Rabu, Mac 21, 2007

Kerjanya di TNB

Weekend lepas, seperti biasa di musim cuti sekolah, aku menghadiri kenduri kahwin kawan2. Seronoknya, majlis seperti ini adalah gathering kecil untuk kami yang kadang kala sukar bertemu muka walaupun sama2 tinggal di kota besar ini. Itulah keistimewaan Kuala Lumpur. Mengenali jiran satu taman bukan kemestian.

Kadang2, kawan baik kamu dulu2 pun yang dah bertahun tak jumpa tiba2 muncul. Entah dari mana. Entah bila. Tup2 dia pun turut sama meraikan hari bersejarah pasangan raja sehari. Dah jumpa kawan lama, macam biasa. Tegur dan borak. Borak dan tegur. Dan semestinya makan. Nama pun pergi kenduri.

Dan di kenduri kahwin minggu lepas, aku jumpa Kreng, kawan masa sekolah dulu. Dulu dia kering aka kurus, sekerang dah berisi. Petanda jelas statusnya yang sudah beristeri.

Kemat : Ngko keje kat mana sekarang?

Kreng : Oo.. Aku kat TNB Remaco, PJ. Bahagian maintenance.

Kemat: Bagus tul.Sekarang geng kita dah merata2. Ada keje gomen, ada keje swasta. Ada jadik engineer, arkitek, ustaz dan bla,bla, bla... Senang la nak mintak tolong nanti.

Kreng : Yap. Ngko pun ada masalah ngan TNB bagitau la. Aku bukan orang besar pun, tapi aku boleh introduce kat orang/dept yg sepatutnya utk selesaikan masalah ngko.

Maka, sesi petang itu, kami akhiri dengan upacara bertukar kad nama.

Dan, malam tadi, balik ke rumah, terasa nak sms Kreng. Mungkin dia boleh tolong. Tapi dah kul 10mlm. Dia dah tido ker. Ah, dia bgtau boleh tolong aku. Bila2 masa pun. Baru 2-3 hari jumpa. Takkan dia dah lupa. Aku tekad. Telefon Kreng.

Kemat : Hello Kreng. Leh tolong aku tak. ader masalah ckit la. Lampu bilik aku tak nak menyala nie. Asyik berkelip2 jer dari tadi.

Kreng: Ciss... Hampeh tul ko Kemat.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha....! moral of the story, jgn kasi name card pada Kemat....hahahahaha!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Ha ha ha.. rumah aku pun. Boleh kau bagi contact no kawan TNB kau tu..?

izinni berkata...

hehehe ... memang hampeh! hehehe

Tanpa Nama berkata...

kemat.ada guna juga tau lampu kelip2 ni.cthnya, kisah sy setahun yg lalu...:)

kingbinjai berkata...

ha ha ha bahaya ni. lain kali kalau jumpa ko aku taknak bagi no tipon ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

kalau nak minta orang "sponsor" bayarkan bil nak contact siapa ya?hehe.

akirasuri berkata...

ha ha ha. sungguh bahaya.

Tanpa Nama berkata...

wahahah... ko mmg kemat..mempergunakan all kesempatan yg ade... kreng jugak offer td...

klo aku...aku ckp la umah aku ade problem...biar dia dtg dulu..wahahaha..

Aku Bukan Bidadari berkata...

ceh kemat..hehehhe hampeh! kemat tau tukar bulb tak??

Tanpa Nama berkata...

kemat mmg hampeh.ekekekekek...

itu macam kalu, kalau sesak duit, call je member yg keje bank. ekekeke..

zwitterion berkata...

mengaco orang mlm2..haha

CikguAndey berkata...

kalau hari raya jenuh lah kawan kau nak betulkan lampu rumah orang ye. Sana sini berkelip-kelip. Lip lap lip lap

Tanpa Nama berkata...

lampu picit aku tak nyala... dia boleh tolong tak?

Sunan_Jati berkata...

whahahha.... nakal 2x!

achik berkata...

hahaha hampeh tul!!!

Azhar Ahmad berkata...

Harus ditumbuk orang cam ko nihhhh... Dish dish dish....

Tanpa Nama berkata...

tu la gunanya ada member... kawan2 tak mo lawan

13may berkata...

keh keh keh...bahaya bahaya:D

khairyn berkata...

Encik Kemat,

Bilik kamu raya awal ek? Ada lampu kelip-kelip. Tak mahu pasang lampu disko? ;)

Unknown berkata...

sengaja sengajaaaaaaa :P

Kemat berkata...

juss_wan:
alamak, pasnie susah ler nak minta nama card ngan aweks kalau kamu dah kasi amaran gini

blackpurple:
haha

izinni:
seronok knekan mber sklai sekala

skidg8:
hmm, apa kisahnya ek..citer kat blog la nnti..

kingbinjai:
hahah, aku tipon ko nak mintak buah binjai jer nanti

neeziee:
oo.itu kamu kne bayar sndri

akirasuri:
haha

aku_cakk:
ajak datang umah dulu, wah itu lagi kejam..

aku bukan bidadari:
tukar bulb..senang, ada nak kne tukar ker kat ruamh cik bidadari..

cikin:
bagus gak idea ko nie

zwitt:
aku memang suka

paya kubor:
tak leh cuti la dia raya itu macam

sunan jati:
itulah kemat

mudin001:
dia boleh tolong ketuk kau ngan lampu picit tu..hahha

achik:
hehe

azhar ahmad:
jgn la tumbuk bro, gurau jer

benggong:
kawan tetap kawan

13may:
:)

khairyn:
nak pasang lampu dangdut..aah..aah

lindosh:
hakhakahak

Tok Ketua berkata...

pekena member memang seronok. Tp kalau kita yang terkena? Hehehehehe

Tanpa Nama berkata...

ko nie,member ko serius nak tlg,ko buat lawak la.tapi biasalah,kalu tak buat lawak cenggitu,rasa cam janggal lah pulak kan.

shimahz berkata...

ampeh.. tu pun nak refer tnb..

Kemat berkata...

tok ketua:
kalau sendiri terkena memang murka..hehe

penyu biru:
aku rasa org suka aku wat lawak dari serius

shimaz:
katanya, TNB sedia berkhidmat untuk pelanggan2nya..setiap masa