Rabu, Mac 17, 2010

Tepuk Dada (Poket) Tanya Selera

Masa baru dapat elaun/biasiswa di awal semester, kami selalunya hidup penuh dengan gaya kemewahan. Tak ada nak beringat masa susah kemudian hari langsung. Makan memang kat kedai jer. Tak main lah air suam jer, kurang-kurang sirap. Kalau nak bergaya sikit, minum air buah gelas besar.

Dan bila poket mulai kering, baru teringat nak berjimat cermat. Sesi masak sendiri kat rumah jadi pilihan (yer..kolej kami diluar, benarkan kami memasak). Lelaki. Tidaklah hebat sangat masakannya. Asal ada rasa. Ala carte kata cikgu BI kami.

"Hari ini, masak kari lagi ker Mat"

"Aku dah bosan lah kari. Hari-hari kari. Kita layan tom yam pulak" aku bagi cadangan.

"Bahannya"

"Lepas Isyak kita pergi cari. Sempat lagi. Kejap jer"

...
...

...
"Hmmm, betullah Mat. Sedap jugak layan meggi perisa tom yam nie. Ini asyik kari jer"

5 ulasan:

shasha berkata...

heheheh..hujung bulan=maggi la ek bro..

madulebah berkata...

ceh buat suspen je.. hahaha.. tapi asam laksa lagi best lah

nizamsani berkata...

mentang gaji lambat bulan ni.entri pun ala-ala sesak.haha.

@yue berkata...

vote tuk asam laksa..heh

kemat berkata...

shasha;
hehehe..gaji lambat lagi

madulebah:
besar punyer....

nizam:
sekarang, gua tengok budak unit gaji nampak kechik jer diaorang nie..hahah

@yue:
pilihan ramai nampak