Isnin, Februari 12, 2007

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Aku rasa aku betul tentang ini. Sila hantar surat bantahan jika kamu tidak bersetuju dengannya.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kata seorang bapa percintaan masa aku kat 'U' dulu. Walaupun ketika itu aku tak berminat untuk bercinta. Sebenarnya bukan tidak berminat, tapi tiada peminat.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Maksud aku bertolak ansur dengan rakan2 sejantina. Lelaki sering tolong menolong rakan2nya yg sedang mabuk dalam percintaan. Tika kawannya itu rungsing, kami hulurkan pandangan, ketika poketnya kering, kami sama2 kongsi megi sepinggan. Ketika kawan dating ngan awek lain, kami cover tutup tembelang.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Dulu pernah, seorang kawan ingin meminjam CLK kesayangan aku. Yang ketika itu baru berumur setahun jagung. Bukan kawanku. Tapi CLK itu.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Asalnya, aku tegur kawanku yg asyik membonceng aweknya ke sana kemari. Katakan sajalah aku dengki. Sebab tak berpeluang nak gendong awek macam tu. Aku tak pernah ada motor dulu2. Aku bagitau kat dia, tak manis bawak anak dara orang ke sana kemari naik motor. Tak sangka kawanku itu akur kata2ku. Dan alasan itu digunakan untuk meminjam CLK aku.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Aku merelakan CLK aku itu digunakan oleh rakan untuk berjumpa dengan aweknya. Katanya ada majlis makan tenagh hari di rumah keluarga aweknya. Meet the parents kali pertama. Gembira dapat menolong kawan menyempurnakan hajatnya. Sedih kerna aku tak dipelawa bersama.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Entah macammaner CLK aku buat hal hari itu. Air cond yg selalunya sejuk terasa panas. Kata kawanku, kesesakan jalan raya ditambah pula bahang mentari KL membuatkan peluh jantannya mengalir laju.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Mujur juga dia sampai di rumah aweknya tepat pada masa yg dijanjikan. Mujur juga ada perfume dalam CLK aku yg sempat dikebasguna olehnya bagi menghilangkan bau peluh itu.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Terkejut juga aku mendengarkan pernyataan ada perfume dalam CLK aku. Err.. biler pulak aku standby perfume dalam CLK kesayangan.

Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kata kawanku, dia gunakan pewangi kereta 'Ambi Pur' untuk penambahan pada wangian diri. Sekurang2nya bau peluh jantannya tidak mengganggu mereka menikmati hidangan tengah hari.

Betulkan. Lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Kami tidak memilih. Rotan tiada, akar pun berguna.


28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha... pakai ambi pur je ke???

ise219 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

leh la aku pinjam CLK tu gak. Hehe. Nanti kasi upah coklat.

jagoan berkata...

Ya, lelaki banyak bertolak ansur dalam soal percintaan. Sebaliknya, perempuan suak beremosi dalam hal yang sama :D. Entah.

Tanpa Nama berkata...

bagus banget incik kemat ni ekk..
lenkali standby la FANTASIA dlm keta..

*owh, mawi!

Tanpa Nama berkata...

aku setuju kemat..

achik berkata...

hahaha... belasah je lah dah terdesak tu ;p

Tanpa Nama berkata...

nanti nak buat surat bantahan la.
hehehe

Korakora berkata...

lenkali letak minyak atar. minyak angin. minyak tanah.

kingbinjai berkata...

aku sokong

zwitterion berkata...

tp kalau kena siapkan tugasan berkumpulan, kwn kita tu asyik pi dating je kejenya..tensen jugak en kemat

akirasuri berkata...

ha ha ha.
sepakat membawa berkat.
-berkaitan ke?-

13may berkata...

hahha....
cinta perlu tolak ansur....hehhe:))

Tanpa Nama berkata...

hehe. betulke? mcm tak caya jer...

Pa'chik berkata...

mak aku kata 'takde rotan, hanger pun buleh'

khairyn berkata...

desperate time requires desperate measure.

Dia lelaki. Survivor.

Tanpa Nama berkata...

haha.. aku tak pakai ambi pur.. suka pakai glade..
errkk.. kuar topik..

Tanpa Nama berkata...

dia sangkut ambi pur tu kat mana? bawah ketiak ke?

Tanpa Nama berkata...

gila. jumpa mertua badan bau kereta.

huhuhu..

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku agak bersetuju. Bertolak ansur dalam keterpaksaan sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

kalo bab cover-mengcover mmg lelaki sehati sejiwa... aku tau sumer tuh.. hampeh jer..

Noushy Syah berkata...

....Ketika kawan dating ngan awek lain, kami cover tutup tembelang....'

aiyoooo....!!!buatnya awek lagi satu tuh adik pompuan sendiri nak cover jugak tak? ngehhhh:D

pB berkata...

nice N3..

Tanpa Nama berkata...

lelaki juga seorang yg penyabar dari perempuan.tambah2 selepas berkahwin.kesabaran lelaki memang tiada bandingan.bila anak menangis di tengah malam kerana mahukan susu,si ayah(lelaki la kan) hanya sabar dan teruskan tido,manakala si isteri(pompuan) yg tidak sabar,terus bangun menyediakan susu bagi menghentikan tangisan si bayi.

zizie ali berkata...

tolak ansur pun ada batasnya. kalu kita aja yang asyik tolak dan dia tak ansur, akhirnya meletup jugak.

Bunga Rampai berkata...

Betul saja, tapi harus juga berpada-pada :)

Kemat berkata...

sikenit:
try la..wangi gak aper

ise:
coklat jer...

kelisa emas:
perempuan suka pada emosi

cikin:
skrg dah standby POLO Black..tp yg sepuloh hinggit punya la

benggong:
ko penyokong setia

achik:
asal boleh jer

bukunota:
hahah

kingbinjai:
sokongan diterima

zwitt:
tensen giler tu

akirasuri:
boleh, boleh

13may:
ya, tolak beransur2, bukan olak terus, baru tak sakit bila jatuh nnti

cik kema:
leh cuba ssndri

pa'chik:
dah lamer tak kne rotan pkai hanger oleh org tua

khairyn:
asal boleh jer

orochi:
galde pun wangi gak

lan rambai:
lumur kat tapak tangan dan baju jer

Kemat berkata...

samurai:
heheh

blackpurple:
:)

cik pudica:
itu bukti betapa baiknya lelaki sesama mrk

pb:
TQ

noushyshah:
err..

penyubiru:
ya betul

bungarampai:
ya

zizieali:
sekali sekala