Ini bukan cerita tikus membaiki labu. Juga tiada kene mengena dengan Mc Gyver. Mc Gyver pun bukanlah hebat sangat kalau dibandingkan dengan pakar rekacipta Malaysia, Zul dari Rawang tu.
Haikal. Dapat hadiah robot B-Daman dari Siti (aka neneknya). Seperti permintaannya masa dia kena masuk wad kat Ampang Puteri tempoh hari. Zaman sekarang. Kalau zaman dahulu, masa aku kechik-kechik takder nak mintak mainan nie haa..mesti mintak nak makan serawa labu, durian tak pun ketam masak lemak.
Robot B-Damannya bukan jenis pasang siap. Keluar dari kotak jer leh terus main. Tapi yang ini dari jenis yang kena pasang, kalau tak reti tak siap-siap.
Mujur Pak Ngahnya nie engineer. Setakat nak pasang mainan nie macam hisap rokok. Sedut jer pastu hembus...
Dah sejam aku dok tengok kertas panduan cara nak pasang berbahasa China tu..dengan gambarnya yang rasa kena zoom 3x baru leh nampak, kreativiti aku sememangnya tercabar. Haikal yang dari tadi setia menunggu kat sebelah dok tengok aku cuba pasang robot dia dah beralih layan kete Ferari Shell dia.
Esok. Maksu Haikal datang. 15 minit. Dah siap. Aku belajar satu perkara. Kau perlu punyai naluri dan imaginasi kanak-kanak untuk perkara seperti ini.
8 ulasan:
heheehhe....saya pun sama...sgt bernaluri kanak2...tapi bab2 robot ni...entoh leeerrr~~~
bravo utk maksu.. hehehe.. :D
erk, blikan robot siap pasang je. takde la rasa tercabar kalau xpandai nk pasang. ekekek.
hahaha.tak boleh blah kemat..tak boleh blah.buek malu persatuan jurutera seluruh asia timur dan pasifik belah barat daya saja!. hehehhee
mc kalau beli benda yg nak kena pasang2 mmg aku campak dalam tong sampah! ha ha. tanganku mmg tak de seni mencantum ni haih~
.
yeke? tak jugak... aku kat rumah adalah pomen kepada anak aku. apa masalah perihal mainannya yang tercabut maka akulah heronya hehehee
eleh..kot mang dah reti tu kan takde kena mengena dgn naluri kanak2 nyer der..heehehehe
shasha:
kena selalu tgk citer transformer nak tajamkan minda dalam hal nie
achik:
tahniah untuk maksu..adik sapa la tu...
cikin:
nie kira yang bajet murah ckit haa..
ayobkelubi:
kena mintak maaf dgn persatuan jurutera seluruh asia timur dan pasifik belah barat daya la gamaknya..heheh
tasikmerah:
heheh..ngko memang terbiasa dari kecik merosakkan bukan mencantum..heheh
kingbinjai:
ngko memang hebat..lain citer
idahani:
faktor naluri kanak2 memang penting wooo..
Catat Ulasan