Rabu, November 05, 2008

Apa Ada Pada Nama

“Kalau lelaki namanya Ali. Kalau perempuan namanya Aminah”

”Isshh.. tak bestlah A. Nanti exam kena duduk depan”

”Kalau Zakaria dan Zakiah”

”Z. Belakang sangat tu. Bosan tunggu giliran nanti”

”Pulak”

Kata orang. Ada apa pada nama. Tapi namalah perkara asas yang membezakan kita.

Aku Farid. Kamu Faridah. Tentulah berbeza jantinanya.
Aku Abu. Kamu Ah Chong. Tentulah berbeza bangsanya.
Aku Kamal. Kamu Marcelo Gonzales. Tentulah berbeza negaranya.

Nama panjang yang diberikan. Kamu pendekkkan.
Nama melayu diberikan. Kamu ‘mat saleh’kan.

Tak kisahlah. Selagi punya nama.
Kamu masih dihormati.
Tiada panggilan ‘hoi’ sahaja.

Nota: Masih tercari-cari nama yang bermakna.

14 ulasan:

blokdrive berkata...

bila due nya encik kemat?

cikin berkata...

kalau pompuan jgn letak nama 'liepanbetina' pulak ye. hahahaha.

try carik nama kat sini http://name.crazyartzone.com/. ;)

paiseh berkata...

hmm.. aku ada angan2 nak taruk nama anak pompuan sempena nama ex2 scandal... mustajab tak?

Kujie berkata...

zaman skrg ni keluarga beranak sikit - paling ramai 4 sebab tu ramai yang letak nama anak panjang²...sorang ada 3 perkataan

contoh : lipan bara cute

kalau anak 4 dah 12 nama...
haha...kan rasa mcm ramai anak juga.

puterikurekure berkata...

comelnyeeeeeee......
wah..mesti tgh excited kan?

tasikmerah berkata...

kemat junior. amacam? ha ha.


.

Lan Rambai berkata...

aku x pernah cari nama anak. aku serahkan 100% pada bini aku utk cari dan pilih sebab dia yg susah payah beranakkan mereka

madulebah berkata...

nama isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi kan sedap-sedap juga

GDIZ berkata...

walaupun byk nama2 moden yg sodap2 skrg ni...tapi nama dolu2 tetap menjadi pujaan.:)maknanya pun ok.

Boy ke gurl en. kemat?

antalya berkata...

carik nama best2 ye incik...eh dah bersalin ke?

kemat berkata...

saad:
bulan nie haa.. dalam cuti sekolah..cuak gak aku sekarang nie.. tak tentu arah

cikin:
thanks for the links... berguna

paiseh:
jgn cari penyakit dude

kujie:
kalau camtu saya nak taruk 5 perkataan lah..hehe

puterikure2:
excited + cuak..pertama kali

tasik merah:
mat saleh sangat

lan rambai:
aku setuju ngan pendapat kamu

madulebah:
aha..betul tu ustazah noorhanida shaari..

gdiz:
hawa

antalya:
menghitung hari

Amy Z! berkata...

Cari nama yang punya makna yang baik untuk anak. Supaya dia rasa sangat dihargai dan tidak dimalukan.

Ada kawan seorang ni, namanya sangat kasihan~ Lambak bin Tompang. Aduh~~~

shasha berkata...

heheh...mesti seronok cari2 nama ngan awek che'gu kan...?

izinni berkata...

letak saja siti hawa :D