Jumaat, Mac 26, 2010

Earth Hour

Tengah syok tenangkan diri dalam bilik kecil. Tiba-tiba suis lampu dipadamkan. Dah pukul 5. Esok tak kerja. Prihatin betul kawan-kawan kat pejabat ni. Tolong tutupkan lampu sebelum pulang.


Aku diam sahaja dalam bilik kecil yang gelap gelita tu. Nak jerit salah. Tak jerit pun salah. Nasib baik pengalaman dan kefahaman tentang susur atur bilik kecil tu aku dah hafal.

Kempen Earth Hour aku dah bermula lebih awal. Tak tunggu 8.30 malam esok.

Tiada ulasan: