Isnin, November 24, 2008

Kasih Puteri

Aku sampai rumah kurang seminit nak pukul 12 malam. Kalau Cinderella, kereta kudanya sudah hampir bertukar jadi labu dan tikus. Rasa ngantuk yang amat sangat. Kalau boleh nak terus baring tidur jer. Mujur dah solat Isyak kat opis tadi. Yang mana wajib dah aku tunaikan. Kira nak tido terus pun boleh sangat dah.

Aku tengok hidangan makan malam dah tersedia atas meja. Memang aku tak ada selera sudah. Lagipun dah lewat malam sangat. Perut nie pun tak nak terima dah. Aku terkenangkan susah payah awek che’gu yang tetap menyediakan hidangan makan malam walau dah sarat. Nak kena jamah gak nie.

Awek che’gu tiba-tiba muncul dari bilik tidur. Mungkin bunyi pintu grill yang ditutup tadi membangkitkannya dari lena malam. Pintu grill tu memang akhir-akhir nie kuat berbunyi. Perlu disapu gris gamaknya.

“Banyak kerja yea kat opis tadi. Makan dulu ek” pinta awek che’gu sambil salam dan cium tangan aku. Aku tak bantah. Cuma minta nasi dikurangkan kuantitinya berbanding selalu.

Sambil menjamahi hidangan tengah malam itu, sempat aku bercerita tentang tugasan penting di opis yang perlu aku habiskan. Yang memaksa kepulangan aku agak lewat malam itu. Awek che’gu mendengar sahaja walau tidak bersungguh. Mengantuk barangkali fikir aku.

Esok pagi, sejurus selepas sampai di opis, aku terima sms dari awek che’gu, memaklumkan akan kesakitan yang dialaminya. Berkaitan dengan kandungannya. Sejak petang semalam lagi. Memikirkan aku terlalu penat dan asyik berceloteh hal kerja di opis, awek che’gu memilih untuk bercerita menerusi sms sahaja. Pada pagi ini.

Aku terkedu. Rasa bersalah pula. Aku lupakan pasal dia dan kandungannya malam tadi. Sekali pun aku tak bertanyakan perkara itu.

Petang itu. Aku balik agak awal. Bila awek che’gu sms memaklumkan ada kesan darah semasa membuang air. Dalam hujan petang, aku sampai 30 minit selepas sms yang diterima. Selepas mendapat khidmat nasihat dari mak dan ayah, kami bersependapat masanya belum tiba lagi. Tarikh yang ditentukan doktor pun ada seminggu lagi.

Malam itu, kami menikmati pizza hut sebagai hidangan malam. Sekali sekala makan malam diluar berdua. Lagipun, aku rasa aku perlu melayan awek che’gu lebih baik lagi selepas apa yang dilaluinya semalam. Dalam pada itu, kami sudah mula mencongak dan mengatur perancangan untuk menetap sementara di rumah mak ayah di Sg Buloh. Sekurang-kurangnya ada juga yang boleh tengokkannya tatkala aku di opis.

Pagi Jumaat keesokannya, awek che’gu mengadu kesakitan lagi semasa kami bangun untuk solat Subuh. Mulanya diminta hantarkan saja ke rumah mak dan ayah di Sg Buloh sebelum aku pergi ke opis, tapi memikirkan segala kemungkinan yang boleh berlaku, aku putuskan untuk kami terus ke hospital sahaja. Saya EL hari ini. SMS aku pada En Boss dan rakan di opis.

“Anak nombor berapa nie bang… Jangkanya bila bersalin”. Itu antara soalan yang kami utarakan sesama sendiri. Kumpulan suami-suami yang menunggu isteri di dewan bersalin. Masing-masing beri sokongan dan berkongsi segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada. Walau jelas, masing-masing tidak keruan. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap keluar menghirup angin luar.

Menurut doktor yang memeriksa, ianya masih awal lagi walau tandanya sudah ada. Dan kami diminta menanti. Lagi dan lagi. Sementara doktor terus memeriksa dari masa ke semasa. Hinggalah ke malam hari, awek che’gu diminta bermalam di hospital sahaja.

Selepas Subuh, aku segera ke hospital. Keadaan awek che’gu aku lihat masih sama. Kalau boleh ingin diminta pulang segera. Berehat di rumah pasti lebih selesa andainya masanya belum tiba.

Tapi doktor punya pemikiran yang berlainan. Ketika jam hampir ke sepuluh pagi, awek che’gu mula dibawa ke bilik bersalin. Aku semakin gugup bila mengetahu saat itu makin hampir. Prosedur di Hospital Sg Buloh tak mengizinkan suami bersama menemani isteri di saat meyambut kelahiran orang baru. Aku cuma menunggu di luar. Membaca surah-surah Al-Quran yang aku ingat. Separuh Yaasin. Separuh AlMulk. Dalam gementar bacaan aku tak lancar dan sering tersekat-sekat. Akhirnya aku bacakan saja surah lazim (itulah. Lidah dan hati nie lebih mudah lancar hafal lagu saja)

Akhirnya. Jam 3 baru aku dimaklumkan, awek che’gu dah selamat melahirkan puteri sulung kami pada jam 2 tadi (katanya, ini juga prosedur hospital untuk membersihkan bayi terlebih dahulu sebelum memaklumkan pada keluarga)

Dalam rasa gembira dan penuh kesyukuran, aku laungkan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sambil air mata mula bergenangan. Dipangkuanku adalah zuriat kami yang lahirnya mengukuhkan ikatan kasih sayang. Ia adalah amanah kepada kami. Untuk mencorak dan mewarnakan ‘kain putih’ itu.

Ah Lan Wa Sahlan Sayang. Jadilah anak yang solehah. Seperti doa ayah dan mamamu sepanjang hari.

28 ulasan:

Penoreh Getah berkata...

alhamdulillah.. selamat.. tahniah

cikin berkata...

tahniah lagi sekali en kemat. jangan lupa tepek gambar ye. ;)

Amy Z! berkata...

Syukur. Alhamdulillahh~ Tahniahhh!! Jaga awek che gu baik2 dlm pantang tu. :-) Tahniahhh!!

hegira berkata...

tahniah ya. jadi bapa dan suami yang baik.

paiseh berkata...

tahniah incik kemat..
selamat berjaya ke alam bapak..!

Po berkata...

Tahniah Kemat...

tahniah.

selamat menjadi bapak, menjadi ayah, menjadi ayah, papa, dedi dan sewaktu dengannya.

Ingat 100 hari.

Semoga Tuhan memberikan rahmatnya kepada kita semua dalam meramaikan Ummat Muhammad.

faridmw berkata...

salam..
tahniah..
semoga anak yang dilahirkan itu menjadi anak yang solehah dan berjasa pada ibubapanya...

blokdrive berkata...

Shahdunya.. huhu.. Alhamdulillah. Segala telah dipermudahkan

shasha berkata...

issskk...bergenang air mata baca entry nih....seronok ek dapat baby...

GDIZ berkata...

tahniah..terkedu sekejap bila dh sudah baca.:) jgn lupa letak gambar. nk nengok ...

tasikmerah berkata...

lepas ni tak lena tidur malam la kamu bro.... :)

cida berkata...

congrats mr kemat

kemat berkata...

penoreh getah:
terima kasih

cikin:
ada kesempatan saya kongsikan gambar Husna di sini

amyz:
terima kasi amyz

hegira:
yap..tq

paiseh:
besar tanggungjawab melangkah ke alam bapak nie

Po:
100 hari..alahai

faridmw:
thanks

blokdrive:
syukur

shasha:
jgn berhenti berdoa.

gdiz:
saya pun sedih bila terkenangkan apa yg dilalui

tasik merah:
tak mengapalah..dah jadi tanggungjawab kami

cida:
thanks

kingbinjai berkata...

tahniah semoga murah rejeki

Tanpa Nama berkata...

Sedihnya kemat aku baca blog ni. Kimsalam wife kau yer. Nanti kalau kau turun kl, bawaklah aku jumpa baby & wife kau.
Rugi kau tak dapat tgk dan amik video sekali kan. Kalau tak, aku sure kau lagi sedih tgk betapa susahnya melahirkan anak. DAYAT

@yue berkata...

taniah....

DeeN berkata...

Tahniah.
Tahniah.
Moga kehadiran cahayamata menambah keceriaan kamu sekeluarga. Mudah2an murah rezeki selalu.

adledash berkata...

ASSalamualaikum...

sebak dan terharu baca entry ni..sbbaik x nanges jek..hehe..kemat ni memang berhati lembut dan tulus...anak tu amanah rezeki dan anugerah...smoga menjadi anak solehah dan muslimah yang baik...amin~

nnti nk tgk gbr baby ye~

WASsalam~OUT

Lan Rambai berkata...

tak tahu pulak aku hosp sg buloh yg baru tu tak benarkan suami masuk sekali. bini aku kena bedah kat situ.. so memanglah tak boleh masuk. lepas ni ko kena carik hosp lain yang benarkan ko masuk sekali. aku gerenti ko takkan carik lain kalau ko tgk betapa susahnya awek chegu nak lahirkan anak ko!

cikdinz berkata...

jangan lupa taruk gambar baby nnt...

zwitterion berkata...

Tahniah..:)

akirasuri berkata...

Tahniah.. Hamdallah! :)

Mazarina berkata...

tahniah. awek che'gu dh melahirkan...hepinya die..:p

kemat berkata...

kingbinjai:
terima kasih

dayat:
aku lagi terharu bila korang turut terharu

@yue:
thanks

deen:
thanks

adledash:
saya bercerita bukan mohon simpati..cuma sekadar berkongsi

lan rambai:
tak der hajat nak cari satu lagi laa Lan

cikdinz:
ok..nanti saya usahakan

zwitt:'
tq :)

akirasuri:
hamdallah


mazarina:
hepi sangat

izinni berkata...

hmmm ... hospital serdang hospital kerajaan jugak tapi benarkan suami berada sama di bilik bersalin.

pastu elok lepas bersalin je, nurse terus inform suami, tapi ya kena tunggu dulu sebelum boleh diazankan sebab baby akan dibersihkan dulu. takde lepas sejam baru diberitahu. hmmmmm ...

apa2 TAHNIAH sekali lagi ya.

mana gambarnya? :D

adledash berkata...

haha! kemat ni..ade ke kata mohon simpati..siriyes ni cth cerita terbaik yg bley dibaca oleh bakal2 bapa kat luar sana...

walaupun sy x kawen lg..tp sy ske tgk org yg dh berkawen dan mula bina keluarga...smoga bahagia dunia akhirat sekeluarga!

WASsalam~OUT

antalya berkata...

uhuh pedih mata tak kelip2 baca entry ni..teruja

skidg8 berkata...

tahniah kemat:)

semoga Allah merahmati kemat n kuarga...amiin:)