bermula. Tak salah sekadar berkawan. Kata-kata manis dari lelaki seperti aku. Dan pasti ramai yang menentang. Yang pasti kaum perempuan. Bagi aku, di sini perlunya kejujuran dan kesetiaan. Cuma hati-hati dalam berkawan. Kerna kadang2 ada gunting dalam lipatan. Ada api dalam sekam.
Manis atau tidak, pertunangan merupakan jalan persediaan ke arah hidup berumahtangga. Tapi pertunangan tidak bermakna segala batasan baik dari segi perbuatan atau pergaulan boleh diabaikan. Tanggungjawab ”rumahtangga” belum bermula.
Pagi tadi, sebelum keluar bekerja, sempat aku mengadu pada mama, ”Darah angah manis kot, semut dok hurung kaki dan badan masa tidur malam tadi. Tak lena dibuat dibuatnya”. Mama menempelak, ”Apa plak darah manis, yang kamu pergi tidur kat ruang tamu tu buat apa, bilik kan ada. Semut tu dok hurung sisa biskut si Haikal anak buah kesayangan kamu tu la. Tak sempat nak vakum karpet tu mlm tadi”.. Oo..ingatkan darah manis tadi...hehehe
"Apalah erti kerinduaan, andai tiada kesetiaan."
30 ulasan:
kalau bertunang sampai 4-5 tahun tak kawin-kawin juga, dah tak manis lagi dah...
ntah tak pernah pula aku rasa darah tu
tempoh bertunang dan sebelum bertunang, bertunang tu lebih banyak dugaannya.
ingatkan kemat betunang td. ke dah? huhuhu
mak aih tahan plak kena hurung semut... nasib x kena gigit ;p
hurung semut... nasib bek xmasuk dlm telinga... hehehehhe!
tambahkan manis dalam senyuman bukan dalam minuman. ;)
kalo aku tau,aku sms semut2 tu,suh gigit kemat.woohooo
ingatkan dah bertunang!..jgn minum air manis2 sgt..
tumpang lalu..
biar darah manis, jangan kencing manis. Lagi teruk jadinyer nanti
assalamualaikum...hehhehe....alahai...darah manis biasanya perempuan yg byk kan...?tp entahla..anyway, abg kemat...kat page ct ade sesuatu untuk abg..jom!
kemat, kena hurung semut tu petanda dh dekat nk berdarah manis la tu. hehehe..
Salam,
Darah orang muda memang manis dan panas, sebab itu selalu bergelora.
ehem..ehemm..
kalau sudi, silalah jawab tag saya.
6 weird things.
Terima Kasih. :D
Betulkah jika dah bertunang mudah dirapati lawan jantina kita. Aku tak percaya. Dan kerana aku tak percaya, aku nak cubalah. Moga-moga ada yang sangkut. Hahaha
Huhu...Manis tu penyakit, Pahit itu ubat
kalau darah manis org tua tua attack kat bakal pengantin , kalau kencing manis.. DR plak attack kat kaki jer
akk tak delah darah manis tapi manis kat senyuman n orangnya sekali..wakakakakaka..(masuk bakul angkat sendiri)
p/s: kunjungan balas..thx for coming to my blog
aku dh 9 thn kawin ni pun masih darah manis lagi heheh'
adoih adoih
bahaya tu.. cepat gi jumpa doktor... hahaha...
cheh... ko kan bapak percintaan... darah ko memang sentiasa manisss haha
Darah manis tak apa dude jangan kencing manis...!
Apalah erti kerinduaan, andai tiada kesetiaan."
:)
Seingat saya, hanya org yang mempunyai kencing manis, yang mempunyai darah manis... Agaknyalah...
pa'chik:
jadi tawar plak ek..
kingbinjai:
cuba rasa, maner tau leh ganti gula jika stok abis
akirasuri:
yap
ise:
jeng..jeng ..jeng
achik:
hik..hik..maner tahan ,asyik terjaga jer tido
sunan jati:
nasib2x
khairyn:
skrg tgh senyum manis nie baca komen awak
skidg8:
nasib semut tu tak guna henpon
zwitt:
jeng..jeng..jeng
tok ketua:
kencing manis minta di jauhi
pawana malam:
aiseh , kne tag ker..lariii...
cikin:
ye ker..awak dah berdarah manis lum
bunga rampai:
tapi darah org muda kat kutub utara sejuk ckit
sikenit:
lagii..
payakubor:
jom cuba
bengong:
:)
ezatulhaq:
ooo..cengitu ekk..
hani:
teruskan memaniskan senyuman anda
tedungS:
kira saham masih tinggi lagi laa
orochi:
doktor pun katear dia kene darah manis
lan rambai:
nie yg best jadi bapa percintaan nie
blackpurple:
syukurlah setakat darah manis jer
13may:
kita terus nyanyi
nor azhar:
mungkin tidak
It's going to be ending of mine day, but before ending I am reading this impressive paragraph to improve my knowledge.
Here is my website ... borkum riff
This article will assist the internet users for setting up new blog
or even a weblog from start to end.
Also visit my web-site golden virginia tobacco
This website really has all the information and facts I needed about this subject
and didn't know who to ask.
Also see my site :: erinmore pipe tobacco
Hello, There's no doubt that your web site could be having browser compatibility problems. When I take a look at your blog in Safari, it looks fine however, when opening in Internet Explorer, it has some overlapping issues. I just wanted to provide you with a quick heads up! Besides that, fantastic site!
Here is my site ; mac baren mixture
Hi, i think that i saw you visited my weblog thus i came to
“return the favor”.I am trying to find things to enhance my site!
I suppose its ok to use some of your ideas!!
Here is my blog post Skin cells
Catat Ulasan