Kalau tengok workstation aku memang bersepah. Selalunya aku kemas pada petang Jumaat atau awal pagi Isnin jer. Hari-hari lain kamu akan lihat helaian kertas dan fail di setiap sudut meja. Cuma ada sedikit ruang ditinggalkan untuk aku menulis.
Jadi, bila barang yang kecil macam thumbdrive hilang bukan perkara mustahil. Puas aku selak. Susun segala barang yang bersepah, masih tak jumpa juga. Kat mana yer. Thumbdrive aku nie pun satu. Macam chipsmore.
Hari minggu, aku tolong awek che'gu cuci baju. Bukan kena sental ngan berus pun, mesin basuh kan ada. Kalau awek che'gu yang basuh, dia akan seluk satu persatu poket seluar dan baju. Pastikan tiada kertas, pen, duit siling dan segala macam barang dikeluarkan. Aku, buat lebih kurang jer. Agar-agak tak dengar bunyi duit siling masa campak seluar dalam mesin basuh kira tak der la tu.
Baru 3-4 kali berpusing, dah ada bunyi pelik. Tak macam bunyi duit siling. Mungkin terlebih muatan gamaknya. Aku biarkan saja. Malas nak check sebenarnya. Lagipun bunyinya kejap ada kejap takder.
Masa nak sidai, aku jumpa thumbdrive aku yang hilang. Oh..menyorok kat sini rupanya. Kesian, thumbdrive aku masuk air gara-gara tuannya yang masuk air....
5 ulasan:
takpa.. pendrive dah murah skrang ni..
haishh.. mujur pendrive tahan lasak sket. kalau tak, abis la file² dlm tu.
lelaki mmg suka 'basuh' pendrive kot. heheh.
Bro...leh pakai lagi ke thumbdrive tu?
blokdrive:
belikan aku seploh en saad..heheh
kek keju:
pen drive aku berat, jadi ingat kalau cuci leh kasi ringan skit..heheh
shasha:
tahan lasak gak..ok jer,,
thumbdrive masuk air..sebab tuan dia malas..lalalla
Catat Ulasan