Khamis, Julai 12, 2007

Keris

Melengkung lok semenanjung emas
Memburu matahari
Dengan matahati
Mata
Keris
Kun!
Aku teruja mendengar nama Datuk Syed Alwi sebagai pengarah kepada teater Keris nie. Nama yang aku kenali dari teater Alang Rentak Seribu. Datuk Syed Alwi antara kelompok mereka yang terawal cuba mementaskan teater di sini.
Dan malam tadi, Rabu malamnya, malam pembukaan pada satu lagi garapan dan sentuhan sihir ilmu seni teater DatukSyed Alwi aku berkesempatan menyaksikan. Menarik? Sudah tentu. Nama2 seperti Omar Abdullah, Zulkifli Zain, Namron, Zaibo, Zuhairi Ibrahim, Sabri Yunus sudah cukup untuk mendesak kehadiran kalian ke sini. Di Auditorium DBP.
Kisahnya bermula apabila ketua kampung bernama Waling Amri yang memperoleh batu dari cakerawala hampir sama dengan kelahiran anak perempuannya yang dinamakan Puteri. Dia kemudian membentuk batu itu menjadi sebilah keris untuk dikembarkan dengan anaknya. Keindahan dan kesaktian keris telah mengundang orang luar untuk bertemu ketua kampung bagi melihat kesaktian tersebut. Namun, keris yang menjadi lambang teras adat dan budaya Melayu dipertahankan dari dirampas oleh orang luar yang cuba mengambilnya secara kasar dan halus.
Yang menarik, cara penceritaan menggunakan 4 pelakon Zaibo, Sabri Yunus, Angeline Tan dan Jeganathan cukup bersahaja. Sindir mereka dalam ketawa. Nasihat mereka dalam nyanyian.
Jika ada kecacatan pada pementasan ini, dilihat pada penggunaan asap yang keterlaluan. Sehinggakan mengganggu penonton yang berada di barisan hadapan berdekatan pentas lakonan.
Bak kata Datuk Syed Alwi di awal persembahan, teater adalah pentas rekaan ilham karyawan, yang menggarap unsur dan sihir seni dengan kemodenan kelengkapan. Sekalipun dunia teater adalah lakonan, ia diceritakan berdasarkan pengalaman kehidupan yang sebenar, kejadian yang pernah terjadi yang mungkin akan berulang lagi.
Saksikanlah. Dipentaskan dari 11-15 Julai 2007. 8.30 malam.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I
tak sangka Kemat minat teater.

Semasa saya bersekolah di KL, kerap juga saya nonton teater... terutamanya teater kanak-kanak. :D

dan saya masih suka nonton sehingga hari ni...

:D

II
Budaya Melayu, menegur dalam keadaan halus.

Saya cinta ini.

13may berkata...

tak penah layan teater lagi pun....
teringin gak...

Mak Su berkata...

fuiyooo - macam menarik ler bunyiknyer

Azhar Ahmad berkata...

hummm bila lah dapat tgk teater lagi...

TedungS berkata...

aku pun tk pernah pg, mungkin satu hari

hishamuddin hussein onn tkde ke (cerita2 keris tu) heheh

Kemat berkata...

sikenit:
teater kadang2 mengupas persoalan hidup dari sudut yg kita sering terlupa untuk perihalkan..

13may:
cuba la..tak rugi

mak su:
memang caiyok..


azharahmad:
sibuk benar kamu nampaknya


tedungS:
aa..patutnya part pegang dan hunus keris tu kasi dia kan...