Khamis, Julai 19, 2007

Kering

Laju
Macam air
Mengalir
Tanpa henti
Tanpa disedari

Sehinggalah
Pada tika ia semakin susut
Sedikit demi sedikit
Dulu bukit kini busut

"Kering"
Kata anak2 muda itu
Bila ditanya tentang isi dalam dompet
Jawapan dipenghujung bulan
Bersama wajah yang masam

Akhir2 ini
Perbelanjaan melebihi pendapatan
Gara2 terpukau dengan hebahan
Paluan awal berita kegembiraan
Kenaikana gaji 3 bulan yang lalu

Dan Melayu itu mudah lupa
Alpa, leka dan suka bergaya
Kononnya diri sedikit kaya
Membayangkan durian runtuh depan mata

3 bulan dulu cuma perkhabarannya
Hakikatnya 'durian' masih di pangkal dahan
Menanti gugur penghujung bulan

Alahai..

"Mamak... kasi teh o suam satu. ..kurang manis aaaa..."

"Manis saja ka mau kurang, lagi tak mau ..."

"Hah.. kalau boleh. .. itu harga pun kasi kurang jugak laa..."


Ucapan tahniah untuk Anuar Hasin yang menjadi juara Akademi Al-Quran musim kedua. Dan juga pasangan adik beradik di tempat kedua dan ketiga. Pasti sejuk perut ibu yang mengandungkan mereka.

15 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Biasalah 'kering - mengering' ni.. he he he!

Si Anuar itu berjaya setelah percubaan kali kedua. Moralnya, Jangan mengalah!

aku berkata...

"kering" juga sinonim dengan hidup seorang insan bergelar student..haha..

Pa'chik berkata...

yang itu kering... yang satu lagi.. dah penuh air.. susah.. susah.. kekeke....

Aku Bukan Bidadari berkata...

elehh kemat.. ko sebenarnya x mo orang soh ko belanja kan kan?? buat taktik nih...

kingbinjai berkata...

puasa la

aeyjay berkata...

saya pun tgh kering skrg ni.almaklum tgh² bulan :-(

achik berkata...

kering xpe.. jgn kemarau.. ;p

Mak Su berkata...

kepala kekeringan idea

Tanpa Nama berkata...

Tahniah utk Anuar.. Dia xde masalah nak masuk mana2 realiti TV pun.. Tp budak2 yg masuk AF, Mentor, Gang Star etc, ada berani masuk AQ?

Iman Mawaddah berkata...

Saya lebih suka bacaan pemenang yang kedua tu. Mungkin sudah rezeki Anuar agaknya.

zwitterion berkata...

tahniah utk si anuar ..
lagi satu pepatah, dgr guruh di langit, air dalam tempayan dicurahkan..dgr kata naik gaji, habis semua dibelanja..hehe

akirasuri berkata...

anuar hasin? oh! sudah rejeki dia. tapi saya suka pembaca kedua. oh!

TedungS berkata...

kering kering si ikan kering
ada duit igt2 le skit utk 1-2 minggu ke depan

pantun sireh aku tu ;p

Kemat berkata...

blackpurple:
semangat Anuar harus dipuji dan dicontohi

aku:
student dulu memang selalu kering..kemarau terus haa..

pa'chik:
hahah

aku bukan bidadari:
hehehe

kingbinjai:
bagus gak tu

aeyjay:
samer la kita

achik:
kering kalau berlarutan leh jadi kemarau

mak su:
idea juga mudah kering kan

wani:
tak nak cuba nmasuk AQ tahun depan...

imanmawaddah:
yg kedua tu bagus gak..tp sayangnya bacaan lagu tak menjawab soklan yg sepatutnya

zwitterion:
kene la bidalan kamu nie

akirasuri:
ramainya yg sokong yg kedua..kalu undi pakai sms mungkin yg nombor 2 menang

tedungS:
wow..orng putih berpantun..heheh

Tanpa Nama berkata...

tahniah kat anuar...

mmg dah minat dari AQ 1 lagi..
gembira sgt ari tu dpt ckp tel dgn dia..bagus dia ni..
tak menyombong...

MEL471