Keupayaan Iraq mengungguli saingan Piala Asia seakan satu ejakan buat kita. Benarlah kedudukan rankingnya yang lebih tinggi dari skuad Harimau ini. Dan pemain2nya yang sudah berkelana dan merasai bermain di negeri asing. Namun, bukankah kita sudah merdeka hampir 50 tahun lamanya sedangkan mereka masih bertuankan Amerika Syarikat di bumi kelahiran sendiri.
Entah di mana silapnya. Pada acuan atau tangan yang membancuhnya. Di kampung sendiri, kita dipermainkan. Di gelanggang sendiri kita diperbudakkan. Kegemilangan silam seakan hilang. Harimau Malaya bukan lagi saingan. Ngaumannya sudah tidak menggerunkan tatkala kukunya tidak cukup tajam dan kuat untuk mencengkam.
Ada yang berputus asa. Terus melupakan saja. Katanya kita tak akan lagi kembali seperti dulu. Dan biarlah kita terus begini. Memalukan dan dimalukan.
Tunggu. Jangan diturunkan panji2 itu. Biarpun ia hampir rebah. Tapi kita masih boleh papah. Jangan dihentikan paluan gendang itu. Biarpun kini cuma mengalun perlahan. Dalam keperitan ada kekuatan. Dalam kegagalan ada kejayaan. Di celah kesempitan akan terbuka jalan.
Kalau pucuk di atas sudah bengkok. Mengapa tak dicantas pada umbinya. Tak ditegakkan pada perdunya. Tak dikuatkan akar tunjangnya. Atau kamu boleh saja semai benih yang baru. Jika kesabaran itu ada. Untuk kamu tuai hasilnya.
Lihatlah ke dalam diri. Mengapa sukan bola sepak tidak mendapat tempat di hati. Lupakah pada kisah hidupmu yang lalu. Bertahun yang lalu. Tika permainan bola sepak cukup kamu sanjung. Itulah permainan kamu bersama rakan di sebelah petang. Berlari2 atas batas sawah berkaki ayam. Hingga lewat Maghrib baru pulang. Dan ibu menanti dengan rotan sebatang. Kamu tak pedulikan semua itu. Dan jika ada perlawanan antara sekolah, antara kampung juga daerah, berpusu2 kamu ke padang. Biar tak kenal siapa kawan, siapa lawan, kamu tetap sanggup duduk menyaksikan.
Kini, siapa peduli jika ada perlawanan bola biar padang cuma sebelah rumah. Keluar pagi balik petang. Minat kamu sudah hilang. Pada sukan yang menjalinkan hubungan dengan teman satu taman, satu kampung, teman sepermainan.
Lalu, bila tika kamu kalah, kamu menyerah. Kamu tidak ingin cuba bangkit dari tersepit. Biarlah. Kata hati. Ini bukan sukan kita. Ini bukan dunia kita. Biarlah. Biarlah si Luncai terjun dengan labu2nya.
Benar kita kalah. Tapi jangan dibuangkan mimpi. Mimpi untuk menjadi juara. Suatu hari nanti. Mari. Lontarkan keinginan kita untuk melihat Harimau Malaya kembali di persada dunia. Dengarkan pada mereka tentang cita2 kita.
Ada yang perlu berubah. Ada yang perlu turun. Ada yang perlu naik. Ada yang perlu maju. Ada yang perlu ditinggalkan. Lakukan. Apa saja. Agar kita kembali berjaya. Agar kita mampu kembali menyepak bola. Dan tidak lagi membiarkan maruah ini disepak mereka.
Nota:
Seminggu yang lalu, aku cukup marah. Dengan tewasnya skuad bola negara begitu mudah. Tapi aku sedar, marah aku tak kan menjadikan skuad bola kembali gah.
Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Isnin, Julai 30, 2007
Bola Yang Disepak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 ulasan:
same lah dgn aku jugak. Marah gile mase kene belasah 5-0 dek Uzbekistan. Frust aku tgk!
ntah apa yang merasuk mereka untuk tidak bersungguh2 untuk menang...
aku hampa...
cantiknya susunan ayat kemat..beralun2, berlagu2..tetapi penuh makna!:)
Semoga Malaysia berjaya pada masa ini & di masa hadapan!
erk... rasa-rasanya, di Iraq, ada berapa universiti berasaskan sukan?
kalau ikut logik menteri kita, mesti banyak kan? ;)
hmmm....
baru tersedar pemain bola sepak malaysia tak hensem mcm pemain iraq kann..
hihihih
saya tak marah, sebab saya tak tengok, hehehe...
jangan risau mat...
anak kasem tu kata, bagi dia jadi timbalan satu, keri jam jadi timbalan 2.. mesti buleh berjaya ah... kekekekekerajamaludin.
tahniah iraq
ise:
frust nonggeng ker
kure2:
semangat telah hilang gamaknya
skidg8:
:)
untuk negara
mudin001:
hmm..mungkin ker
tiara:
jgn lupakan beckham kamu sudah
ceera:
lenkali kene tgk tau..
pa'chik:
mungkin kena di politikkan bola nie kot
king:
tahniah Iraq
Erkk....Memang pun patut kena cantas semua, memalukan negara diambang 50 tahun kita merdeka tapi bola sepak jauh ketinggalan
Catat Ulasan