Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Khamis, September 25, 2008
Duit Raya
Eh. Sekupang jer. Mana cukup. Nak beli apa ngan sekupang nie.
Tu la korang nie. Tak tahu nak berterima kasih. Dah bagi ambik la. Bulan depan aku bagi lagi.
Janji.
Ah. Banyak cerita pulak. Duit aku. Suka hati aku lah.....
(Khabarnya ramai yang merajuk. ”Err... kita pergi beraya rumah Aji Nuar nak tak. Mana tau dapat lebih.” kata sorang bagi cadangan.)
Selasa, September 23, 2008
Kad Raya : 2
”Ok. Jom buktikan. Kita tengok saper dapat kad raya paling banyak” adik bagi cadangan.
Ok gak tu. Agar cabaran ini tidak sia-sia, elok dijadikan ia lebih bermanfaat. Setiap sorang diberikan satu sudut rumah untuk gantungkan kad-kad raya yang diterima. Tak kisah kad dari artis, dari kedai tayar, kad tahun lepas pun leh masuk pertandingan nie gak.
Adik nampak semangat dok gantung kad-kad raya dia. Memang banyak pun kat raya yang dia dapat.
Aku. Takkan nak mengaku kalah. Aku lebih lama makan garam.
"Woitt.. woittt... mana aci gantung kad jemputan kahwin sekali nie" marah adik aku sambil belek-belek kad yang aku gantung.
Isnin, September 22, 2008
Kad Raya
Aku pun terfikir idea yang sama. Nak gantung kad raya di rumah. Tapi zaman siber sekarang nie, kad raya pun versi e-kad, mms atau sms. E-kad tu boleh gak ler print. Versi mms atau mms camner. Kad yang dihantar secara pos.. ada la 2-3 aku dapat. Satu dari kedai cermin mata, satu dari pusat zakat., satu dari takaful.. err....kansel lah plan nak gantung kad raya...
Isnin, September 15, 2008
Terbang Bebas
Merbah kecil mengibaskan sayapnya. Tanda kelegaan. Rasa kebebasan.
Dan kamu senyum penuh bangga. Dan menyuruh merbah segera terbang dengan nada kepuasan. Kamu yakin haknya untuk terbang sudah dipulangkan.
Tapi mengapa masih diperlukan sangkar itu. Biarpun diperbuat emas dihiasi cantik berkilauan. Kau beri kebebasana pada fizikalnya, kau penjara jiwanya.
Jumaat, September 12, 2008
Blog : Macam Cendawan
“Wah.. lepas nie blog tumbuh macam cendawan selepas hujan la. Masing-masing nak buat blog ” kata seorang rakan sambil membaca akhbar.
“Blog memang macam cendawan. Ada macam-macam bentuk, warna dan rasa. Penulisannya tidak bersempadan. Kreativitinya tiada batasan” tambah seorang kawan. Penggemar blog barangkali. Atau mungkin juga punyai blog sendiri. Sekarang siapa-siapa pun boleh punyai blog.
“Hati-hati dengan cendawan. Ada yang beracun dan sesuai untuk dimakan” ulas aku sebagai peringatan di hari Jumaat penuh kemuliaan.
Rabu, September 10, 2008
Puasa: Mengidam
Aku fikir seketika. Lama jugak sebenarnya. Sebelum balas balik SMS tu.
“Ayam percik. Gulai batang pisang. Terubuk bakar. Kuih Lopes. Puteri Mandi. Air Tebu”
SMS masuk lagi. “Huihh.. nie mengidam ker aper nie”
Hehhe. Dulu awek che’gu yang mengidam. Aku tunaikan. Kali nie giliran aku pulak.
Selasa, September 09, 2008
Sahur Anak Bujang
Pagi yang dingin. Entah bagaimana boleh terkejut dari lena yang mengasyikkan. Walaupun malam tadi tidur pun dah mencecah ke pagi.
“Huh… sahur” jerit salah seorang dari mereka.
“Bangun..bangun.. woi. Sahur” suara itu bersahut-sahutan pula.
Masing-masing kelam-kabut bangun. Minggu pertama puasa, kalau tak puasa memang ‘pancit’ di siang harinya.
“Dah kul baper nie. Dah imsak belum” tanya sorang yang agak prihatin ketika lain-lain dan ambik posisi. Ada yang terus belasah ‘nasi goreng’ yang dibungkus semalam. Ada yang sibuk dok bancuh milo. Ada yang tercari-cari kotak rokok idaman.
“Ntah. Gelap jer lagi. Belum kot”
Tak der sorang pun nak tengok jam. Mungkin beranggapan sekiranya tak tahu waktu Subuh dah pun masuk boleh dimaafkan. Entah dimana ilmu itu dipelajari. Sebenarnya alasan yang dicari.
“Sempat lagi. Belum azan lagi” laung sorang penuh keyakinan selepas berjaya tune radio kesayangan ke saluran nasional. “Kat radio masih dok ngaji lagi”
Tak sampai 3 minit. Suara mengaji berenti. Suara dj kedengaran. “Sebentar lagi akan kedengaranlah azan bagi menandakan masuknya waktu Subuh di…….”
Aaaaaa…. Jerit
Sorang yang baru abis separuh rokok,
Sorang yang milo panasnya belum sempat sejuk
Sorang yang nasi gorengnya baru separuh pinggan
Sorang yang baru jer basuh muka nak bersahur
Sorang yang dah abis nasi goreng separuh pinggan dan rokok Semporna sebatang tapi tak sempat teguk air walau secawan
Sabtu, September 06, 2008
Baju Melayu : Bukan Kisah Raya
Balik berbuka di rumah kedua orang tua memang seronok. Segala makanan idaman dan kesukaan terutamanya resepi rahsia keluarga kami pasti ada bersama juadah lain yang memikat hati.
Selalunya aku bersantai sahaja bila balik ke rumah mak ayah. Jarak rumah yang dekat. Kalau tak seluar track yang dipadankan dengan t-shirt tanpa kolar, aku selesa berkain pelikat sahaja. Selepas abis terawih barulah pulang ke rumah.
Nak ke terawih barulah aku kelam kabut cari baju Melayu. Bukan tak boleh pakai t-shirt, tapi koleksi baju Melayu aku kat rumah mak ayah jarang terusik kecuali kalau melibatkan aktiviti di masjid nie.. Cari punya cari ada jumpa satu kaler merah jambu. Rasa pelik dalam hati bila pulak aku ada baju Melayu kaler nie. Macam Puteri Umno la pulak. Itulah, baju dah banyak tapi pakainya jarang-jarang.
Mungkin kaler nie pilihan adik beradik pompuan aku. Selalunya bila nak buat baju untuk raya, mama beli kain kaler sama untuk satu keluarga. Sekayu. Kalau biru dipilih, tahun itu birulah semua seisi rumah.
Aku try pakai elok jer. Belasah je lah.
Balik dari masjid. Mak tegur. “Kenapa pakai baju raya adik ngko”
“Hah. Baju raya adik punya ker. Aiseh patut lah rasa cam tak pernah ader”
Cepat-cepat aku tukar baju. Aku lupa kami berkongsi almari baju yang sama. Nasib adik aku tak balik minggu nie. Sorilah..dah ter’rasmikan’ dulu. Hehe.
Rabu, September 03, 2008
Dodol: Bukan Cerita Hari Raya
Takderlah banyak sangat. 3 kawah cuma. Bagi menjadikan aktiviti kacau dodol lebih happening diadakan aktiviti untuk kanak-kanak jua acara makan-makan. Acara yang bermula seawal jam 7 pagi dengan gotong royong membersihkan kawasan sekitar diakhiri dengan ceramah sempena Ramadhan, "Tidak Tersungkur Di Pertengahan & Akhir Ramadhan” (selalunya kita bersemangat meraikan Ramdhan diawalnya sahaja, masuk jer separuh masa kedua semangat raya melebihi semangat puasa)
Dulu, masa kecik-kecik selalu gak tengok orang dok kacau dodol. Hari nie diberi peranan pemegang dayungnya. Maka kayuhlah kami perlahan-lahan tanpa henti tapi berganti ganti. 6 jam bukan sekejap. Kalau tido 6 jam di siang hari bila bangun dah blur semacam. Tapi takder lah 6 jam aku tercongok kat situ. Sempat lagi lari pergi warehouse sale barangan baby kat Taman Ehsan.
Bahan-bahannya. Aku tak berapa pasti. Yang aku perasan masa intai geng-geng perempuan dok bancuh adalah santan(nak kasi berlemak sikit, baru sedap), gula, tepung pulut, garam kasar. Mungkin ada bahan rahsia tapi tak sempat nak dikenalpasti. Yelah kang intai lebih-lebih ada aweks buat tuduhan aku cuba nak mengorat pulak...
Hari Ahad balik rumah mertua aku bawaklah sebekas. Kasi rasa. Sama-sama kongsi. Sedap. Kata mereka. Huh, aku dah senyum tak ingat. Walau sekadar tukang kacau, tetap nak berkongsi bangga. Siap dah berangan Mat Jenin nak wat bisnes dodol lak.. Alahai...
Oh ya... agak-agak bagaimana nak menguji dodol yang kamu masak dan masak dengan elok..letak sedikit dodol kat daun pisang, kalau tak melekat kira dah boleh makan dah...
Selasa, September 02, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan
Aku pasti. Tak lama lagi pasti entri juadah berbuka puasa kan mengambil alih tumpuan. Masing-masing punya citarasa dan idaman tersendiri.
Entri raya. Awal sangat tu. Atau dah ada yang tak sabar-sabar nak beraya walau baru sehari berpuasa. (Yelah..baju raya dah lama siap tergantung kat dalam almari....)
Banyak yang boleh dikongsi. Dari cerita bangun sahur sampailah ke pergi solat terawih.
Hmm..Aku nak tulis apa hari nie.
Sebenarnya tak der idea laa.. LAPAR nie....