Khamis, November 06, 2008

MASAK: TIADA KASIH SAYANG

Kalau nak makan burger, carilah yang kat depan seben eleben tu, mayonisnya lebih. Depan kedai mamak pun ok jugak, cuma dia guna burger jenama Saudi, kalau Ramly lebih sedap lagi. Yang kat simpang nak masuk ke stesen minyak tu pun boleh tahan, tambah-tambah kalau Odah, awek mamat burger ada sekali. Selalunya Odah yang bungkuskan burger tu, sampai tisu bungkusan tu pun wangi melekat bau tangan Odah. Kalau kamu ada duit lebih, masuk jer Mek Di.

Sirajudin kadang-kadang makan burger je malam hari. Bukan tak ada kedai yang jual nasi. Sebab, balik kerja pun dah lewat malam, dah tak larat nak telan biji nasi. Selalunya dibeli depan seben eleben. Alang-alang nak beli rokok Dunhill. Singgah beli burger daging spesel sekali.

Entah kenapa, malam tu kepingin pulak nak makan burger. Dari opis asyik teringat mayonis yang dicalit pada kedua-dua belah daging burger dan roti.

Malam tu memang lain sikit. Panasnya semacam. Bukan burger. Bukan juga suasana malamnya. Brader jual burger tu nampak marah. Sangat-sangat. Entah bergaduh dengan bini atau sebab Chelsea kalah lagi. Atau datang bulan barangkali. Dari awal sampai habis, Sirajuddin asyik dengar kata-kata maki dan carut marut jer. Namun, kualiti burger tetap terjaga. Mayonis tetap banyak. Macam selalu.

Sirajuddin tak peduli. Manusia memang begitu. Penuh emosi. Yang penting nafsunya pada burger dapat dilampiaskan malam itu. Dia senang hati.

Di rumah. Baru 3 kali gigit, dia dah berhenti. Lain benar rasa burgernya kali ini. Rasanya tiada yang kurang. Mayonis, bawang, salad semuanya cukup.

Mungkin yang tiada kasih sayang. Kerana yang diisi adalah kata nista dan cercaan. Luahan kemarahan brader burger yang hilang kesabaran. Tiada lagi senyuman dan ucapan terima kasih seperti selalu.

10 ulasan:

Amyz! berkata...

Kalau masak tak ikhlas mmg rasa tak sedap~ :-)

tasekM berkata...

ye. kalau memasak muncung-muncung mmg tak sedap.

aku kalau dah penat ada juga rasa nak muncung2... alahai...

shasha berkata...

err...agreed kot...kalo masak cam terpaksa selalunya tak menjadi...dan tak sedap...

Tanpa Nama berkata...

eh betullah. setiap depan seven eleven mesti ada gerai burger.

paiseh berkata...

kalau laa kasih sayang tu macam kicap atau sos cili....

kingbinjai berkata...

sungguh memang begitu

Tanpa Nama berkata...

kalo encik bege tu hanya x ikhlas masak tanpa makian, bege tu patut rasa cm biasa. tapi maki hamun tu yg buat bege tu jd x sedap.

rasanye laa

Nida Shaari berkata...

kesian burger tu.. mesti menangis-nangis dia..

Tanpa Nama berkata...

erk, kalau burger kat pasar malam tu sedap ke tak eh? tokei asik jerit² je. campur air liur yg terpercik². erm...

Kemat berkata...

amyz:
hilang manisnya...

tasik merah:
alahai

shasha:
jgn amalkan kalu gitu

alina:
tak boleh dipisahkan..cam lagu dan irama

paiseh:
tingginya falsafah

kingbinjai:
sekarang dah tau

fafarafa:
tiada kasih sayang, tiada kemanisan