Sabtu, Mac 31, 2007

Kerana Saya Seorang Blogger

Aku tiada idea untuk menulis. Hajatnya biarlah tiada entri untuk seketika. Ketika melayari forum geng jurnal, ketemu soklan2 ini yg ditanyakan oleh Samurai di forum. Jadi, copy pastekan jawapan aku kepada soklan2 yang ditanyakan. Untuk tahu apa jawapan org lain, sila ke sini.

1. Kenapa kau jadik blogger?

Dah lama aku dengar pasal blog tu. Tapi tak tahu apa itu blog. Aku fikir ia ringkasan dari buku log. Suatu hari ada member opis aku tunjukkan dia punya blog. Huh, baru aku tahu, internet bukan setakat ada laman porno jer, ada benda yg lebih bermanfaat untuk kamu layari seperti laman2 blog yg kreatif ini.

Dan aku mula cuba2. Tapi masih malu. Entri permulaan hanyalah koleksi copy paste dari emel. Dan selepas aku mengenali sorang awek blogger nie, aku mula bertekad menghasilkan blog baru di komuniti baru. Ya, aku cuba nak menarik perhatiaannya dengan berkongsi minat blog dengannya. Malangnya, dia tak minat aku, cuma aku dah minat gila untuk berblog kini.

2. Kau blogger kategori apa?

Tegar. Mungkin. Hubungan aku dengan blog umpama makan kerepek pisang. Sekali makan, rasa sedap. Aku nak makan. Lagi dan lagi. Kejap2 aku berenti seketika minum air. (ketika aku tiada idea). Pantang ada masa, tak kira lapar atau tidak, aku akan makan kerepek pisang itu lagi. Suatu hari, bila terlalu banyak makan kerepek pisang, kamu akan berulang alik ke jamban. Ketika itu aku akan berehat dari mengambil seketika kerepek pisang. (Ketika aku berhibernasi dari dunia blog untuk tempoh yg agak lama). Tak lama selepas keadaan kembali pulih, aku cari lagi kerepek pisang. Entah. Mungkin suatu hari aku akan bosan dengan kerepek pisang. (Ketika itu aku akan berhenti berblog.)

Oh ya. Aku lupa bagitau. Walaupun aku suka makan nasi, tapi ia tak boleh dijadikan perumpamaan untuk aktiviti berblog seperti kerepek pisang. Nasi makanan ruji. Bloggers bukan kerjaya tetap aku. Ia cuma kegiatan sampingan bagi meningkatkan kreativiti pemikiran aku. Juga menambah kawan. Dan tak seperti nasi sepinggan yang hanya dimakan sorang2, kerepek pisang biarpun dalam paket yg kecil, masih boleh dikongsi ramai2 oleh kawan. Aku suka bila kawan2 juga menjamah kerepek pisang nie. lagi ramai makan, lagi best. kalau kerepek pisang aku punya dah abis, aku leh mintak kat kamu kan. Kalau blog aku bersawang, aku boleh melawat blog rakan2. Kan.

3. Kalau blog tak wujud, apa yang mungkin kau buat?

Ada dua perkara:

1. Aku mungkin dah jadi penyanyi glamer cam Mawi.. aku nak pegi sesi ujibakat Akademi Fantasia itu ari, tapi kerana leka berblog aku terlepas sesi ujibakat.

2. Aku akan masih menulis. Cuma tulisan itu pengakhirannya di tong sampah. Namapun contengan, pasti segera aku campakkan ke dalam tong itu bila habis ruangan di kertas itu penuh dengan contengan. Jika tulisan itu aku rasakan bernilai, ada unsur2 sentimental atau menarik susunan kata2nya, aku simpan dalam laci atau fail peribadi. Tapi bila tiba masa aku mengemaskini laci dan fail peribadi, tulisan2 itu aku buangkan jua akhirnya. Ke tong sampah itu.

Info: Geng Jurnal akan mengadakan piknik seperti di bawah. Maklumat tambahan leh rujuk sini. Jom pegi.

Nama Projek: Mengebur Di BB (Bukit Belacan)
Lokasi: Taman Rimba Ampang, Ampang (Bukit Belacan)
Tarikh: 7 April 2007 (Sabtu)
Masa : 10 Pagi - 2 Petang
Konsep : Pot-Luck Picnic
Pengangkutan : Berkenderaan sendiri/Menumpang kasih Dengan Kawan - ( Turun di Star LRT terakhir di Ampang, Hutan Rimba Ampang 5KM sahaja dari Pekan Ampang)

Rabu, Mac 28, 2007

Hilang

Dah 2 hari aku tak nampak
Aikkk..
Ke mana perginya
Selalunya sentiasa bersama
Tak pernah lekang

Hilang ker
Atau sengaja disimpan
Mana boleh hari2 ditunjukkan pada orang

Ahh..
Aku tahu ia millik kamu
Kamu yang menentukan
Bila mahu bersama
Atau melalui hari2 tanpanya

Tapi susahlah kalau ia tiada
Kami merinduinya
Keceriaan tidak terasa
Gembira bertukar duka
Melihat kamu tanpa dia

Kalau hilang
Nak aku tolong carikan
Nak aku tolong gantikan

Harap2 esok ada
Harap2 selepas ini sentiasa bersama

Jangan kamu tinggalkan dia lagi
Kembalikan dia
Kami mahu kamu bersama

Ya
Terus bersama
Kamu
dan senyuman manis itu.....

Kami tak sanggup melihat wajah duka itu lagi
Kembali dengan senyuman ya esok hari

Isnin, Mac 26, 2007

Beg Tangan Untuk Suami

Aku jumpa Zul lagi, kawanku yang anaknya sudah 2. Iya. Yang pernah jadi anak murid kelas perguruan cinta aku. Ari Ahad. Kat Jusco yang berjaya ngan salenya seperti dihebahkan Cik Wani. Pertemuan yang tak dirancang. Kalau berlainan jantina, pasti pertemuan itu dimulakan dengan adegan jeling2, pandang2 dan senyum2 malu sebelum memulakan sapaan. Tapi kami lelaki. Menegur cara kasar dengan bertepuk tampar sambil mengeluarkan ayat hampir sebegini maksudnya, "Huh, hidup lagi mamat nie rupanya"

Kat tangan Zul, ada beg tangan pompuan. Cantik. Kaler putih. Katanya untuk bininya. Baguslah. Tapi aku tak nampak kelibat isterinya. Terkejut juga bila Zul bilang dia keluar shopping sorang2. Bersebab. Pertama, jika dibawa isteri, perbelanjaan akan melambung. Semua nak diborong. Kedua, dia belikan beg tangan sebagai hadiah harijadi isterinya. Nak wat surprise. Maka, dia beli sorang2.

Aku puji Zul. Dia mengingati tarikh lahir isterinya. Bukan senang laki nak wat begitu. Tak sangka pula dia cekap memilih beg tangan kesukaan isterinya. Mungkin sejak berumah tangga, dia arif benar akan selera dan citarasa isteri kesayangan.

Dulu, semasa menuntut dengan aku, puas aku diheretnya ke shopping complex nak belikan beg tangan. Aku seronok. Sambil tolong pilihkan beg tangan, dapat ngorat sales girl kat situ. Itu dulu. Sekarang dia kelihatan yakin dengan pilihannya kali ini. Sedikit pun dia tidak menanyakan pendapat aku.

Aku pula yang sibuk bertanya. "Wah, kamu sudah pandai memilih. Ceritakan sedikit petua & rahsianya" Kata Zul. Cukup mudah. Semasa bercouple atau ketika masih berdua, beg tangan yg dipilih perlu mengikut citarasa pompuan. Tapi bila dah ada anak sampai 2 nie, kamu hanya perlu memilih ikut citarasa kamu. Citarasa orang lelaki.

Huh. Kenapa pula. Jelas Zul lagi. Masa berdua, beg tangan akn digalas oleh aweks atau isteri kamu. Tapi, bila sudah punyai anak, si suami akan menggalas beg tangan itu di bahu mereka. Maka, yg penting ialah kesesuaian dengan si suami bukan isteri lagi.

Ooh.. Aku perasan juga bila melihat keadaan sekeliling. Si isteri sibuk mendukung anak manakala suami menggalas beg tangan isteri. Hmm.. Romantik pula nampaknya kan.

Jumaat, Mac 23, 2007

Motornya Pancit

Hari ni jalan sedikit sesak ke tempat kerja. Sepanjang lebuhraya bertol NKVE dari Sg Buloh ke Jln Duta, KL, kereta bersusun. Bergerak perlahan-lahan. Tengok kete yg banyak cam koloni semut pulak. Hati mula merungut2. Ah. Kuala Lumpur. Awal2 pagi sudah membuatkan jiwa tertekan.

Dalam pemanduan perlahan, sempat aku memerhatikan ke kiri jalan ke arah lorong motosikal itu. Aku kira. Huh, banyaknya. Lebih dari 1o biji motor tersadai kat tepi highway gara2 tayar pancit. Timbul rasa kesian. Sekurang2nya aku hanya terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam kereta yg penghawa dinginnya masih berfungsi baik, tetapi mereka hanya mampu berdiri di tepi jalan menanti kedatangan mekanik jalanan.

Aku tak pasti. Bukan cuba menuduh. Tapi musykil. Terlalu banyak motor yg pancit. Rasa cam ada yg tak kene. Mungkinkah ada yg sabotaj. Menaburkan paku2 di jalanan. Siapa?? Kenapa??

Mungkin mereka rasa inilah peluang nak buat duit lebih. Yelah, di highway ini, kamu boleh kenakan caj yang berganda untuk perkhidmatan menukar tayar mahupun tiubnya sahaja. Kalau si pemilik tak bersetuju dengan harga tinggi yang kamu tawarkan, kamu biarkan sahaja mereka menolok motor itu tanpa sebarang rasa kasihan.

Aku tak mahu menuduh mekanik jalanan itu yg melakukannya. Tak kisahlah siapa dalangnya. Tapi mereka yang bertanggungjawab ini perlu memikirkan hari2 yang perlu dilalui oleh si pemilik moto ini. Kerna paku yg ditaburkan, mereka lewat ke tempat kerja. Duit dalam poket pun entah2 cukup2 mkan tengah hari nanti. Dah kamu kebas darinya.

Pihak konsesi lebuhraya perlu menilai perkara ini. Keselesaan pemanduan di lebuhraya yang kamu janjikan kepada pengguna tidak hanya kepada yang membayar tol sahaja. Nasib mat dan minah motor ini perlu kamu beri perhatian. Mungkin kamu boleh tetapkan panel mekanik motor dengan caj yang minima agar tiada pihak yang cuba mengaut untuk atas kesengsaraan orang lain.

Entahlah. di kota ini. Berbagai cara mereka mencari sesuap nasi. Tapi mereka lupa, yang mana halal yang mana tidak.

Rabu, Mac 21, 2007

Kerjanya di TNB

Weekend lepas, seperti biasa di musim cuti sekolah, aku menghadiri kenduri kahwin kawan2. Seronoknya, majlis seperti ini adalah gathering kecil untuk kami yang kadang kala sukar bertemu muka walaupun sama2 tinggal di kota besar ini. Itulah keistimewaan Kuala Lumpur. Mengenali jiran satu taman bukan kemestian.

Kadang2, kawan baik kamu dulu2 pun yang dah bertahun tak jumpa tiba2 muncul. Entah dari mana. Entah bila. Tup2 dia pun turut sama meraikan hari bersejarah pasangan raja sehari. Dah jumpa kawan lama, macam biasa. Tegur dan borak. Borak dan tegur. Dan semestinya makan. Nama pun pergi kenduri.

Dan di kenduri kahwin minggu lepas, aku jumpa Kreng, kawan masa sekolah dulu. Dulu dia kering aka kurus, sekerang dah berisi. Petanda jelas statusnya yang sudah beristeri.

Kemat : Ngko keje kat mana sekarang?

Kreng : Oo.. Aku kat TNB Remaco, PJ. Bahagian maintenance.

Kemat: Bagus tul.Sekarang geng kita dah merata2. Ada keje gomen, ada keje swasta. Ada jadik engineer, arkitek, ustaz dan bla,bla, bla... Senang la nak mintak tolong nanti.

Kreng : Yap. Ngko pun ada masalah ngan TNB bagitau la. Aku bukan orang besar pun, tapi aku boleh introduce kat orang/dept yg sepatutnya utk selesaikan masalah ngko.

Maka, sesi petang itu, kami akhiri dengan upacara bertukar kad nama.

Dan, malam tadi, balik ke rumah, terasa nak sms Kreng. Mungkin dia boleh tolong. Tapi dah kul 10mlm. Dia dah tido ker. Ah, dia bgtau boleh tolong aku. Bila2 masa pun. Baru 2-3 hari jumpa. Takkan dia dah lupa. Aku tekad. Telefon Kreng.

Kemat : Hello Kreng. Leh tolong aku tak. ader masalah ckit la. Lampu bilik aku tak nak menyala nie. Asyik berkelip2 jer dari tadi.

Kreng: Ciss... Hampeh tul ko Kemat.

Isnin, Mac 19, 2007

Membina Hijau, Hijau Membina

Minggu lepas, aku diminta menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Misi Membina Hijau. Aku tak berapa gemar sebenarnya menghadiri upacara/aktiviti yang tiada kaitan dengan tugasan. Yelah, tugasan di pejabat pun kamu terkejar2 nak menyelesaikannya, apatah lagi menghadiri majlis yang kamu sendiri tak pasti kaitannya dengan tugasan kamu ketika ini.

Sekurang2nya juadah minum pagi dan makan tengah hari free di majlis itu sedikit menggembirakan. Selebihnya banyak mendengar pembentangan dari pencinta2 kehijauan. Aku juga pecinta kehijauan. Cuma hari itu aku banyak jatuh cinta pada kumpulan tudung hijau yang ternyata satu pandangan yang mempesonakan.

Dengan tema 'membina hijau dan hijau membina', konsep membina hijau yang cuba diterapkan ialah aktiviti pembangunan yang diambil kira untuk mengurangkan pembaziran tenaga, air dan sumber disamping menyediakan persekitaran dalaman yang sihat serta menggunakan bahan binaan jenis mesra alam. Konsep ini boleh dilaksanakan semasa memerlukan kerjasama erat dan komitmen antara semua stakeholders dalam industri pembinaan termasuk environmentalist, microbiologist serta semua pengguna, penghuni dan pemilik bangunan untuk membina pembangunan yang mempunyai 6 kriteria seperti berikut:
  • Kemapanan Tapak
  • Penjimatan Air
  • Kecekapan Tenaga
  • Penjimatan Sumber dan Bahan
  • Kualiti Persekitaran Dalaman
  • Inovasi Dalam Rekabentuk
Aku tak pasti kenapa program sebegini diterajui oleh Puspanita (Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia). Mungkin ia satu pernyataan yang cuba dibuktikan oleh kumpulan wanita akan keprihatinan mereka dalam menyokong misi ini. Dan aku terasa janggal dan kaku berdiri dalam satu perhimpunan yang 70% dihadiri oleh golongan wanita ini.

Ketika sesi rehat disebelah tengah hari, aku disapa oleh seorang teman lama yang tidak sama sekali aku jangka akan jumpa di sini. Seorang perempuan. Ahli Puspanita.

Awek itu: Oiit Kemat. Kamu wat aper kat sini. Ahli Puspanita gak ker.
Aku : Err... tak. Tapi kalau boleh nak join gak. Cam best jer Puspanita nie. Hehehe.
Awek itu : Cheh. nakal tul Kemat nie. (sambil gelak2 mungkin membayangkan aku sertai Puspanita)

Nota 1:
Kehadiran aku ke bangunan milik Puspanita itu juga menghuraikan persoalan aku selama ini. Di bangunan Puspanita, juga disediakan tandas dan surau lelaki. Oo... ingatkan bangunan untuk pompuan jer selama nie.

Nota 2:
Kalau kamu berminat tentang kempen Membina Hijau, Hijau Membina ini, sila dapatkan info lanjut dari Puspanita, menrusi berita kempen ini di akhbar atau layari saja di ruang sawang tanpa batasan. Aku tak bloeh cerita lanjut kerana sibuk memikirkan idea2 untuk berblog ketika sesi taklimat itu. Err..jgn bagitau boss aku ek.





Khamis, Mac 15, 2007

Kemat In English.

Kemat write in English. Huh. Hebat tu. Setakat nie, aku cuma pasang niat jer. Tunggu awek cikgu English tu perbetulkan segala nahu English, baru aku berani tulis dalam bahasa Omputeh tu. Bukan takut kamu gelak, tapi takut kamu tak paham plak. Aku tulis citer kelakar, kamu baca sambil nangis2.

Tahun lepas. Masa musim banjir melanda selatan tanah air. Kami pun tersangkut kat saner. Menghadiri kursus di hotel berbintang2 tanpa bulan. Dan kursus itu, penyampaiannya dikendalikan sepenuhnya dalam English.

Kata Kemat, " Untuk mudah pandai Bahasa Omputeh nie, kita kne jadikan English sebagai bahasa perbualan seharian. Sekurang2nya sepanjang tempoh kursus nie". Cadangan bernas itu diterima. Belakang parang diasah pastimya tajam jua. Masing2 berkobar2. Nak speaking English.

Masa dinner kat cafe hotel mewah tu, kami makan guna fork and spoon. Sambil2 bercakap2 dalam bahasa Omputeh. Memang masa tu kami dah macam Omputeh. Yelah, kononya jika ikut budaya dan gaya hidup Omputeh, lagi cepat pandai. Cam org2 kaya yg selalu minum pagi kat Starbuck tu. Juga abang2 berseluar pendek dan awek2 bercermin mata separa gelap di Bangsar. Kami makan salad. Ada carrot dan asparagus. Tapi kat pinggan Kemat saladnya jantung pisang dan ulam raja. Alahai...

Mamat 1: Why don't U take the lamb. It's very nice. Half- cooked.
Mamat 2: Well, actually, I'm vegetables.
Mamat 1, 3 & 4 : Huh. Vegetables.
Mamat 1,2,3 &4 : Hahahaa. Kami gelak ramai2 secara universal (dlm bahasa Melayu & in English).

Nota 1: Teruskan belajar English jika kamu nak tinggal di kota besar nie. Tak rugi. Kat dunia nie darjat kamu sedikit tinggi di mata2 org2 kota itu.
Nota 2: Walaupun mamat2 itu bukan generasi yg belajar science & math in English, kami masih bangga dengan tahap penguasaan English kami. Sekurang2nya, kami tahu banyak perkataan, leh susun ayat, karang surat berbanding mereka yg hanya tahu mencarut dalam bahasa Omputeh sajer.
Nota 3: Ada berani, please comment in English. Only.

Isnin, Mac 12, 2007

SMARtag

Nampaknya virus tag semakin merebak. Aku pernah di tag. Dulu. Dan kini. Berminggu yg lalu. Aku kena lagi. Lagi dan lagi. Antara otai2 yg tag aku ialah OP, Aku Bukan Bidadari, Pawana Malam, Si Kenit Amin Bakish. Kisah 6 benda pelik tentang diri aku. Aku bukan sombong tidak ingin menjawab soklan2 yang dikemukakan. Malah, rasa bertuah sebab di tag oleh kamu2. Tapi aku pernah jawab soklan nie dulu. Kat sini haa. Tapi itu 5 perkara. Jadi aku tambah satu lagi di sini.

Perkara ke 6 yang aku rasa pelik buat aku ialah aku boleh menulis teks ucapan, puisi, karangan tak kira pendek atau panjang. Kadang2 aku rasa apa yang aku tulis cukup menarik. Mungkin aku perasan. Biarkan. Peliknya, aku tak boleh sampaikan maklumat itu melalui kata2. Tak mungkin aku mampu berpuisi kisah kasih dan cinta dengan si dia, sukar untuk aku berhujah dengan sesiapapun. Aku akan jadi malu dan segan. Untuk berbicara. Untuk berkata2. Sekadar meluahkan dalam tulisan sahaja.

Terbaru Cik Cikin mentag aku. Skodeng desktop aku. Katanya. Apa yg tertera di desktop melambangkan karektor kita. Kalau begitu, wahai ahli nujum Cikin, kalau gambar ultraman apa maksudnya. Saya ada ciri2 superhero ker.. Hehee.. Tapi saya memang minat kartun.. Cam budak2 lak kan..



Sebab hari dah petang. Hujan pun turun dengan lebatnya. Aku tak mahu bermain lagi. Ingat lagi pesan mak. Jangan main kat luar masa hujan. Jadi aku hentikan permainan tag ini. Tak der pewaris dari blog ini. Maaf yer.

Jumaat, Mac 09, 2007

DIRISIK ???

Sejak kembali ke KL, sempat juga aku berkejar2an di gelanggang futsal pada Jumaat malam. Kalau tak dengan mber opis, mungkin dengan group sekolah dulu, atau ngan mber2 masa kat U. Letih sudah pasti. 2 jam beb. Dari kul 10 malam sampai 12 tgh malam (walaupun sebenarnya, aku hanya main untuk 30 minit jer dari 2 jam waktu permainan tu, selebihnya jadi tukang sorak, err.. tidak juga, aku lebih suka memerhati gelagat anak2 gadis sunti yg bermain di gelanggang berdekatan).

Selalunya, aku terus pulang bila abis game jer. Lepas rehat2, kasi peluh kering, terus gerak. Jarang la lepak kat kedai mamak lepas tu. Tapi itu pun kat kul 1 baru sampai. Dan ada kalanya, aku terlupa bawa kunci rumah, rasa bersalah pulak bila terpaksa gerakkan orang tua dari tidur semata2 untuk bukakan pintu. Huh, tak patut betulkan.

Malam nie. Aku main futsal lagi. Kat seksyen 14 PJ. Datanglah kalau nak kasi sokongan. Cheh, macam artis lak nak kne sokong. Aku tak bawak kunci rumah. Awal2 aku dah sms mama bagitau aku overnight kat umah mber. Selalunya macam tu la. Bila dah merayap sampai pagi, aku lepak umah mber jer. Esok pagi, tak yah la bangun awal. Lepas Subuh, leh layan tidur sampai matahari tegak kat atas kepala. Orang bujang, breakfast & lunch kami sekalikan. 2 in 1. Mudah dan menjimatkan.

Mama reply sms aku. Katanya aku harus pulang awal pagi esok. Jangan bermalas2an di rumah kawan sehingga petang. Keluarga sebelah pompuan ingin datang bertandang. Berkenalan dengan kami dan aku terutamanya. Aku sememangnya belum pernah berjumpa dengan keluarga di sebelah perempuan. Huh. Aku dirisik ker. Abis tu kalau mereka bertandang apa perlu aku lakukan. Nak kne berpakaian cantik2 ker. Nak kne kluar hidangkan minuman ker. Itu dah cam anak dara tu. Dan berbual2 dengan orag tua2 satu kelemahan bagi aku yang pemalu nie..

Alahai, rasa berdebar pulak. Mood nak berfutsal sedikit terganggu. Trauma "meet the parents" mula menghantui diriku.

Rabu, Mac 07, 2007

Dia, Pencuri Hati

Sungguh aku tak sangka
Dalam ramai2 yang aku kenali
Dia adalah pencuri
Yang mencuri hatiku ini

Entah kenapa
Entah bagaimana
Dia berjaya mencuri
Hati yang sekian lama tak terusik
Yang sudah lama seaakan tak berdetik

Aku biarkan saja
Dia membawa lari hatiku yang satu
Jauhnya beribu batu
Kerna aku tahu
Sekurang2nya hati ini
Yang selama ini penuh berdebu
Kini mampu bersinar
Dalam jagaannya

Kamu
Iya kamu
Kamu yang membacanya
Kamu yang mendengarnya
Pernahkah merasakan hidup tanpa hati
Aku merasainya
Sengsara, penat..sungguh..

Tanpa hati
Hidupmu tak keruan
Kau mula terbayang2 wajah pencuri
Dalam mimpi malam yang kelam dan pekat
Suaranya terngiang2 di gegendang telinga
Biar ditekup
Kuat dan rapat
Hidupmu tak seperti dulu lagi

Lalu...
Suatu hari..
Aku putuskan
Mencari dan mengenali dgn lebih dekat lagi
Si pencuri hati
Ingin ku mohon hatinya
Sebagai galang ganti
Hatiku yang telah dicuri
Mengisi kekosongan dalam diri

Katanya
Hatinya masih muda
Belum cukup tegar untuk diberikan
Padaku yang tidak menunjukkan keyakinan
Sebagai penjaga yang dipercayai

Aku tekad lagi
Kalau dia tak memberi
Aku ku curi hatinya
Sedikit demi sedikit
Sehingga dia rela menyerahkan
Sepenuhnya.. seikhlasnya

Aku benar2 berharap
Masih dapat memiliki
Namun cukup sukar untuk aku tembusi
Bilik kebal hatinya bersemadi

Andai benar dia tak ingin aku miliki
Hatinya yang disayangi
Pulangkanlah hatiku yang kau curi
Wahai si dia
Pencuri hati

p/s :
Ketika bercuti semalam, aku berkesempatan mengemas bilik bujang sambil menilik2 album lama. Entah bagaimana terjumpa puisi ini terselit antara helaian album itu. Sudah lama. Berbulan yang lalu aku nukilkan puisi ini di atas kertas tisu berlogo'n Mc D. Kenapa atas kertas tisu. Kenapa Mc D. Aku dah lupa hari2 itu.

Sepatutnya aku siarkan puisi tu kata sini dulu. Tapi entah kenapa aku lupa menyiarkannya. Atau ada sebab aku tak siarkannya. Aku sudah lupa. Mungkin puisi ini tidak diperlukan lagi. Kerna ceritanya sudah berbeza. Ia cuma kisah lama. Aku cuma ingin berkongsi. Dah lama tak berpuisi. Dan aku, belum ada idea lain tentang entri hari ini.

Isnin, Mac 05, 2007

Kerja .. Kerja.. Kerja...

Satu pagi di opis. Hari pertama kamu memulakan kerja di minggu yang baru. Terasa terlalu banyak kerja nak diselesaikan. Binggung. Yang mana nak didahulukan. Yang mana boleh diketepikan.

Jika kamu masih bergelar student, penyelesaiannya amat mudah, tiru jer assignment tu dari bebudak pompuan yg sememangnya rajin menyelesaikan tugasan yg diberikan. Atau jadikan budak2 nerd dan skema itu sebagai mangsa untuk hulurkan jawapan. Jika soalan ilmu hisab, kamu tiru sahaja bulat2. Pasti 1 + 1 jawapannya 2. Tiada beza. Jika tugasan berupa karangan, ayat asal seperti "pihak berkuasa telah mengeluarkan kelulusan pada ..." kamu tukarkan kepada "kelulusan telah diberikan oleh pihak berkuasa pada ...."

Namun tugasan di opis, tidak semudah itu. Sebab itu kamu diberi gaji. Tapi ingat!! Majikan hanya membayar gaji. Bukan memberi rezeki. Jadi jangan sampai kerana giler menyelesaikan kerja yang diberikan kamu tinggalkan tanggungjawab kamu pada Tuhan. Melngabaikan solat.

Dan menjelang petang. Tika kamu lihat rakan2 setugas sudah beratur di tempat mengetik perakam waktu sedangkan belumpun 10% tugasan itu kamu selesaikan. Kamu mula tertanya2. Kenapa kerja yang diberikan banyak sangat. Atau kamu mula bersangka bumi berputar terlalu pantas hari ini.

Kadang2, terasa tidak adil, mengapa kita dibebani dengan tugasan yang silih berganti. Apakah bos nak uji kemampuan kita. Atau sememangnya konsep jimat cermat dilaksanakan di opis kamu. Dalam ekonomi yang dilaungkan oleh pemimpin sebagai berkembang maju, tapi kamu masih perlu menjalankan tugas 2, 3 dalam 1 Kamu masih perlu menjadi seorang jurutera merangkap pelukis pelan merangkap technician merangkap kerani.

Entah apa yang aku buat hari nie. Satu persatu kerja diselesaikan, tapi fail2 dimeja tak pernah susut. Seperti kamu makan di hotel2 mewah, seteguk air diminum, segera pelayan itu menambah airnya sehinggakan tak pernah dilihat sedikitpun luak air di bekas itu.

Sebenarnya. Aku binggung. Letih. Lesu. Antara masalah kerja. Keluarga. Masa depan dan igauan kenangan silam. Aku perlu cuti. Ahh. Esok aku ingin bercuti. Harap2 En Bos tak mengganggu aku ketika lena beradu esok hari yer.

Aku tinggalkan kamu dengan contengan lukisan ini. Contengan yang membuktikan aku tak akan pernah berjaya menjadi seorang pelukis. Err..aku tak der pun minat nak jadi pelukis. Penconteng ada juga. Tapi itu bukan minat. Tapi tabiat. Bila aku dilanda kebosanan dan kerungsingan jiwa akal dan fikiran.



Jumaat, Mac 02, 2007

Hari Jumaat sahaja....

Kat tempat keje lama, aweks yg jadi tumpuan tentulah cik Nonie sekretari kami yg manja, cantik dan ranggi sekali. Oh, sudah tentulah dia seksi. Katanya itu kemestian nak jadi sekretari. Cantik dan seksi. Kami staf2 lelaki tak pernah membantah. Kami mengharapkan cik Nonie semakin seksi. Hari demi hari.

Kami para lelaki yang mata tak berapa keranjang, hati separuh buaya ini sering saja terpukau dengan penampilannya sepanjang hari. Opps, bukan kami saja, tapi sesiapa yang bertandang ke opis mesti perasan akan kewujudan cik Nonie ini. Dia pandai bergaya. Fesyen pilihannya sentiasa up to date. Macam artis. Sentiasa sensasi dan cari publisiti.

Bila tak ke opis, kami orang2 di site sering merindui bau wangian cik Nonie. Jika penampilan cik Nonie terlalu da bomb pada hari tu, pasti abang despatch call bgtau kami. Dan masing2 mula terhegeh2 cari alasan nak ke opis. Kalau terlepas memang rugi.

Walaupun sering berpenampilan seksi, hari Jumaat tak pernah dia lupa nak berbaju kurung. Atau pun kebaya sendat. Atau segala jenis pakaian tradisonal Melayu. Persis ala2 wanita melayu terakhir.

Suatu hari, bos panggil kami pegi opis. Meeting ramai2. Yelah, kalau dua orang tu dating, ramai2 kira meeting la. Bos cakap panjang. Sorang2. Takder tanda nak berhenti. Kami dah bosan. Mujur ada cik Nonie. Dah dekat kul 1, celoteh bos belum tamat. Kami, masing2 asyik menggeliat. Buat2 tanda agar sesi perbincangan dihentikan segera.

"Huh, korang nie. Baru ckit kne dera tahan makan lambat dah tak senang duduk" bentak bos kami.

"Err.. En Beliau, sebenarnya kitaorg nak kluar gi solat Jumaat nie. Dah kul 1 dah" aku memberanikan diri menyatakan pendirian kami.

"Eh, hari Jumaat ek. Loh, nie awak punya pasal la Nonie, tak pakai baju kurung. Lupa plak saya hari nie Jumaat" kata Bos cover diri.

Kami gelak ramai2. Sememangnya hari tu cik Nonie tak berbaju kurung. Dia maintain seksi. Dia kira panduan kami yang sering lupa pada hari. Kalau cik Nonie tak seksi, itu tandanya hari Jumaat. Tapi kalau tengah2 minggu pun cik Nonie berbaju kurung atau kebaya ketat, kami sering tertanya kat dlm hati " Eh, hari ni Jumaat ker"


* Balik Jumaat tadi, aku terpandang sorang awek yg selalu kami dok usaha kat kedai makan opis baru kami. Selalunya dia seksi, tapi hari nie dia berbaju kurung. Aku segera teringatkan cik Nonie. Call opis lama, rupa2nya dia dah berenti.