Jumaat, Disember 11, 2009

Siri Ceramah Rumahtangga: Kongsi Beli

Hidup berumahtangga. Perlu bertolak ansur. Saling bantu membantu. Dan mempercayai.

Di kediaman baru ini, kami sepakat. Sama-sama menjaga. Bukan sekadar hati tapi rumah dan isinya. Sama-sama berkongsi kepayahannya. Menanggung bebannya. Termasuk bab-bab membeli barang-barang dalam rumah ini.

Aku. Suka membaca buku. Awek che'gu belikan aku rak buku. Tinggi. Melangut aku nak capai buku di para atas sekali. Terima kasih sayang. Dan bukunya aku lah yang kena belikan. Mengikut genre kesukaan aku, awek che'gu dan Husna juga. Semua sekali.

"Err... meja kabinet tv nie" tanya aku pura-pura tak faham.

"TV baru kita lah. Saya belikan kabinet, abang belikan tvnya, macam yang lain-lain lah..." cepat jer awek che'gu jawab.

Mak aihh.. dari ukuran kabinet nie, kurang-kurang 42" nie.

Nota: 2-3 bulan nie terpaksalah aku pura-pura buat lupa pasal kabinet tv nie yer..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buku-buku bolehlah diborong ketika jualan buku murah atau pesta buku yang akan berlangsung tak lama lagi.

Untuk Husna, cuba carikan program untuk kanak-kanak yang banyak di pasaran. Buat pemerhatian dahulu.

Saya belikan anak-anak buku grolier. Setakat ini puas hati. yang penting, membaca juga perlu bersama-sama.

TV tu juga, bolehlah survey sekarang. hehhehe kan promosi YES belum berakhir.

Intan and The Boys berkata...

biasala kemat. hidup berumahtangga ni sorang kena ngalah beli benda mahal sket. selalunya suami la kan.

hehehe~

shasha berkata...

apa lagi bro...seng heng masih sale lagi tuh...

Mak Su berkata...

wahhh, saling kasih mengasihi

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

tepuk bersama dgn awek che'gu...

he he he

tasuke berkata...

beli lah barangan buatan malaysia..hehehee

amieiezam berkata...

mujur saiz 42 kalau saiz wayang pacak amacam....

huhu anak aku dah pandai tengok TV, macam kena beli tv baru jugak supaya anak dan bapak tak berebut nengok TV..sebab ibu tentu sokong anak...majoriti beb!!

Kemat berkata...

tanpa nama:
terima kasih untuk panduan

puterikure2:
kena tunjuk tanda syaang isteri kan...

shasha:
tunggu kumpul duit dulu....

masih:
wajib ...

@yue:
kamu berpakat yer

tasuke:
pensonic

amieda:
special anak2 zaman sekarang