Isnin, Disember 14, 2009

Seronok Sampai Lupa

Aku pernah bagitau kat sorang member. Eh, ramai sebenarnya. Antara tempat makan yang best kat KL nie adalah warung Nasi Lemak & Char Kway Tiaw Mali, Tmn Bunga Raya. Berdekatan Kolej TAR. Buka seawal jam 5.30 petang. Sampai lah lagi beberapa jam nak azan Subuh. Kena pulak view meja kamu ngadap KLCC. Memang happening habis.

Awek bersepah. Yang datang makan dan juga yang jual. Nasi lemak dan char kway tiaw kat sini memang best in town. Macam ganja. Sekali kena pasti nak lagi.

"Kat sini semua best lah. Tak ada yang tak best. Memang tak menyesal kemari. Walau lenguh kena beratur panjang"

Yakin benar aku dalam usaha mempromosi kawan ke sini. Macam ada komisyen plak. Tapi aku lupa, keseronokan datang dengan keizinan-Nya. Dan bila kita terlupa. Ada pengajaran untuk ketika berfikir seketika.


Koma.


Hujung minggu lepas. Setelah kembali pulang dari kampung awek che'gu di Mentakab. Kami singgah ke warung Mali. Sekian lama tak bertandang. Sekian lama menaruh rindu dan dendam. Pada kemanisan sambal nasi lemak dan kesegaran udang dalam char kwey tiaw yang dihidangkan.

Kami puas. Bila nasi lemak dan char kway tiaw melepasi tekak ini. Dan mudah pula membuat kesimpulan. Segalanya pasti menggembirakan hati. Bila ke sini. Rasa syukur lupa dipanjatkan pada-Nya. Kekenyangan cuma disendawakan riang.

Balik ke kereta yang ditinggalkan dipersimpangan. Kegembiraan kami tidak berpanjangan. Ia mati di situ tatkala melihat cermin belakang kereta dipecahkan. Dan beg pakaian Husna sudah dilarikan orang. Entah kenapa beg anak kecil yang diambilnya. Hanya beberapa helai baju dan termometer digital yang digunakan bagi mengukur suhu badan Husna ketika demam. 

Geram bercampur marah. Dalam banyak-banyak kenderaan yang ditinggalkan, kereta kami jadi pilihan. Walau ada yang lebih mudah terdedah pada ancaman. Ditinggalkan dalam kegelapan sedangkan kereta ini dibawah lampu jalan yang terang. Cuba meninjau di sekitar kawasan. Mana tahu, pencuri dah campakkan, beg yang tidak berguna buatnya tapi bermakna untuk kami sekeluarga. 
Agak lama untuk ambil masa kembali tenteram. Dan waktu itulah baru hati mula mengingati Tuhan. Redha atas kehilangan. Syukur atas segala lain yang selamat. Diri kami terutamanya.


Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke balai polis. Tiada hajat nak dapatkan kembali barang yang dah dicuri. Cuma nak tambahkan statsitik. Kes pecah kereta di tempat awam.

"Enche polis. Kalau nak jadikan bandar ini selamat, statistik ini perlu dikurangkan" ucap aku dalam langkah terakhir meninggalkan balai.



7 ulasan:

shasha berkata...

alahai..takpe la bro...bersabar sajalah..ada hikmah di sebalik kejadian tu...

tasuke berkata...

aku penah kena pecah 3 kali dalam masa 3 bulan.sebulan sekali woo...tp x report pun..polis sibuk siasat kes politik je la ni..hahahaha

. berkata...

husna dapat baju baru la lepas ni.

3kays berkata...

bro, aku cadang ko jangan bawa kete lagi, ko beli superbike jea, comfirm cermin tak kena pecah!! kali nie statistik memang bole kurang punye.

Tanpa Nama berkata...

Geram memang geram kan? Tapi itulah, ujian Tuhan untuk hambaNya.

Semoga lebih tabah.

Kemat berkata...

shasha:
pasti ada hikmah kan

tasuke:
report bro, kasi polis sedar sikit bandar nie masih kurang selamat

nizam sani:
sponsor bro..hehe

3 kays:
aku nak beli helmet jer, tumpang ngko

tanpa nama:
peringatan untuk hambanya yang mudah terlupa

Lan Rambai berkata...

nasik lemak dan car kuew tiau situ memang superbbb.... dulu aku tinggal kat situ. Bermula dgn 2,3 meja tepi jalan sekarang dah berpuluh2 meja...

pasal beg tu.... takziah! Aku pernah hilang beg yg diletakkan pampers anak kat sunway lagoon.... baju boleh beli lain kat kedai (mahal pun terpaksa beli).. tapi pampers??? Aku terpaksa tebalkan muka mintak nak beli dgn orang lain yang ada anak sebaya anak aku tu.

Dah lama tak bukak blog ko ni kemat.. ketagih pulak nak bagi komen hehehe