Jumaat, Mac 26, 2010

Jangan Lupa Kami

Apa khabar? Tegur mereka. Pembaca senyap di blog ini.

Antaranya akak bhg pinjaman kereta CIMB, awek bhg hutang kad kredit, encik Takaful, gadis-gadis genit di kaunter pembayaran TNB, Telekom, Maxis, ASTRO dan juga Sarjan Misai dari Balai Trafik.

Kata mereka. Entri aku sebelum ini menarik. Buat hati mereka riang ria.

"Psstttt..... simpan sedikit untuk Pesta Buku di PWTC Sabtu nie. Lakaran masa depan tu" bisik Cik ATM dalam pertemuan kami semalam.  

3 ulasan:

shasha berkata...

hehehe..bayar bro jgn tak bayar...kang awek2 tu kejar lak..jenuh nak lari tuh

Intan and The Boys berkata...

hehehe. tunaikan kewajipan anda k bro!

peace!!

Kemat berkata...

shasha:
tiap-tiap bulan dikejarnya...hhehe

puterikurekure:
hutang kena bayar kan