Satu pagi di opis. Hari pertama kamu memulakan kerja di minggu yang baru. Terasa terlalu banyak kerja nak diselesaikan. Binggung. Yang mana nak didahulukan. Yang mana boleh diketepikan.
Jika kamu masih bergelar student, penyelesaiannya amat mudah, tiru jer assignment tu dari bebudak pompuan yg sememangnya rajin menyelesaikan tugasan yg diberikan. Atau jadikan budak2 nerd dan skema itu sebagai mangsa untuk hulurkan jawapan. Jika soalan ilmu hisab, kamu tiru sahaja bulat2. Pasti 1 + 1 jawapannya 2. Tiada beza. Jika tugasan berupa karangan, ayat asal seperti "pihak berkuasa telah mengeluarkan kelulusan pada ..." kamu tukarkan kepada "kelulusan telah diberikan oleh pihak berkuasa pada ...."
Namun tugasan di opis, tidak semudah itu. Sebab itu kamu diberi gaji. Tapi ingat!! Majikan hanya membayar gaji. Bukan memberi rezeki. Jadi jangan sampai kerana giler menyelesaikan kerja yang diberikan kamu tinggalkan tanggungjawab kamu pada Tuhan. Melngabaikan solat.
Dan menjelang petang. Tika kamu lihat rakan2 setugas sudah beratur di tempat mengetik perakam waktu sedangkan belumpun 10% tugasan itu kamu selesaikan. Kamu mula tertanya2. Kenapa kerja yang diberikan banyak sangat. Atau kamu mula bersangka bumi berputar terlalu pantas hari ini.
Kadang2, terasa tidak adil, mengapa kita dibebani dengan tugasan yang silih berganti. Apakah bos nak uji kemampuan kita. Atau sememangnya konsep jimat cermat dilaksanakan di opis kamu. Dalam ekonomi yang dilaungkan oleh pemimpin sebagai berkembang maju, tapi kamu masih perlu menjalankan tugas 2, 3 dalam 1 Kamu masih perlu menjadi seorang jurutera merangkap pelukis pelan merangkap technician merangkap kerani.
Entah apa yang aku buat hari nie. Satu persatu kerja diselesaikan, tapi fail2 dimeja tak pernah susut. Seperti kamu makan di hotel2 mewah, seteguk air diminum, segera pelayan itu menambah airnya sehinggakan tak pernah dilihat sedikitpun luak air di bekas itu.
Sebenarnya. Aku binggung. Letih. Lesu. Antara masalah kerja. Keluarga. Masa depan dan igauan kenangan silam. Aku perlu cuti. Ahh. Esok aku ingin bercuti. Harap2 En Bos tak mengganggu aku ketika lena beradu esok hari yer.
Aku tinggalkan kamu dengan contengan lukisan ini. Contengan yang membuktikan aku tak akan pernah berjaya menjadi seorang pelukis. Err..aku tak der pun minat nak jadi pelukis. Penconteng ada juga. Tapi itu bukan minat. Tapi tabiat. Bila aku dilanda kebosanan dan kerungsingan jiwa akal dan fikiran.
