Isnin, Jun 21, 2010

Pisang Goreng atau Goreng Pisang

Hari Jumaat. Hari makan pisang. Itu misi kami. Masa kat menara gading dulu.


Berharap juga. Kot-kot ada yang nak sedekah buah durian ker, anggur ker, kiwi ker kat masjid pada hari Jumaat.


Hari itu. Rezeki kami lebih. Menunya tetap sama. Pisang emas. Tapi banyaknya bersikat-sikat. Apalagi, kami angkutlah bawah balik rumah. Hari-hari kami seterusnya diisi dengan aktiviti makan pisang. Bangun pagi makan pisang. Nak pergi main bola makan pisang. Nak masuk bilik air makan pisang. Nak tidur makan pisang.


Bila dah bosan asyik makan pisang begitu sahaja. Kami goreng.


Dan kami belajar satu perkara. Pisang emas cuma sedap dimakan begitu sahaja. Atau boleh sahaja dibuat cekodok. Tapi rasa lain macam bila digoreng.

3 ulasan:

shasha berkata...

errr...abg kemat..kita pun tak tau pisang apa yg sedap di goreng atau tak...fail ke jadi suri rumah camtu?

:|: TinTa Kibod :|: berkata...

isk x semua pisang bleh goreng bang!..

plg sedap digoreng adalah pisang tanduk..:D..selain tu..
pisang abu...pisang raja...pisang awak!..
*haha jgn pikir len udah le..

Kemat berkata...

shasha:
kena belajar tu.. sama-sama kita belajar..saya pun tak tau jugak...

@yue:
nama pisang dah tahu, kenalnya belum..camner nak bezakan yang mana satu abu, yang mana raja, yang mana awak...