Jumaat, Mac 02, 2007

Hari Jumaat sahaja....

Kat tempat keje lama, aweks yg jadi tumpuan tentulah cik Nonie sekretari kami yg manja, cantik dan ranggi sekali. Oh, sudah tentulah dia seksi. Katanya itu kemestian nak jadi sekretari. Cantik dan seksi. Kami staf2 lelaki tak pernah membantah. Kami mengharapkan cik Nonie semakin seksi. Hari demi hari.

Kami para lelaki yang mata tak berapa keranjang, hati separuh buaya ini sering saja terpukau dengan penampilannya sepanjang hari. Opps, bukan kami saja, tapi sesiapa yang bertandang ke opis mesti perasan akan kewujudan cik Nonie ini. Dia pandai bergaya. Fesyen pilihannya sentiasa up to date. Macam artis. Sentiasa sensasi dan cari publisiti.

Bila tak ke opis, kami orang2 di site sering merindui bau wangian cik Nonie. Jika penampilan cik Nonie terlalu da bomb pada hari tu, pasti abang despatch call bgtau kami. Dan masing2 mula terhegeh2 cari alasan nak ke opis. Kalau terlepas memang rugi.

Walaupun sering berpenampilan seksi, hari Jumaat tak pernah dia lupa nak berbaju kurung. Atau pun kebaya sendat. Atau segala jenis pakaian tradisonal Melayu. Persis ala2 wanita melayu terakhir.

Suatu hari, bos panggil kami pegi opis. Meeting ramai2. Yelah, kalau dua orang tu dating, ramai2 kira meeting la. Bos cakap panjang. Sorang2. Takder tanda nak berhenti. Kami dah bosan. Mujur ada cik Nonie. Dah dekat kul 1, celoteh bos belum tamat. Kami, masing2 asyik menggeliat. Buat2 tanda agar sesi perbincangan dihentikan segera.

"Huh, korang nie. Baru ckit kne dera tahan makan lambat dah tak senang duduk" bentak bos kami.

"Err.. En Beliau, sebenarnya kitaorg nak kluar gi solat Jumaat nie. Dah kul 1 dah" aku memberanikan diri menyatakan pendirian kami.

"Eh, hari Jumaat ek. Loh, nie awak punya pasal la Nonie, tak pakai baju kurung. Lupa plak saya hari nie Jumaat" kata Bos cover diri.

Kami gelak ramai2. Sememangnya hari tu cik Nonie tak berbaju kurung. Dia maintain seksi. Dia kira panduan kami yang sering lupa pada hari. Kalau cik Nonie tak seksi, itu tandanya hari Jumaat. Tapi kalau tengah2 minggu pun cik Nonie berbaju kurung atau kebaya ketat, kami sering tertanya kat dlm hati " Eh, hari ni Jumaat ker"


* Balik Jumaat tadi, aku terpandang sorang awek yg selalu kami dok usaha kat kedai makan opis baru kami. Selalunya dia seksi, tapi hari nie dia berbaju kurung. Aku segera teringatkan cik Nonie. Call opis lama, rupa2nya dia dah berenti.



19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

:) gitu pulak ye kemat.. :)

Bunga Rampai berkata...

Salam,

Saya senyum santai. Tapi kenapa hari Jumaat tu Cik Nonie tak pakai baju kurung? E'ela menyibuknya saya! :D

Iman Mawaddah berkata...

Perempuan..memang jadi daya tarikan lelaki. Walaupun seorang lelaki itu " cukup susah nak memulakan sebuah perkenalan, segan dan tidak berkeyakinan" ..sanggup tu call opis bertanya khabar cik nonie..hehe..sorry en kemat..

salam kenal

Azhar Ahmad berkata...

kalau cik noni pakai sari mesti deepavali. Kalau cik n oni pakai cheongsam, mesti CNY. Tapi takkan cik noni nak pakai baju Santa bila krismas...

Nguahhahah

p/s : Saya buat entri berjemaah dengan cik kemat. Ya pada tarikh 3 mac 2007

Pa'chik berkata...

bos lama kau mesti banyak kali miss semayang jumaat lepas cik noni tu berenti kan...

Ted berkata...

haha...heloo...

nak komen ni, cik nonie yang seksi, okla tu kira hormat gak hari jumaat..kalau ada gambar cik nonie yang seksi pun teringin nak nengok

CikguAndey berkata...

Selain hari Jumaat, perempuan yang seksi juga bertukar jadi sopan pada bulan Ramadhan. Pilih-pilih untuk bersopan pula mereka.

Tanpa Nama berkata...

nak komen cik nonie kah atau mata2 yang memandang cik nonie...

kesimpalannya: bawa2 la insaf... :D

akirasuri berkata...

ha ha ha..sungguh nakal mata-mata itu ya..;)

kingbinjai berkata...

alaa baru nak suh kim salam

zwitterion berkata...

haha..namanya lelaki!

blackpurple @ jowopinter berkata...

Cik Noni itu simbol sektretari Melayu bandar masa kini.

khairyn berkata...

salam,

konsep menghormati hari melebihi dari konsep menghormati diri? hehehe.

Tanpa Nama berkata...

sian cik nonie... xpasal² jadi kalender hari kat opis. hehehe.. :D

Ungku Nor berkata...

masa akak keje dulu, bank kasik uniform.

bagusnya sebab takde 'fesyen marathon' kat opis!
hehehe.

achik berkata...

rindukan cik noni ke??

ezatulhaq berkata...

hah hahah.. mcm mcm laa ko ni kemat..

Kemat berkata...

skidg8:
yer..gitu-gitu

bunga rampai:
cik nonie tak sempat nak seterika baju kurungnya

iman mawaddah:
aduh..pedihnya..hehe

nor azhar:
idea yg menarik, kira berkolobrasi la nie..terharu kerana entri say terpilih untuk blog kamu yg meletop tu

pa'chik:
sekretari baru ader utk remind dia..

ted:
gambar..huh,itu untuk koleksi tatapan dan pengubat rindu aku sorang jer

payakubor:
sekurang2 depa hormat..ada gak yg langsung tak tau hormat

sikenit:
hihi, yg memandang cik nonie pun salah gak

akirasuri:
nak kne rotan mata-mata yg memandang itu

kingbinjai:
kirim salam susah ckit, kalu nak kirim duit, kuih ker ok la..

zwitt:
yer, suka cari kesalahan kaum pompuan

blackpurple:
ikon sekretari la kan

khairyn:
harap2 ada yg insaf baca nie

cikin:
kalender..kamu pilih perkataan best la

kak ungku:
bank ader unifoem ekk..nak kje bank la nie..suka yg beruniform

achik:
teringat haruman baunya

ezatulhaq:
nama pun kemat, giler2 lah orangnya

Tanpa Nama berkata...

x semua secretary kena seksi kan...

see,mcm mama..x seksi pon...

pakai tudung tau!