Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Khamis, September 28, 2006
Diari Seorang Lelaki (Hari Pertama Puasa)
5.00 pagi : Dikejutkan bangun sahur..tapi memilih untuk zzzzzz....
5.15 pagi : Dikejutkan lagi untuk bangun sahur tapi masih lagi zzzz....
5.20 pagi : Sekali lagi dikejutkan bangun sahur dan tetap jua zzzz...
5.25 pagi : Dikejutkan untuk bangun sahur, lagi dan lagi. Kali ini gaya kejutan lebih keras dan bersifat fizikal. Tetap maintain zzz....
5.30 pagi : Di dapur mereka sudah mula mengemas. Tergesa2 bangun terus ke dapur. Basuh muka, tangan dan mulut di sinki dapur. Jamah apa yang sempat sementara waktu masih ada.
6.00 pagi : Solat Subuh dan memulakan azam yang pertama untuk bulan Ramadhan ini.
7.00 pagi : Tertido di depan tv ketika mengikuti siri motivasi pagi di TV3.
8.30 pagi : Masih tertido lagi..ya..tertido..
9.00 pagi : Masih tido lagi. Kali ini berpindah lokasi ke bilik tidur.
10.00pagi : Mata sudah dibuka beberapa kali. Jasad sudah digerakkan ke kanan dan ke kiri. Cuma masih di atas katil lagi
10.30pagi : Sudah bersedia untuk membasuh kete kesayangan jua kete2 lain yang berhampiran. Kemas bilik (sikit jer, tapi masih di kira kategori mengemas bilik)
12.00 t/hari: Balik dari pasar tani bersama bahan masakan serta gula 2kg."Err...nanti buka masak aper yek"
1.00 ptg : Di depan tv tgk Melodi. Pertanyaan yg serupa "Err..buka nanti kita makan aper yek"
2.00 ptg : Tertido di depan tv.
3.00 ptg : Bangun untuk sambut sedara mara datang. Solat zuhur.
3.20 ptg : Tertido lagi di depan tv. Kali ini atas sofa.
4.00 ptg : Situasi masih sama.
5.00 ptg : Bangun dah solat Asar.
5. 15 ptg: Menyemak status penyediaan juadah berbuka di dapur. Kemajuan berjalan lancar. Ada yg dok wat donut, ader tengah goreng cucur udang, ader yang wat bubur lambuk, ader yang wat tomyam, ader tgh bakar ikan, ader yg panggang ayam. Hati berkata,"Eh, cam tak cukup jer." Ya keluarga kami ramai. Termasuk sedara mara yang datang berbuka sekali.
5.30 ptg : Tido2 ayam ketika baca paper mingguan.
6.15 ptg : Dukong Haikal(anak sedara) pusing2 kat laman rumah sesambil siram pokok bunga.
6.45 ptg : Memulakan tugas sebagai penghidang juadah berbuka puasa.
7.00 mlm : Dah sedia. Menunggu waktu berbuka dengan kurma di tangan.
7.10 mlm : Azan. Baca doa . Makan.
7.30 mlm : Masih makan.
7.45 mlm : Dah abis makan. Tapi tak larat nak jenjalan. Duduk atas sofa dulu.
8.00 mlm : Persediaan untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih.
8.10 mlm : Lum azan. Pegi dapur bantai donut 1 pinggan.
8.25 mlm : Dah azan. Tapi donut ditangan ada setengah untuk dihabiskan.
8.30 - 10.00 mlam : Solat Isyak dan Terawih.
10.15 mlm: Balik terawih jamah semangkuk dua bubur lambuk dan ratah ayam panggang.
11.00 mlm: Berborak ngan sedara sesambil makan lagi.
12.00 mlm : Semua pulang. Masuk tido.Kunci jam loceng, jam henset nak bangun kul 4.30 pagi.
Ya. mesti bangun.
Sabtu, September 23, 2006
Persediaan Menanti Hadirnya Ramadhan
"Ehh..apehal plak nak kne korek telinga pagi2 nie"
"Ko dah lupa ker 24hb kita mula berpose.. dah tak leh korek telinga pagi2"
Ya. Aku tak lupa. Malam tadi aku dah dengar pengumumannya walaupun kat kalender Cina dah diramalkan tarikh permulaan pose adalah esok 24hb September 2006 adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1427. Kalender berbuka pose pun aku dah amik kat masjid masa gi solat Jumaat kelmarin. Dan untuk sebulan akan datang, aku arif benar masa masuk waktu Maghrib. (Sebenarnya aku tergezut gak, bila tgk takwim, Maghrib kat Penang sekitar 7.15 mlm..heheh.. selama nie aku solat Maghrib dalam 7.45, yelah.. jarang tgk takwim, tak tau waktu sebenar Maghrib kul baper, main agak jer)
Dan untuk bulan Ramadhan yang mulia ini, aku nak amik kesempatan ini untuk memperbanyakkan ibadah. Malam tadi dengar ceramah, ustaz kata 1 pahala di bulan Ramadhan digandakan 70 kali. Banyak tu. Selalnya di awal Ramadhan jer aku bersemangat. Pastu makin kurang terutamanya bila dah dekat nak raya. Ishh.. teruk betul kan. Jadi untuk bulan pose thn nie aku dah wat satu checklist azam yg perlu aku ikuti. Jom bantu aku capai azam aku seperti:
1. Aku nak khatam baca Al-Quran sekali dalam bulan Ramadhan nie. Sekurang2nya aku kne baca 1 juzuk 1 hari. (Hmm..bolehh ker nie)
2. Tak nak tinggal solat terawih. (Susahnya biler dah dekat rayer, selalu time nie kantoi la terawih aku)
3. Kuatkan lagi bekerja. Tak der la asik ngantuk jer kat opis. Aktifkan dirimu kata Hotlink.
4. Berpuasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi menahan dari melakukan perkara2 yg membatalkan puase dan juga yang boleh mengurangkan pahala puasa.
5. Membeli gula 2kg setiap hari untuk keperluan masa raya nanti. (Nie sebenarnya tugasan yg mak aku bagi, setiapa hari beli 2kg gula, kang tak merasa la tat nenas raya nanti)
Aku juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog liepan ini. Moga kita sama2 beroleh rahmat dan keberkatan pada bulan yang mulia ini.
"Ehh, ngko ader putik kapas lagi tak, tak cukup ler..dah lamer tak beroperasi nie" kata ku pada hosmet sesambil kami mencuci telinga dan menikmati kopi di pagi hari sebelum mandi untuk bekerja pada agama, negara dan bangsa.
Rabu, September 20, 2006
Honda Odyssey Untuk Haikal
Kamu tahu kan. Haikal itu satunya2 anak menakan aku wat mase nie. Dialah cucu kesayangan mak ayah aku. Setiap kali balik KL, pasti aku cari Haikal ini. Seronak layan budak umur baru setahun nie. Macam2 karenah. Biarpun kamu letih melayan permintaanya untuk didokong dan bermain sepanjang masa, tapi kamu gembira bila melihat dia ketawa.
Untuk Haikal, aku tak pernah lupa untuk belikan dia hadiah berupa permainan. Baru2 ini aku terjumpa satu permainan berupa kete kontrol sesambil jenjalan kat Penang nie. Model Honda Odyysey buatan China.
Aku beli satu. Tapi disebabkan aku x der balik KL, aku test ler main dulu. Lama2 aku jadi addicted plak ngan mainan nie. Syok jugak jadi budak2 kembali. Tiap2 petang, aku mesti layan kete kontrol nie. Hosmet aku pun dah terikut sama. Dia pun dah beli satu. Dan kami selalunya berlumba.
Satu hari, kami test skill berlumba kat koridor flat ini. Entah camner, kete aku terbabas menjunam dari tingkat 15 ke bawah. Alamak, kete kamu Haikal. Ia sudah pecah berderai. Tak pelah, nanti Pak Ngah belikan yang baru yek.
Selasa, September 19, 2006
Team Building
Apa kamu buat kat saner tu. Soklan boss aku. Aku agak ler. Kat saner, aktivitinya lebih kepada aktiviti luar seperti abseiling, beach games, flying fox, berkayak, jungle trekking. Ada iras2 fear factor dan juga explorace.
Aku kira aktiviti2 ini berjaya mencapai matlamatnya untuk melahirkan kerjasama dan semangat kekuatan berpasukan. Sekurang2nya dalam tempoh aktiviti itu dijalankan. Kami bersatu bersama2. Sentiasa. Tak pernah berpisah. Tak pernah berjauhan. All for one. One for all.
Namun, pada malam hari, situasinya berbeza. Kami tidak lagi bersama dalam satu kumpulan. Kamu dapat lihat masing2 membawa diri ke sudut yg berbeza. Ada dibangku taman resort, ada di tepi kolam mandi, ada di balkoni, ada jua berinteraksi sambil terbaring di atas katil. Walaupun topik perbualannya hampir sama, "apa khabar yg di sana, sedang buat apa, dah makan ker, siang tadi macammaner". Masing2 senyum di sebalik talipon tangan yg canggih itu. Mengubat rasa rindu dan kasih biar cuma seketika hilang dari pandangan mata.
Aku? Aku hanya menonton citer Puteri di TV3. Telefon canggih aku sepi tanpa sebarang bunyi. Aku lena di sofa tanpa mengucapkan selamat malam pada sesiapa. Dan telefon aku hanya kembali berbunyi pada Subuh hari tanda permulaan hari baru yang rutinnya sama.
Ahad, September 17, 2006
Kawanku Seorang Jutawan
Kawanku si jutawan yg masih bujang nie seorang engineer. Hensem seperti aku cuma mungkin aku tampak lebih cute sebab aku kechik. Haha. Dia mber opis aku kat KL nun. Panggil saja dia Triple I.
Khabarnya baru2 ini kawanku ini pergi melancong ke luar negeri. Biasalah. Nama pun jutawan. Bosan2 beli tiket naik kapal terbang tengok awan. Katanya membawa hati yang lara. Di sini, anak dara lebih menagih cinta lelaki berusia dari kami anak2 muda yg kononnya masih mentah tak berpengalaman.
Kawanku ini cukup bersederhana walaupun jutawan. Masih sanggup minum kopi di warung tepi jalan di tengah malam bersama kengkawan, walhal semasa melancong ke luar negeri tempoh hari, khabarnya secawan kopi yang diminumnya mencecah ribuan ringgit.
Baru2 ini, kami berjumpa lagi. Sekembalinya kawanku ini dari luar negeri. Kami minum kopi di kedai mamak sebelah Starbuck Cafe. Aku ceritakan padanya kisah persandingan Ct dan Datuk K. Katanya, semasa di luar negeri, orang luar asyik bertanya tentang Ct bila diberitakan kedatangannya dari Malaysia. Wah, glamer betul Ct rupanya. Agak2 kalau aku yg kawen ngan Ct mesti gambar aku kluar kat paper luar negeri.
Kata kawanku si jutawan itu lagi. Tua muda, lelaki pompuan asyik bertanya, "Jadi yer Pak, Ct Norhalija berkahwin dengan Datuk K, apa bapak tidak pergi melihat majlisnya”. Oh ya.. kawanku si jutawan itu baru pulang dari Indonesia, tanah seberang.
Selasa, September 12, 2006
Bunga
Isnin, September 11, 2006
Hangat2 tahi ayam.
Khamis, September 07, 2006
Hati Yang Terpilu Tika Awan Warnanya Kelabu
Hari Selasa itu. Aku pulang kerja agak awal. Tak seperti selalu. Sebelum Maghrib, aku dah siap mandi dan bersedia awal untuk urusan seterusnya. Dan ayah yg selalunya mengajar di masjid pada malam Selasa tidak ke masjid atas faktor kesihatan. Dan Maghrib itu kami solat berjemaah sekeluarga. Dan lama kami tak berjemaah bersama. Terasa seperti kembali semula pada zaman aku masih bersekolah dulu2. Sering dimarahi ayah tatkala lewat kembali dari bermain pada waktu petang untuk persediaan solat Maghrib berjemaah.
Ayah dalam kesibukannya masih sempat berjemaah di masjid sedangkan anak muda seperti aku sering leka dengan cerita di tv dan akhbar pada petang hari. Cuma sesekali ayah menegur, pada tika jam 8 aku masih asyik dengan berita tv semata2 menanti kisah sama yg akan aku baca di akhbar esok hari. Dalam usia semakin dewasa, tentu ayah mengharapkan aku lebih bertanggungjawab terhadap amanah ini. Buakn seperti anak2 kecil yang sentiasa perlu diajar.
Dan selepas solat Maghrib berjemaah itu. Ketika bersalaman dengan kedua orang tuaku, terasa sayu hati ini. Selami ini aku telah dijaga dengan penuh kasih sayang. Tiada siapa yang lebih menyayangi aku sekarang selain dari kedua orang tuaku. Apakah terbalas jasa dan pengorbanan mereka. Pagi tadi. Aku masih sayu sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Hatiku masih lagi berlagu pilu tatkala awan berwarna kelambu tanda hujan gerimis mengundang tiba.
Salam takziah untuk kamu, Neeziee sekeluarga. Banyakkan bersabar dan berdoa.
Isnin, September 04, 2006
Kepala Pusing, Hati Runsing.
Jumaat, September 01, 2006
Malam merdeka itu
Tika jam tepat angka 12
Pada 31 Ogos 1957
Di Padang Hilir Negeri Melaka
Tanah Melayu merdeka
Buat kali pertama
Malam itu
Tika jam tepat angka 12
Pada 31 Ogos 2006
Di Dataran Merdeka Wilayah Kota
Malaysia merdeka
Buat kali ke 49
Malam itu
Selepas jam melepasi angka 12
Pada 31 Ogos 2006
Di hotel murah pinggiran kota
Sekembali dari Dataran Merdeka
Gadis itu "dimerdekakan"
Buat kali pertama
Pada ulangtahun kelahirannya ke 18
Oleh mat2 rempit
Yang bertatu di lengan berparut di muka
Malam itu
Tika jam melepasi angka 12
Pada 31 Ogos tahun2 mendatang
Akan berulang lagi
Kisah anak dara "dimerdekakan"
Jika tiada yang mengambil pengajaran
Kemerdekaan untuk dipertahankan
Bukan untuk dicemarkan
Dengan budaya dan anasir luar yang negatif
Yang sekian lama menjajah pemikiran