Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Rabu, Disember 31, 2008
Azam
"Nak yang terbaik"
"Dah fikirkan cara nak capainya"
"Berikan yang terbaik"
"Contoh"
"Lebih dedikasi, efisen dan tidak bertangguh dalam pekerjaan"
"Bagus. 2hb nie kamu kerja kan"
"Aha. Selaras dengan azam baru saya".
"Elok la tu. Sebab yang lain bercuti 2hb nie, kamu kena la pergi meeting nie, pastu berikan maklumbalas nie 2hb nanti dan jangan lupa siapkan tugasan tu minggu nie jugak"
"Huh"
"Err.. nak tukar azam boleh tak"
Isnin, Disember 22, 2008
WARNA HATI
Apa warna hatimu
Kala sedih
Kala ceria
Kala duka
Kala ketawa
Kala resah
Kala pasrah
Kala risau
Kala tenang
Kala susah
Kala senang
Merah
Biru
Hijau
Jingga
Coklat Hitam
Kelabu Ungu
Putih Susu
Atau pelangi coraknya……
Jumaat, Disember 19, 2008
JAWAB ’M’ (DOKTOR CINTA)
Mat Bon & Esah,
Carilah titik pertemuan
Dalam garisan perbezaan
Di situ hati kamu bersatu
Di situ mulanya cinta kamu
Binalah satu persatu
Tak perlu terburu-buru
M,
Doktor cinta kamu
Khamis, Disember 18, 2008
TANYA ’M’ (DOKTOR CINTA)
M....
Bolehkah cinta kami bersatu
Mat Bon : Suka makan petai
Esah : Suka makan salad
Mat Bon :Suka minum kopi
Esah :Suka minum susu perisa strawberi
Mat Bon : Suka tengok filem perang
Esah : Suka tengok filem romantik
Mat Bon : Suka baca buku...aaa...buku aa..(mat bon tak suka membaca)
Esah : Suka baca novel cinta
Mat Bon : Suka dengar lagu rock (rock kapak pun rock jugak)
Esah : Suka dengar lagu puisi
Mat Bon : Malam Sabtu, nak tengok bola
Esah : Malam Sabtu, nak tengok cerekarama
Yang benar,
Mat Bon & Esah
Selasa, Disember 16, 2008
DI RUMAH MERTUA
Aku kata ”Di rumah mertua. Bapak mertua siap ubahsuai buatkan satu bilik untuk kami”
”Wow. Nasib bapa mertua ngko tak buatkan rumah sekali untuk korang”
”Hah. Itu dah macam dapat betis minta peha”.
Ada juga yang tegur, sejak dah jadi bapa, bau baby melekat kuat pada aku. Mesti selalu dukung dan peluk anak nie.
Tidak juga. Aku punyai alasan lain. Barang-barang toiletries aku kecuali berus dan ubat gigi semua kat rumah flat kami di DD. Terlupa nak bawa masa lepas bersalin dan balik ke rumah mertua. Jadi, aku terpaksa guna barang-barang baby. Bedak baby. Syampu baby.
Nota:
1. Terima kasih pada keluarga mertua yang bersusah payah sediakan bilik untuk kami. Husna cucu sulung mereka.
2. Harap tiada yang cemburu kalau dikatakan bukan setakat bau, kulit tangan aku pun dah sehalus bayi. Hehe.
Jumaat, Disember 12, 2008
HADIAH: PELANDUK 2 SERUPA
“Terima kasih atas kiriman hadiah perkahwinan tu” kata kawanku di satu pagi.
“Sama-sama. Maaflah, tak dapat hadir”
“Tak mengapa. Janji dapat hadiah kan” katanya sambil tergelak-gelak.
“Tapi”. Ayat sambungannya mematikan gelak kami.
“Kenapa pulak. Tak suka cadar tu ker”. Kali nie aku hadiahkan cadar pula pada rakan. Harap tak mengganggu ‘mood'nya juga.
“Hadiah sama la. Itu hari masa hang kawin pun aku kasi cadar gak. Corak bunga dan warna pun sama. Beli kat Jusco jugak ek”
“Hah, yer ker. Camner lak leh sama nie. Tak perasan pulak”
Memang cadar tu aku beli kat Jusco. Bungkus pun guna wrapper Jusco. Sebab tu la agaknya dia tau. Aku sendiri pun dah lupa hadiah yang aku dapat dari dia. Bukan tak menghargai, cuma keliru siapa hadiahkan apa.
“Kira kita seri lah ek”
“Aha. What you give me you get back. Hehe.”
Rabu, Disember 10, 2008
Bedung
“Kenapa kena bedung ek” tanya aku setelah awek che’gu selesai bedung Husna, puteri kesayangan kami itu.
”Supaya tidurnya lebih lena. Bila dibedung, dia akan rasa dirinya lebih selamat dan selesa seperti didakap dan dipeluk erat” ujar awek che’gu.
“Tak panaskah dia” rasa simpati melihatkan jasadnya terkongkong di sebalik kain bedung itu.
“Janganlah bedung kuat-kuat sangat. Longgarkan lah sikit ikatan tu”
”Bayi nie baru keluar dari perut maknya. Jadi dia akan rasa tak selesa jika terdedah begitu sahaja. Bedung nie dapat buatkan seolah-olah ada pelindung buatnya dari suhu dan suasana persekitaran yang asing baginya. Tak lah mudah tersentak dan terjaga tika tidur nanti” kata mama menjelaskan petua warisan turun temurun tu.
Hujan malam nie lebat. Tak berhenti-henti. Aku gulung selimut sekeliling badan.
”Sejuk ker” tanya awek che’gu.
”Nak praktis bedung” kata aku dari dalam selimut.
Isnin, Disember 08, 2008
"Pah...Butang baju abang mana Pah"
Sejak kehadiran Husna, gelaran awek che’gu pun bertukar. Kadang-kadang, aku memanggilnya sebagai mama Husna. Kadang-kadang. Selebihnya gelaran biasa semasa kami berdua dulu.
Dari rumah mertua, aku kembali ke rumah flat kami di Damansara Damai untuk mengambil baju melayu untuk dipakai masa Aidiladha nanti. Kalau dah berbaju melayu untuk edisi raya, mesti lengkap ngan sampin dan songkok. Tak lupa juga butang baju melayu.
Tapi kat mana pulak aku letak butang baju melayu nie..(atau lebih tepat kat mana awek che’gu selalu simpankan butang baju melayu aku)
Dah 10 minit cari, masih tak jumpa.
”Butang baju melayu kat mana”. Aku via sms. Pada mama.
Plap.. aku tepuk dahi. (perlahan jer, kalau kuat kang sakit plak)
"Nak buat apa ngan butang baju melayu bapak ngko nie. Nak pakai raya beli la satu”
Hehe.. Silap hantar da...
Salam Aidiladha.
Khamis, Disember 04, 2008
Kahwin: Lampu Tidur
Aku sms pada 4-5 kawan yang rapat bertanyakan siapa yang confirm pergi. Nampaknya, ramai juga yang tak dapat hadir. Dengan alasan dan komitmen tersendiri. Lalu kami putuskan, untuk kirimkan sahaja hadiah. Kongsi ramai-ramai. Usop, yang hadir mewakili kami dipertanggungjawabkan untuk beli hadiah.
“Err.. nak beli apa nie” tanya Usop.
“Alah. Ngko pergi jer IKEA. Beli lampu tidur pun ok gak”
Usop boleh tahan tastenya. Jadi bila dia kata dia bila lampu tidur yang best giler kami rasa memanglah best giler hadiah kami. Pasti cantik, menarik dan nampak mahal lampu tidur Usop beli. Tak lupa disertakan kad ucapan kecik yang ada nama kami (rugilah beli mahal-mahal, pengantin tak tahu plak sapa yang kasi) beserta ucapan ringkas “Tahniah. Dah ada isteri, jangan lupa kami”.
Kelmarin. Sempat juga aku telefon si pengantin baru bertanyakan perkhabarannya sebagai suami. Katanya, hadiah lampu tidur yang kami beri cantik sekali. Tapi terpaksa digunakan sebagai lampu di ruang tamu sahaja.
“Eh, kenapa. Ngko dah ada ker lampu tido”
“Tak jugak. Tapi, bila aku letak kat bilik tidur, asal nak tidur jer teringatkan korang. Tak best langsung”
Haha. Lampu tidur kami ganggu mood kamu yek…
Selasa, Disember 02, 2008
Penampilan Istimewa
Nota: Terima kasih kepada Lan Rambai yang hadiahkan gambar ini.
Rabu, November 26, 2008
Dari Rumah Sakit
Lantaran itu, awek che'gu dan baby Husna terpaksa di tahan sementara doktor buat segala ujian pengesahan dan mengesan punca sebenarnya. Dari ambil darah, hinggalah ke x-ray, ecg, echocardiography test, CT scan dan segala bermacam ubat terpaksa awek che'gu telan.
Setakat ini, keputusan yang diperolehi semuanya ok. Tiada apa yang merisaukan. Sepatutunya dah boleh keluar hari nie, tapi baby Husna pulak kena kuning. Maka, berkampunglah lagi kami di hospital nie.
Dah 6 hari kami kat sini. Melihat orang di katil sebelah datang dan pergi. Aku terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital. Cuti seminggu aku nampaknya abis kat sini jelah.
Selalunya bila sesi melawat, aku pasti datang dengan makanan dari rumah. Kat hospital mana nak dapat ikan haruan. Kalau ada sup pun, ketara sangat rasa perencah dia. Maka, kami bertukar hidangan. Awek che'gu layan hidangan dari rumah, aku pulak layan hidangan disediakan hospital.
"Eh.. nie saper pulak yang sakit nie" tegur jururawat tatkala aku tengah bersila atas katil layan nasi ayam. Awek che'gu...dia lebih selesa duduk atas kerusi setelah sekian lama asyik berbaring jer.
Duduk kat hospital atau dahulunya dipanggil rumah sakit lebih membuatkan kita rasa sakit. Kami berdoa, agar segera dibenarkan pulang. Bersama-sama.