Isnin, Disember 08, 2008

"Pah...Butang baju abang mana Pah"

Sejak kehadiran Husna, gelaran awek che’gu pun bertukar. Kadang-kadang, aku memanggilnya sebagai mama Husna. Kadang-kadang. Selebihnya gelaran biasa semasa kami berdua dulu.

Dari rumah mertua, aku kembali ke rumah flat kami di Damansara Damai untuk mengambil baju melayu untuk dipakai masa Aidiladha nanti. Kalau dah berbaju melayu untuk edisi raya, mesti lengkap ngan sampin dan songkok. Tak lupa juga butang baju melayu.

Tapi kat mana pulak aku letak butang baju melayu nie..(atau lebih tepat kat mana awek che’gu selalu simpankan butang baju melayu aku)

Dah 10 minit cari, masih tak jumpa.

”Butang baju melayu kat mana”. Aku via sms. Pada mama.


Plap.. aku tepuk dahi. (perlahan jer, kalau kuat kang sakit plak) Aku lupa. Dalam tepon aku, pangilan awek che’gu masih sama.

"Nak buat apa ngan butang baju melayu bapak ngko nie. Nak pakai raya beli la satu”

Hehe.. Silap hantar da...

Salam Aidiladha.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku simpan sendiri butang baju aku.

:)

Salam Aidiladha untuk Kemat, awek che'gu dan Husna.

:)

shasha berkata...

hahaha...salam aidiladha abg kemat, mama husna dan husna yg comel...!!

Amyz! berkata...

Hahaha~

Selamat Hari Raya~ :-)

izinni berkata...

Salam AidilAdha untuk kamu sekeluarga.

Mesti beza raya kali ni kan .. dah bertiga ;)

Unknown berkata...

sempoi mama ko kemat haha...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Aku Bukan Bidadari berkata...

ekekek orang lelaki mmg camtuh..butang baju tiap2 tahun kena beli baru.. asik ilang semanjang..

Lan Rambai berkata...

ada org kata tak elok tukau panggilan bini selepas dah ada anak seperti mama dia, mama husna dan sebagainya... itu org kata kat aku masa mula-mula aku dapat anak dulu. sejak itu aku kekalkan panggilan pada bini aku seperti mana bisikan di telinganya pada malam pertama dulu hahaha

Tanpa Nama berkata...

erm, ni la lelaki. bila dah ade anak, dah hilang nama manja bini. ganti dengan mamanye, maknye, ibunye. :p

Intan and The Boys berkata...

hehehe~
leh lak.

slamat hari raya korban!
seronok berganda dengan kehadiran husna kan?

hayad berkata...

comel anak kemat. selamat menjadi ibu dan ayah :)

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

slm aidil adha...
comeynya bby..

*husband sy tiap kli rya,stiap kali tu la tnya butang bju mlayu..huhuhu..

tasekM berkata...

hahahahaha....

Unknown berkata...

hua hua hua

blackpurple @ jowopinter berkata...

Belilah yang baju melayu yang dah siap-siap ada butang dude...

Kemat berkata...

mudin:
mithali kamu nie

shasha:
salam aidiladha

amyz:
selamat berkorban

izinni:
beza, memang berbeza

acik aminbakish;
layan..

tiara:
selalu isteri yg simpankan

lan rambai:
panggilan kat bilik tidor ngan panggilan kat luar tak sama...

cikin:
depan orang ramai kalau terlebih romantik kena perli nanti

puterikure2:
seronok sngat

hayad:
comel macam ayahnya..heheh

@yue:
oklah tu..maksudnya husband bergantung harap pada isterinya

tasik merah:
:)

penoreh getah:
heheh

jowopinter:
tak kacip lak nanti..hehe

Unknown berkata...

haha! lawak2..sbbaik msg pasal butang..adoy..~

Kemat berkata...

adledash:
:)