Isnin, Mac 26, 2007

Beg Tangan Untuk Suami

Aku jumpa Zul lagi, kawanku yang anaknya sudah 2. Iya. Yang pernah jadi anak murid kelas perguruan cinta aku. Ari Ahad. Kat Jusco yang berjaya ngan salenya seperti dihebahkan Cik Wani. Pertemuan yang tak dirancang. Kalau berlainan jantina, pasti pertemuan itu dimulakan dengan adegan jeling2, pandang2 dan senyum2 malu sebelum memulakan sapaan. Tapi kami lelaki. Menegur cara kasar dengan bertepuk tampar sambil mengeluarkan ayat hampir sebegini maksudnya, "Huh, hidup lagi mamat nie rupanya"

Kat tangan Zul, ada beg tangan pompuan. Cantik. Kaler putih. Katanya untuk bininya. Baguslah. Tapi aku tak nampak kelibat isterinya. Terkejut juga bila Zul bilang dia keluar shopping sorang2. Bersebab. Pertama, jika dibawa isteri, perbelanjaan akan melambung. Semua nak diborong. Kedua, dia belikan beg tangan sebagai hadiah harijadi isterinya. Nak wat surprise. Maka, dia beli sorang2.

Aku puji Zul. Dia mengingati tarikh lahir isterinya. Bukan senang laki nak wat begitu. Tak sangka pula dia cekap memilih beg tangan kesukaan isterinya. Mungkin sejak berumah tangga, dia arif benar akan selera dan citarasa isteri kesayangan.

Dulu, semasa menuntut dengan aku, puas aku diheretnya ke shopping complex nak belikan beg tangan. Aku seronok. Sambil tolong pilihkan beg tangan, dapat ngorat sales girl kat situ. Itu dulu. Sekarang dia kelihatan yakin dengan pilihannya kali ini. Sedikit pun dia tidak menanyakan pendapat aku.

Aku pula yang sibuk bertanya. "Wah, kamu sudah pandai memilih. Ceritakan sedikit petua & rahsianya" Kata Zul. Cukup mudah. Semasa bercouple atau ketika masih berdua, beg tangan yg dipilih perlu mengikut citarasa pompuan. Tapi bila dah ada anak sampai 2 nie, kamu hanya perlu memilih ikut citarasa kamu. Citarasa orang lelaki.

Huh. Kenapa pula. Jelas Zul lagi. Masa berdua, beg tangan akn digalas oleh aweks atau isteri kamu. Tapi, bila sudah punyai anak, si suami akan menggalas beg tangan itu di bahu mereka. Maka, yg penting ialah kesesuaian dengan si suami bukan isteri lagi.

Ooh.. Aku perasan juga bila melihat keadaan sekeliling. Si isteri sibuk mendukung anak manakala suami menggalas beg tangan isteri. Hmm.. Romantik pula nampaknya kan.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

heeheehee...betul, lebih-lebih lagi sekarang ada banyak pilihan di pasaran mengikut citarasa dan gaya hidup si pemakai..pilih aje. :))

izinni berkata...

bijak kawan kamu tu. hehehehe .. memang betul sangat tu. selalunya bila kami berjalan2 sekeluarga, suami akan mintak beg untuk digalasnya. nasib aku bukan jenis yang suka bawak beg secoit rasa. dari dulu sampai sekarang suka gedang je. sekarang aku bawak back-pack je. mudah dan practical!

Pa'chik berkata...

aku temankan kawan pegi pilih beg tangan untuk bini dia, tapi bila jurujual tu panggel dia pakcik, terus tak jadi.

Ye la, kalau laki beli beg tangan perempuan ni, kalau tak de bini/awek, mesti bapuk la. Kemungkinan beli untuk ibu/saudara wanita rendah.

Tanpa Nama berkata...

lelaki pegang beg tangan isteri.romantik ker? hmm...

Tanpa Nama berkata...

kau beli sleeping bag bang.
senang bila kena tidur luar.

akirasuri berkata...

ha ha ha.
incet kemat, bila lagi mahu memborong beg tangan untuk bakal orang rumah.. ;)

Tanpa Nama berkata...

bijak, bijak... tapi... kenapa ak tak rasa romantik pun masa bawa beg tangan bini aku erk? :>

banggugar berkata...

salam,
apakah tajuk sesuai bagi sebuah beg tangan yg dibeli suami?? perlukah yg jenama, rsanya xkot..

(",)

Unknown berkata...

hehe... :D

Aku Bukan Bidadari berkata...

heheh bleh pakai gak teori tuh!

Tanpa Nama berkata...

erk, aku xleh imagine handbag pilihan suami aku nnt. hopefully taste dia ok ngn aku...

Tanpa Nama berkata...

Bagus jugak suami yang galas beg tangan isteri, nanti mesti tiga empat kali penyamun kena pikir kalau depa nak meragut.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Ya, ya. Kena beli beg yang unisex la ek... :D

Tanpa Nama berkata...

macam gitu plak. huhuhu..
By da way, jenama ape yg Zul belik itu?

Lestat berkata...

aku rasa mmg kena wat camtula..walaupun lom kawin..tapi bakal akan jadi gitu..hehehe

shimahz berkata...

bagusla kwn ko.. bijak die membuat pilihan mengikut situasi n keadaan semasa.. hehe

Tanpa Nama berkata...

Hahah!padan laa salu gak tgk sang suami yg galas beg tgn kurang cantik.. pilih ikut taste sendiri rupanya.. ekekeke

khairyn berkata...

ish ish ish.

saya paling tak suka tengok lelaki kelek beg tangan perempuan. Rasa bukan mancho tapi macam heh! ada yang tak kena aje dengan lelaki tu hahahaha

kingbinjai berkata...

pembetulan, aku tak pernah galas beg isteri aku. aku hanya dukung anak sahaja kuui kui kui

Azhar Ahmad berkata...

Silap tajuk tu, "BEG TANGAN UNTUK LELAKI" Kalo tak percaya, enche mesti penah dengar ayat ni...

"Pegang beg mak kejap, mak nak cari baru"

Kejap? Nguahahahha

Unknown berkata...

ehehe aku suka cerita ini..

achik berkata...

saya pun x berapa suka tgk lelaki pegangkan beg tangan perempuan... lagi2 kalau pakwe makwe...

CikguAndey berkata...

hahaha. Last2 berkongsi beg. Kat handbeg tu la lelaki sumbat handphone dan rokok.

Unknown berkata...

setuju ngan skidg8, romentik ke lelaki pegang beg tangan isteri?

Unknown berkata...

ala... lomantikssss nyerrr.

TedungS berkata...

aku sanggup lagi dukung anak campur barang2 dari pegang beg bini aku, terasa mcm gay le... heheh

Tanpa Nama berkata...

diorang x kesah eh bawak handbag pompuan neh?

Kemat berkata...

juss-wan:
lepas nie suami pun kne window shopping ga la kan..err apa alamat blog anda, leh balas kunjungan

izinni:
kamu berdua nampak bahgia sekali gitu..tahniah

pa'chik:
harap jika ada isteri baca komen nie,mereka juga akan balas balik jasa kita dengan sama2 pegi beli wallet suami

skidg8:
tanda lelaki sanggup wat aper sajer untuk isteri

neeziee:
baik tido lam kete jer bro

akirasuri:
hhmm...tgh cari gak nie..tolong pilihkan

mudin:
nak rasa lebih romantik, cuba kepit beg tangan itu kuat2

bang gugar:
salam, tak perlu jenama, yang penting ikhlas

sikenit:
:)

aku bukan bidadari:
leh suruh bechkam galas lepas nie, nak ke dia

cikin:
dia ngikut saja..sayang bini katakan

benngong:
hmm, nampaknya cara nie leh kurangkan insiden ragut

blackpurple"
ader yg unisex ker

ise:
sembonia

lestat:
bakal..tahniah2x

shimaz:
tgk saper tok gurunya

wani:
ya, saya rasa wanita lebih bijak sebenarnya dalam hal barang wanita, cuma harganya,,,

khairyn:
sesekali tunjuk manja kat isteri sendiri

kingbinjai:
heheh..dukung nak, ader citer Zul pasal ini,..nanti ekk

azhar ahmad:
hmm..aku terpikir gak, knapa lelaki tak segan galas beg isteri, dah biasa galas beg emak masa kechik2 dulu rupanya..hahha

lindosh:
tq

achik:
citarasa berbeza

payakubor:
hah, itu baru timbal balik yg bagus

nilam:
hmm..cuba dulu la

tedungS:
depa ikhlas tu

wickedwitch:
untuk isteri tersayang

Amyz! berkata...

ahahaha. betul juga ya? tapi untung betul kalo dapat suami macam zul tu. :)