Satu pagi di opis. Hari pertama kamu memulakan kerja di minggu yang baru. Terasa terlalu banyak kerja nak diselesaikan. Binggung. Yang mana nak didahulukan. Yang mana boleh diketepikan.
Jika kamu masih bergelar student, penyelesaiannya amat mudah, tiru jer assignment tu dari bebudak pompuan yg sememangnya rajin menyelesaikan tugasan yg diberikan. Atau jadikan budak2 nerd dan skema itu sebagai mangsa untuk hulurkan jawapan. Jika soalan ilmu hisab, kamu tiru sahaja bulat2. Pasti 1 + 1 jawapannya 2. Tiada beza. Jika tugasan berupa karangan, ayat asal seperti "pihak berkuasa telah mengeluarkan kelulusan pada ..." kamu tukarkan kepada "kelulusan telah diberikan oleh pihak berkuasa pada ...."
Namun tugasan di opis, tidak semudah itu. Sebab itu kamu diberi gaji. Tapi ingat!! Majikan hanya membayar gaji. Bukan memberi rezeki. Jadi jangan sampai kerana giler menyelesaikan kerja yang diberikan kamu tinggalkan tanggungjawab kamu pada Tuhan. Melngabaikan solat.
Dan menjelang petang. Tika kamu lihat rakan2 setugas sudah beratur di tempat mengetik perakam waktu sedangkan belumpun 10% tugasan itu kamu selesaikan. Kamu mula tertanya2. Kenapa kerja yang diberikan banyak sangat. Atau kamu mula bersangka bumi berputar terlalu pantas hari ini.
Kadang2, terasa tidak adil, mengapa kita dibebani dengan tugasan yang silih berganti. Apakah bos nak uji kemampuan kita. Atau sememangnya konsep jimat cermat dilaksanakan di opis kamu. Dalam ekonomi yang dilaungkan oleh pemimpin sebagai berkembang maju, tapi kamu masih perlu menjalankan tugas 2, 3 dalam 1 Kamu masih perlu menjadi seorang jurutera merangkap pelukis pelan merangkap technician merangkap kerani.
Entah apa yang aku buat hari nie. Satu persatu kerja diselesaikan, tapi fail2 dimeja tak pernah susut. Seperti kamu makan di hotel2 mewah, seteguk air diminum, segera pelayan itu menambah airnya sehinggakan tak pernah dilihat sedikitpun luak air di bekas itu.
Sebenarnya. Aku binggung. Letih. Lesu. Antara masalah kerja. Keluarga. Masa depan dan igauan kenangan silam. Aku perlu cuti. Ahh. Esok aku ingin bercuti. Harap2 En Bos tak mengganggu aku ketika lena beradu esok hari yer.
Aku tinggalkan kamu dengan contengan lukisan ini. Contengan yang membuktikan aku tak akan pernah berjaya menjadi seorang pelukis. Err..aku tak der pun minat nak jadi pelukis. Penconteng ada juga. Tapi itu bukan minat. Tapi tabiat. Bila aku dilanda kebosanan dan kerungsingan jiwa akal dan fikiran.
21 ulasan:
blog aku lebih femes dari blog ko kan? kalau camtu, boleh la mereka iklan kat blog aku n untung aku lagi banyak.. hahah..
mekasih kat idea ko!!
best gak jadi multi-skill worker.. byk bende kita tau..cuma yg tak beh, byk bende la kene buat.balik lmbt dr org...tapi kemat,kita pk ia sbg ilmu..kalaupon tak nmpk gunanya hari ni,pasti berguna dimasa depan,samada secara kita sedar@tidak.. cayookkk en kemat!!!:)
salam.
hu hu hu selamat bercuti dan bertiduran..
saya dah bisa keje-keje macam tu. dr jadi cikgu, jadi kerani, jadi pemandu pelancong, tukang bancuh air, penyambut tetamu, jurulatih sukan... segala macamlah....
sabar je lah....
orang kata, kalau bos banyak bagi kerja kat kita.. tanda dia percaya, ada chance nak naik pangkat nih... dah lulus PTK?? hehe :D
biasala tu encik kemat.Kerja tak akan habis. Kalau habis maknanya tutup company la
Saya juga menjawat satu tugas merangkap steno, penyambut tetamu, telefon operator, kerani, waitress, technician mesin fotokopi, technician komputer bila technician original asyik bagi jawapan ctr+alt+delete untuk setiap masalah komputer. Juga doktor, jurubedah, jururawat, arkitek, pelukis pelan, kontraktor, tukang masak, Scientist, buruh binaan, polis, penjenayah yang dah bertaubat, adun, pak dan mak menteri dan orang biasa. Setakat ni belum lagi jadi peminta sedekah.
Itu dulu. Sekarang saya jadi pelajar yang tak meniru. hahaha
p apply cuti kemat, refresh diri pastu dapatkan energy kembali..tapi ingat !! jgn sampai pegi mati dengan membunuh diri ..
Jika kamu masih bergelar student, penyelesaiannya amat mudah, tiru jer assignment tu dari bebudak pompuan yg sememangnya rajin menyelesaikan tugasan yg diberikan. Atau jadikan budak2 nerd dan skema itu sebagai mangsa untuk hulurkan jawapan.
Jawapannya tidak sam sekali. Pengalaman saya, di fakulti saya, ya fakulti sains komputer, kebanyakan perempuan meniru lelaki. Jika tidak masakan, semester satu di fakulti saya di panggil, semester cari pakwe! Apapun, saya nerd, dan takde org berani meniru saya. Kenapa? Jawapan yang saya buat, hanya saya dan pensyarah yang faham. tiru, alamatnya 0 lah markah. Apapun, semakin meninggalkan zaman itu....
kemat, ape kater ko kawen pastu benti keje jadi househusband. heheh..
erk, tapi nnt byk keje gak. jaga umah, tukang masak, tukang basuh kain, tukang kemas umah, tukang sapu, tukang kebun, tukang jaga anak & blablabla... :D
ooo merungut ek? penat ek? berenti keje. hehehhehe ...
itulah kerja .. mana boleh habis.
rasanya awak ni kena cuti kot. ingat seorang sahabat. dalam setahun dia akan ambil seminggu dua untuk bercuti jauh dari KL ..selalunya dia suka sangat ke pulau beristirehat. bila balik ceria dan refresh .. bersemangat nak kerja balik.
you deserve a break :)
biasa la keje mana penah abis... saya dulu masa mula2 keje terus byk keje skang ni sampai terbiasa plak.. kalau meja kosong rasa semacam je... tp sesekali dpt cuti2 m'sia syok kan kan ;)
meja ku ni pun tak pernah clear jugak.. yang mana dah settle yang mana belum pun aku tak tahu hahaha
btol tu, keje mmg tkkan abis punye. kalau abis, tkde keje la pastu. btw, mmg ko ni tk reti melukis pun heheh. pg amik cuti la bro
lukisan itu mempunyai seninya yg tersendiri....kagum!
Salam brader kemat..
haha.. multitasking plus human capital plusliner. Hmp.. manusia neh hebat sebenarnya! Cuma potensi tu kena diasah supaya bakat menconteng akan dapat dikomersialkan huahuahua...
"Sebenarnya. Aku binggung. Letih. Lesu. Antara masalah kerja. Keluarga. Masa depan dan igauan kenangan silam..."
pesan motivator tak bertauliah: di pejabat, jgn fikir masalah keluarga. di rumah, jgn fikir masalah kerja. dan jgn terlalu merancang masa depan. ala kadar aje. kita pun tak tahu berapa lama boleh bertahan di dunia. dan segala igauan masa silam kita tukarkan menjadi kenangan manis. meski sepahit manapun. kerana kita sudahpun mengutip iktibar darinya.
picasso!
Ada staf seorang ni bukan komplen pasal banyak kerja tapi komplen tak boleh post enrti :D
Gambar itu kau yang lukis jadi tak adalah apa-apa makna dan harga. Cuba kalau Leonardo Da Vinci yang lukis. Berjuta-juta RM tu dude..
salam...
Tensen betul lah En Kemat, saya kalu buat keje ajer siap, buat keje lagik siap...tak tau kenape...hik3
Gambar tu menunjukkan sifat seseorang yang sedang kacau bilau..amik lah cuti rehat2 kan minda. Bagi peluang sel-sel otak yang bekerja kuat selama ni rehat. Tutup hp kalau takut bos kacau :)
wenkt:
dpt untung kne tong2..sbb kais ilham heheh
skidg8:
cayokkk...
akirasuri:
seronok betul bertiduran ketika org lain bekerja kan
sikenit:
bru kje maner leh naik pangkat lagi..tp ini semua cubaan
khairyn:
banayk pengalaman kerja kamu ek.. ini kalau buat cv mesti berjela2 nie
ezatulhaq:
bunuh diri..isshh..jauh sngt menyimpang tu
azhar:
rindu pada zaman student dulu2
cikin:
househusband??? baik gi keje..x larat wo nak wat kje rumah..aku respek kat pompuan sbb leh buat smua nie
izinni:
rasa tak cukup lak sehari..mntak lagi lah nnti
achik:
cuti best giler
lan rambai:
cam meja aku gak, bersepah..huhu
tedungS:
aku tak amik lukisan SPM dulu, amik ekonomi rumah tangga ..heheh
13may:
kalau jual, laku tak nie
nuraddean:
aku dah mula asah bakat menconteng sejak kecil, conteng kat dinding umah..heheh
zizie ali:
sedang mencuba petua kamu
blackpurple:
alahai aku bukan leornado da vinci
kingbinjai:
???
paqlee:
huh
imanmawaddah:
kacau sasau
Aku seronok kalo keje banyak dapat lupakan masalah dunia, masalah peribadi dan mcm2 masalah tu kejap...
Catat Ulasan