Disebabkan segan dengan kehadiran gadis-gadis manis di kenduri kahwin, aku dan Man memilih untuk berbakti di barisan belakang sahaja. Sememangnya seksyen cuci pinggan mangkuk jadi kegemaran kami.
Kami berdua. Gandingan yang mantap. Man basuh. Aku bilas. Dah letih main air. Aku lak basuh. Dan Man bilas. Kadang-kadang, tak bilas pun. Main celup dalam besen jer.
Berbakti di barisan belakang nie, tak ramailah yang perasan. Yelah, takkan kamu nak lebih popular dari pengantin. Tapi, ada sorang mak cik tu, cukup berkenan ngan kami. Asal lalu kat tempat kami, mesti pandang-pandang sambil senyum.
Lewat petang. Baru dengar suara mak cik tu menegur. " Hah.. macam nilah calon menantu yang dicari. Rajin tolong kerja-kerja dapur"
"Isshh... yang macam nie mana sesuai mak cik..suami orang nie" sampuk awek che'gu yang entah bila datang. Aku buat-buat tak dengar percakapan mak cik dan awek che'gu. Terus sental pinggan kuat-kuat.
7 ulasan:
alamakkkk...kantoi la pulak!!
hehehe. sental kuat2 tu tanda protes ke bro?
wakakaka..
eheheee
shasha:
baru nak senyum..hahaha
puterikure2:
hehehe..
@yue:
sekarang boleh gelak, masa tu buat-buat senyap je la
gdiz:
heheh
boleh lagi tu.bujang tiga.
nizam:
jangan cari pasal bro..bahaya
Catat Ulasan