07.07.07 tarikh bertuah. Mungkin. Tapi aku tak kata korang sepatutnya pergi membeli nombor ekor pada tarikh tu. Juga pada tarikh2 lain. Namun 07.07.07 tetap tarikh bertuah. Rasanya. Sebab ramai pilih nak tamatkan zaman bujang, zaman duda, zaman beristeri satu pada tarikh nie. Aku juga bertuah. Tak. Aku bukan nak kahwin lagi. Tapi aku dapat banyak jemputan ke majlis kenduri kahwin pada tarikh nie. Kira bertuah la tu kan.
Sekarang bukan sesuatu yang menghairankan. Dalam satu hari ada 2-3 jemputan. Tu belum kira yang kat kampung. Berbulan yang lalu dah dikhabarkan anak ketua kampung kamu nak menikah. Tapi kamu tetap tak pulang atas alasan sibuk bekerja di kota atau sebenarnya menyimpan rasa kesal di hati gagal menyunting anak dara ketua kampung tu. Silapnya, bapaknya suruh kamu masuk Akademi Al-Quran, tapi kamu pergi hantar borang ujibakat Akademi Fantasia.
Dah banyak sangat kenduri, bolehlah kamu buat pilihan. Yang maner nak pergi. Yang dekat atau yang jauh. Kawan opis, kawan sekolah, kawan kepada kawan atau sedara mara yang kamu pernah salam setahun sekali masa hari raya Aidilfitri.
Kepada yang tak dapat dihadiri majlis kendurinya, janganlah berkecil hati. Bukan kami tak sudi, bukan lauk yg dihidangkan tak menepati rasa perut dan rongga esofogus ini, cuma masa tak mengizinkan. Terutamanya kepada pengantin perempuan, maaf ek. Kepada pengantin lelaki.. sori la tak dapat datang, ko kawen sekali lagi la.. pasni sure aku pergi..hehhe
IklAN : 07/07/07... MASKARA anjuran bebudak SOLJAH kat umah PENA jam 8.45mlm.
17 ulasan:
aku pernah juga dapat banyak jemputan dulu. dan tak dapat aku nakpi semua. jadi utnuk tidak menghampakan semua dan supaya aku dapat berlaku adil aku tak pi satu pun hahahaha
Salam,
Tahun depan 08.08.08 lagi banyak jemputan rasanya :)
err rasanya erra fazira la yg start tarikh camtu.. 03.03.03.. ;p
Hummmm.... Entahlah, dah lama tak makan lauk kenduri. Hummm... kamu bila lagi nak jamu orang dengan nasi minyak?
saya pun dapat banyak kad kawin, ni sibuk nak beli hadiah, huhu...
MASKARA tu ape?
kalau tak dapat hadir jemputan tu, wangnye dikirim tak? :D
tarikh ni pun popular 20072007.
aku pernah dapat banyak jemputan time 31 august 9 tahun dulu tapi satu pun aku tak hingin nak pegi. hahahahahhaah ..padan muka depa semua ... hahahahhaah
jenuh la nak atur umah...hahha
byk dapat jemputan ker?
salam,
7/7/07..
tu sama jgk ngn sepak mula asian cup..
nak pilih mana satu ni..
konpius!..
(",)
oo kena kawin skali lagi la kalau camtu
erm.. menarik gak ide tu hahaha
haaaaaaa lamanya tak dengar puisi
besh dpt makan kenduri..
pelik.. aku cuma dapat satu jemputan jer hari tu.. itupun aku tak pergi sebab ada dressing code utk ke majlis itu.... malas aku nak pegi wedding org kaya2 ni hehe
dulu² ade gak plan nak kawen 07.07.07.. tp hajat xkesampaian. huhuhu...
king:
adilnya....
bungarampai:
cina suka no 8 nie
achik:
obses ngan nombor depa nie
azhar:
dah jamu dah
ceera:
beli hadiah kawen kat pasar borong la..murah dan jimat..sekaligus utk setahun punya jemputan heheh
skidg8:
check link kat GEJU
jusswan:
20072007 bersamaan hari Jumaat, mesti ramai yg buat akad nikah mlam tu..
izinni:
jgn buat selalu.
13may:
memenuhi tuntutan
maksu:
kira satu hari tak yah makan..makan kat umah kenduri jer
bang gugar:
AFC..tengok mesia main dah ler
tedungS:
kawen lagi satu..ko berani ke dude.. banyak tanggungjawab tu
(kalau isteri pertama kasi la)
khairyn:
jom layan
lindosh:
best banget
lan rambai:
wedding org2 kaya makan pakai sudu garfu..emmang tak best..tak kenyang
cikin:
set 080808 laks..doa banyak2..
Catat Ulasan