Selasa, Mac 02, 2010

"Jangan Lupakan Saya" pintanya


"Awak sombong sekarang yer".

Tiba-tiba. Ada satu suara menegur. Perlahan. Macam berbisik pula. Tapi dapat aku tangkap kata-katanya. Lama. Aku renung. Pada pemilik suara itu.

"Sejak ada dia, awak jarang pedulikan saya" sambungnya, bila melihatkan aku memberi perhatian pada cemuhannya di awal tadi. Suaranya masih perlahan. Tapi makin keras nadanya.

"Tapi. Saya tak pernah melupakan awak"
"Awak sekadar menjenguk sahaja. Tak bertegur sapa pun. Awak diam. Bila berdepan saya. Berceloteh ria bila bersama 'si dia'. Mengaku sahajalah. Mentang-mentang gaya hidupnya yang hip. Moden. Sofistikated. Semua orang teruja. Termasuk awak. Dan yang lama seperti saya. Sekadar di pinggiran sahaja"

Banyak juga dia membebel. Melepaskan apa yang terbuku. Sekadar di pinggiran? Macam tajuk lagu pula rintihannya. Belum sempat aku balas kata-katanya. Dia hilang. Entahkan merajuk. Entahkan minta dipujuk.
...

"Aaaahhh... talian internet down lagi. Tensionnya....." jerit member.

Oh... patutlah dia menghilang.

...

Aku masih terpaku. Ke arah suara sang pemilik tadi. Biar kelibatnya sudah tiada. Ada benar kata-kata Cik YM. Cik Fesbuk kini jadi pujaan. Macam cendawan selepas hujan. Dalam masa yang sama, teringat pada dia yang pernah cuba menggoda aku dulu, Cik Friendster (tapi aku tak layan sebab usianya yang masih muda) yang kini semakin jauh menghilang entah ke mana.

Untuk tahun-tahun mendatang, siapa pula yang akan datang menggoda. Cuba menemani kita. Dan siapa pula. Yang merajuk tidak diendahkan seperti zaman kegemilangannya dulu.

5 ulasan:

khairyn berkata...

untuk orang dalam situasi aku. Dua dua aku layan sama rata :)

ayobkelubi berkata...

aku ingatkan al-quran tadik

:)

shasha berkata...

semua sama jantina? cik cik je...

Tanpa Nama berkata...

igtkan cakap pasal tv baru tv lama ke..huhu

Kemat berkata...

khairyn:
kamu adil

ayobkelubi:
yang tu pun, kadang-kadang aku terlupa juga, lalai betul aku nie

shasha:
heheh

tanpa nama:
yang tu dua2 asyik dilupakan sekarang