Selasa, Julai 17, 2007

Jadi Bos

"Kita mesti jadi bos" kata aku. Memulakan perbualan pagi di kedai mamak. Sambil mencicip teh tarik dari gelas kaca itu. Dan serentak yang lain semua bersetuju. Tak ramai. Kami berempat saja. Macam three musketeers. Eh itu baru tiga. Four musketeers.

Bukan sekali pendapat itu keluar. Impian tu dah lamer ada. Nak jadi ketua. Jadi bos. Sebab jadi bos nie best. Kononnya. Tapi kami terlupa tanggungjawab yang datang bersama gelaran bos tu. Tapi kami tetap tak kisah. Kami bukan memberontak. Jauh sekali nak merampas kuasa. Kami cuma nak jadi bos. Itu jer. Salah ker. Macam ahli politik juga. Yang sibuk cari peluang nak naik ke atas. Nak jadi ketua. Tak dapat jadi pemimpin tua. Jadi ketua golongan orang2 muda. Jadi ketua kepada mereka yang baru cukup umur 18 tahun pun dah ok dah.

"Tapi macam maner". Salah seorang dari kami bertanya. "Nak jadi bos macam Sivaji The Bos tu ker". Seorang lagi bertanya. Yang dok minum di sebelah kirinya.


"Kita kena ubah gaya kita. Biar ada gaya bos. Gaya bos berjalan. Gaya bos cakap. Gaya bos memberikan arahan" salah seorang yang sedikit cerdik memberikan jawapan.

"Siapa idola kita. Sivaji The Bos tu ker" tanya lagi. Mamat yang minum di sebelah kiri tadi. "Huh. Itu semua dunia lakonan. Ini realiti walaupun impian kita cuma fantasi. Tu tengok bos aka tokey2 yang kaya raya tu. Kita tiru mereka".

Dan kami meneliti telatah bos2 kaya itu. Seperti kami. Mereka juga minum kopi. Cuma cawan mereka ada label Starbucks. Tipikal gaya bos/tokey kaya. Perut sedikit gendut. Dan bual berbicaranya tentang golf bukan pasal kegagalan pasukan bolasepak Malaysia kat Piala Asia.

"Mamak. Kasi tambah telur separuh masak 2 biji sama roti bakar 1 set." pinta seorang sahabat. Juga dari kalangan kami yang berempat tu. Katanya nak besarkan ukur lilit perut. Baru ada gaya bos.

Dan topik perbualan yang selalunya berkisar tentang Maya Karin, Siti Nurhaliza juga Altantuya itu juga berubah kepada dunia golf. Tentang set kelengkapan golf. Tentang driving range. Tentang permainan di green. Tentang teknik permainnanya. Sedikit saja. Apa yang kami tahula.

Resolusi di capai. Sepakat. Mulai hari ini kita kena belajar main golf.

"Mamak... kira" kata seorang dari kami. Aku ler tu.

"Ko tak nak bayarkan semua sekali ker. Jadi bos kene belanja makan semua orang" kata dia yang paling senyap antara kami.

"Aiseh.. kalau camtu kensel la jadi bos" kata aku. Yang cuma ada 3 helai duit seringgit dalam dompet pagi itu.


15 ulasan:

kingbinjai berkata...

wahahahaha

Aku Bukan Bidadari berkata...

hahahaha teruk!

achik berkata...

hehehe...

Tanpa Nama berkata...

wes, tu la.bos kene banyak duit.

kansel la jadi bos time makan, petang leh jadi bos balik.eheh

Tanpa Nama berkata...

haha... :D

izinni berkata...

errrr ... dah 6 bulan aku jadi boss tanpa rela ... aku tak pernah belanja sesapa pun kat opis aku. hahahahahahaha

Mak Su berkata...

boss boss.... hahaha, hihihih, huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Bab lain boleh tiru. Bab duit tu je payah sikit.

Pa'chik berkata...

The Four Horsemen of the Apocalypse? fantastic four? four weddings and a funeral? four brothers? twentyfour (24)?

Unknown berkata...

aku nak jadik bos yg tak perlu bawak kuar duit.. juz mengarah2 org.. ekeke

Tanpa Nama berkata...

aku tengok kat tv three musketeers memang ada 4 orang. :|

banggugar berkata...

salam,

3 ringgit tu cukup la nak belanja aku sorang..

apa lagi..

jomlah.. boss!..

(",)

Azhar Ahmad berkata...

Habis siapa mahu jadi kuli?

khairyn berkata...

fuh! bos sengkek hahaha

ingat dulu zaman budak2, ada satu 'bos' yang rajin masukkan duit dalam bank. Berbaju t-shirt pagoda berseluar bermuda putih berjalur biru dan berselipar jepun.

Perut tidak gendut, cuma poketnya saja maju ke depan. Selalunya berikat getah. Mencapai hampir ribuan.

Itu waktu awal zaman 80an, sering menjadi teman 'bos' sendiri. Ber t-shirt kolar dan berseluar hitam terpalit tepung putih. Tidak gendut tapi kocek juga ke depan tapi tidak sehebat kocek apek seluar putih berjalur biru.

Kemat berkata...

kingbinjai:
hahhaa

aku bukan bidadari:
hehehe

achik:
gelak juga...

ted:
time makan jadi anak buah ..

si kenit:
:)

izinni:
mungkin boelh mula dengan belanja saya...heheh

mak su:
hehehe

samurai:
poket selalu bocor..itu yg susah tu

pa'cik:
Ompek Sahabat

lindosh:
cam tu tak nak keje ngan kamu lah

neeziee:
memang ader..yg sorang tu hero..aku ler tu

bang gugar:
jom saya belanja kamu bayar

azhar ahmad:
kamu ler...hahhaa

khairyn:
harap poket leh kembung ke depan