Selasa, Mac 16, 2010

Dia, Perawan Pujaan

"Mat, jom ambil gambar berdua" sapa A. Melihat aku dan Lan sibuk bergambar dengan rakan sekuliah lain. Hari itu, hari terakhir kami kat kolej. 

Tak sangka. Gadis yang jadi pujaan kat kolej ajak aku bergambar bersama.Sebelum nie, jarang aku tegur dia. Bukan sombong. Cuma kalau kamu dilihat berbual mesra dengan A, pasti cepat tersebar gossip. Yelah, banyak mata yang memerhati. Tambahan A. Semua orang kenal. Tak macam aku. Muka pun jarang nampak kat fakulti. Asyik ponteng tidur kat bilik jer. 

"Err... kita nak pose gaya apa nie Mat. Uda dan Dara ker atau Laila dan Majnun" tanya A lagi.

Aku tersenyum malu. Macam kucing ada. Macam kambing pun ada. Tak sangka dia mesra orangnya.

"Hah. Korang buat gaya Beauty and The Beast lah" sampuk Lan. Yang jadi cameraman

"Cheh". Potong semangat aku jer Lan nie.

3 ulasan:

shasha berkata...

adakah gadis itu awek che'gu sekarang nih??

amieiezam berkata...

kalau kat koneg A stand for azarwati...ish ish ish

kemat berkata...

shasha:
ini cerita lama

amieiezam:
mana azarwati sekarang...tak jumpa pun kat fesbuk