Isnin, Julai 09, 2007

Maskara

Maskara? Awek Che'gu tanya aku sambil mata dibeliakkan. Sebab mula2 aku bagitau nak tengok teater malam tu atau sebenarnya dia sangsi akan akronim Maskara tu. Ada cam nama salah satu dari beribu barangan kosmetik kaum Hawa. Dan mungkin Awek Che'gu memikirkan akan ada ramai aweks-aweks kat aktiviti baca-dengar-tengok tu. Dan aku juga mengharapkan yang sama. Ramai aweks-aweks. Cuma angan2 dan harapan jer. Tapi sebenarnya aku teruja ngan nama Pyan Habib yg digembar-gemburkan akan mendeklamasikan puisinya malam tu, aku putuskan kami ke Rumah PENA. Aku kenali Pyanhabib menerusi puisi Bapaku Seorang YB. Puisi yang cukup menarik dan sinikal.
Ini kali pertama aku ke sini. Ooo.. macam nie rupanya orang baca puisi, baca cerita yang mereka tulis dari buku. Terasa macam berada di pentas seni dan sastera. Nampaknya dunia blog semakin berkembang. Mula2 orang tulis blog. Pastu catatan blog dibukukan jadi blook. Sekarang diaorang bacakan pulak apa yg ditulis kat buku tu. Lepas nie mungkin akan ada filem pertama yang diilhamkan dari catatan blog.
Ulasan tentang persembahan. Aku suka Esis dan Elmaaniq. Terutamanya kisah cacing tu. Esis leh jadi pelakon. Ada bakat. Kalau tak pelakon drama pelakon iklan. Iklan ubat nyamuk. Misalnya.
Alif the Magician juga hebat. Dia namapak ceria dan bersahaja. Dan Cik Daun, terima kasih kerna membantu menjayakan persembahan magik tu. Kehadiran kamu di atas pentas banyak membantu.
Paling best dan yang ditunggu. Pyanhabib. Aku kira dia dah sedikit berisi berbanding dalam filem Kembara Seniman Jalanan bersama M. Nasir dulu. Dan gayanya mendeklamasikan puisi cukup best. Pyan ceritakan sedikit tentang kehilangannya di dunia puisi nie. Mengungkap saat seniman jalanan mendapat pengiktirafan di Central Market dulu2.
Maskara 3 akan datang 040807. Tempat dan waktu yang sama. Datanglah.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teringin nak pi tp transport takde. so, blk kg je la. huhuh..

*pssst kemat, ramai tak aweks cun bermaskara mlm tu?hehehe...

Ceera berkata...

best ker??? sekali sekala dengan puisi leh gaks meremang bulu roma kan...

;-)

Farahz berkata...

info sket pasal MASKARA ni?
mcm menarik je.

Farahz berkata...

info sket pasal MASKARA ni?
mcm menarik je.

sinaganaga berkata...

sepatutnya dieja 'Pyanhabib'.

sekian.

Intan and The Boys berkata...

mesti cambest kan malam maskara tu?

aku suka dengar dan baca puisi, tapi tak pandai nak deklamasikannya..

Sunan_Jati berkata...

wah mmc best jer...!

Lan Rambai berkata...

ko budak science stream camna lak boleh tersosek kat majlis sastera ni? hahaha... jumpa awek chegu jarang2.. bila jumpa, bawak awek chegu malam2 minggu tonton maskara... emmm.. mesti telekong basuh ni hahahaha

Aku Bukan Bidadari berkata...

macam best...

blackpurple @ jowopinter berkata...

Lama sungguh tak nampak Pyanhabib. Sesi akan datang insya-Allah aku tak nak terlepas lagi....

arianna adrizal berkata...

next maskara saudara pyan ada tak?

Mak Su berkata...

tsk tsk tsk... saya pernah bersembang ngan pyanhabib kat tepi kedai, dan saya tak tahu dia tu pyanhabib... tsk tsk tsk....

Rie berkata...

lepas kawen ni ko nampak segak. sungguh!








aku fikir tulang belakang ko dah semakin tegap... hahaha.

Kemat berkata...

cikin:
err..tak leh jawab kat sini..nanti awek che'gu baca..heheh

ceera:
nanti datang maskara 3

farahz:
nanti saya update pasal Maskara 3. Cadangnya 04.08.07. Tempat dan waktunya sama.

sinaganaga:
dah tukar. thanks bro.

kurekuredalamperahu:
dengar dulu, nanti kamu sendiri akan teruja membacanya

sunan jati:
best giler

lan rambai:
aku budak science stream yg selalu ponteng kelas.. dan usha awek junior kelas agama/sastera..

telekung tak basuh..sebelum dapat hadiah kene kasi hadiah kan..

aku bukan bidadari:
ajak beckham datang lenkali

bp:
jgn tak datang

anne:
tak pasti..kene tanya penganjur..harap2 ader..permintaan ramai nie

maksu:
pyanhabib tau tak awak maksu..

esis:
aah..aku malu..pada pujian..hahhaha

LadyTiz berkata...

tak pernah pergi ke majlis seperti nih...
betul betul tak bermaskara...

asli. *katak bwh tempurung je rsenya*