Selasa, Mac 30, 2010

Trivia Kenduri Kahwin

"Boleh tolong carikan betik. Untuk buat bunga manggar" tegur mak cik jiran mak aku.

Aku pandang Man. Man pandang aku. 5 minit lepas tu, aku dah membonceng motor Man pergi pasar cari betik. Kat pasar, aku  tunjuk kemahiran aku pilih betik. Yang manis dan terbaik. 

"Weeiii... yang korang pergi beli betik masak nie buat apa. Bukan nak makan. Nak cucuk bunga manggar. Carilah yang hijau, muda lum masak lagi. Barulah keras sikit"

Pap. Pengalaman dah berkahwin bukan maksudnya kamu tahu segalanya. Yelah, dulu kamu raja sehari, yang lain bertungkus lumus untuk kamu.

4 ulasan:

shasha berkata...

hahahaah...kitaorang tak pakai betik dah..pakai polisterine tu je..

@yue berkata...

uih ade org pki nenas dowhhh...

betik manis wat pelawasan ok la haha

nizamsani berkata...

haha.

kemat berkata...

shasha:
moden sangat dah tu

@yue:
aha..patut aku rembat nenas hidangan pengantin, senang kan

nizam:
hahaha