Jumaat, Mac 23, 2007

Motornya Pancit

Hari ni jalan sedikit sesak ke tempat kerja. Sepanjang lebuhraya bertol NKVE dari Sg Buloh ke Jln Duta, KL, kereta bersusun. Bergerak perlahan-lahan. Tengok kete yg banyak cam koloni semut pulak. Hati mula merungut2. Ah. Kuala Lumpur. Awal2 pagi sudah membuatkan jiwa tertekan.

Dalam pemanduan perlahan, sempat aku memerhatikan ke kiri jalan ke arah lorong motosikal itu. Aku kira. Huh, banyaknya. Lebih dari 1o biji motor tersadai kat tepi highway gara2 tayar pancit. Timbul rasa kesian. Sekurang2nya aku hanya terperangkap dalam kesesakan jalan raya dalam kereta yg penghawa dinginnya masih berfungsi baik, tetapi mereka hanya mampu berdiri di tepi jalan menanti kedatangan mekanik jalanan.

Aku tak pasti. Bukan cuba menuduh. Tapi musykil. Terlalu banyak motor yg pancit. Rasa cam ada yg tak kene. Mungkinkah ada yg sabotaj. Menaburkan paku2 di jalanan. Siapa?? Kenapa??

Mungkin mereka rasa inilah peluang nak buat duit lebih. Yelah, di highway ini, kamu boleh kenakan caj yang berganda untuk perkhidmatan menukar tayar mahupun tiubnya sahaja. Kalau si pemilik tak bersetuju dengan harga tinggi yang kamu tawarkan, kamu biarkan sahaja mereka menolok motor itu tanpa sebarang rasa kasihan.

Aku tak mahu menuduh mekanik jalanan itu yg melakukannya. Tak kisahlah siapa dalangnya. Tapi mereka yang bertanggungjawab ini perlu memikirkan hari2 yang perlu dilalui oleh si pemilik moto ini. Kerna paku yg ditaburkan, mereka lewat ke tempat kerja. Duit dalam poket pun entah2 cukup2 mkan tengah hari nanti. Dah kamu kebas darinya.

Pihak konsesi lebuhraya perlu menilai perkara ini. Keselesaan pemanduan di lebuhraya yang kamu janjikan kepada pengguna tidak hanya kepada yang membayar tol sahaja. Nasib mat dan minah motor ini perlu kamu beri perhatian. Mungkin kamu boleh tetapkan panel mekanik motor dengan caj yang minima agar tiada pihak yang cuba mengaut untuk atas kesengsaraan orang lain.

Entahlah. di kota ini. Berbagai cara mereka mencari sesuap nasi. Tapi mereka lupa, yang mana halal yang mana tidak.

18 ulasan:

akirasuri berkata...

emm. kotaraya. banyak kesah debu-debunya. ibarat cerita zaman saya budak-budak dulu. debu-debu kotaraya. ya. kotaraya memang banyak debu, baik yang nampak mahupun tak nampak :)

banggugar berkata...

salam,
tumpang lalu disini boleh tak, nak tngok motor pancit dia,
salam kenal.
bang (",)

CikguAndey berkata...

rasanya memang ada yang tak kena bila pancit berjemaah macam tu. kesian mat-mat motor tu

kingbinjai berkata...

biasa tu. memang ada orang sabotaj, tapi tak tahula sapa

Tanpa Nama berkata...

biasa la tu bang.sebelum kau masuk keje dulu aku berulang dari klang ke damansara ikut nkve.sebulan 2-3 kali pancit kat nkve tu.pernah skali tu 2 kali pancit dlm satu pagi jer.paling murah tukar tiub rm15.tu paling murah.keluar rumah kol 630AM sampai opis kol 10AM.HAHA.

Tanpa Nama berkata...

sian diorg kan...kita hanya mampu berdoa utk mereka..mudah2an selamat semuanya...
tapi utk pihak berkuasa, kene ambik tindakan utk membendung perkara ni...

achik berkata...

mmg sabotaj la tuh...

13may berkata...

huh! kat penang pun bersepah camtu....

Tanpa Nama berkata...

saya sokong cadangan en.kemat. Raenya pernah masuk TV dulu berkenaan hal ini. Tapi, seperti biasa, sekejap sahaj diberikan perhatian. Sama jgk ngan kes teksi ulat kt area KLCC tu. Huhuhu. Sokong kemat ngan cadangan itu.

khairyn berkata...

kesian mereka.

Memang ada unsur sabotaj tu. Dari dulu lagi kisah ni dipaparkan tapi sering tak dapat respon yang sewajarnya.

Azhar Ahmad berkata...

Dah lama dah cerita nih cik kemat.... Tapi kan... Takkan tol punya orang tak tahu?

Pa'chik berkata...

udah nama pun kota lanun.

cam je muka tukang riper tu, jumpa lain kali belasah ngan kayu 2"4". baru dia tau. Mesti geng dia jugak yang buat tu.

ZaKiN berkata...

Penah lalui semua nih.. memang meka tabur paku pon.. hohoho ( tuduhan melulu )

Tanpa Nama berkata...

rasernyer memang sabotaj pon. xlogik la kalau bleh berjemaah pancit motor. kesian org2 yg teraniaya tu kan. yg tkg tabur tu fikir nk untung je. xberperikemanusiaan lgsg!

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sama banyak kali dah kena dulu,sakit hati tu memang tak terkira. Ada sekali tu aku terpaksa tolak moto 10km nak sampai rumah sebab hari dah malam mekanik sapu pun dah takde...

Aku Bukan Bidadari berkata...

Aku pernah bergaduh ngan mamat yang TOLONG tukar tayar motor beckham..

ayat aku : "abang kalau mahal nak mampus camni, abang pancitkan lah balik tayar motor ni bang" kalau nak untung pun skit2 dah lah bang.... sebab nya dia cas kami RM 35 utk tampal tayar motor.. Motor kami SKuter Elegance tu jer..bukan VIRAGO or CAGIVA MITTO!!so sejak incident tu..beckham bawa sendiri segala mak nenek benda utk tampal tayar ..

izinni berkata...

Oh! pernah terkena .. tapi itulah saat paling romantik antara aku dan suami. hehehheeh .. duduk berdua ditepi pembahagi jalan. ekekekkeke

Kemat berkata...

akirasuri:
suasah jadi alam flora kat kotaraya nie, banayak debu ek..

bang gugar:
salam perkenalan.

payakubor:
simpati dari kami yg berkereta

kingbinjai:
kene siasat nie

lenkali ko pakai tayar keteapi la Zam, baru susah nak pancit,hehe,itula alasan kamu bagi bila lambat masuk kje padahal kamu terlewat bangun kan..hehe

skidg8a;
saya tengah memikirkan tindakan yg sepatutnya, nak kne bawa ketengah perkara nie

achik:
kamu pasti

13may:
aah..atas jambatan tu

ise:
terima kasih kerna menyokong

khairyn:
sbb yg kat atas tu maner pakai motor, depa naik kete besar jer, itupun org lain bawak

azhar:
kat maner nak dilolong kan lagi masalah nie ek

pa'chik:
ingat nak kne rekodlah nama2 mekanik nie

maniq kayangan:
penah kene, huhu, saya turut bersimpati

cikin:
di kota, segalanya 'halal' pada mereka

benggong:
kne jadik mekanik sendri la lepas nie

aku bukan bidadari:
kalau beckham dah cekap tampal tayar, leh wat part time tu..hehe

izinnia;
kamu punya crita menarik disebaliknya..hhaha