Isnin, Mac 19, 2007

Membina Hijau, Hijau Membina

Minggu lepas, aku diminta menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Misi Membina Hijau. Aku tak berapa gemar sebenarnya menghadiri upacara/aktiviti yang tiada kaitan dengan tugasan. Yelah, tugasan di pejabat pun kamu terkejar2 nak menyelesaikannya, apatah lagi menghadiri majlis yang kamu sendiri tak pasti kaitannya dengan tugasan kamu ketika ini.

Sekurang2nya juadah minum pagi dan makan tengah hari free di majlis itu sedikit menggembirakan. Selebihnya banyak mendengar pembentangan dari pencinta2 kehijauan. Aku juga pecinta kehijauan. Cuma hari itu aku banyak jatuh cinta pada kumpulan tudung hijau yang ternyata satu pandangan yang mempesonakan.

Dengan tema 'membina hijau dan hijau membina', konsep membina hijau yang cuba diterapkan ialah aktiviti pembangunan yang diambil kira untuk mengurangkan pembaziran tenaga, air dan sumber disamping menyediakan persekitaran dalaman yang sihat serta menggunakan bahan binaan jenis mesra alam. Konsep ini boleh dilaksanakan semasa memerlukan kerjasama erat dan komitmen antara semua stakeholders dalam industri pembinaan termasuk environmentalist, microbiologist serta semua pengguna, penghuni dan pemilik bangunan untuk membina pembangunan yang mempunyai 6 kriteria seperti berikut:
  • Kemapanan Tapak
  • Penjimatan Air
  • Kecekapan Tenaga
  • Penjimatan Sumber dan Bahan
  • Kualiti Persekitaran Dalaman
  • Inovasi Dalam Rekabentuk
Aku tak pasti kenapa program sebegini diterajui oleh Puspanita (Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia). Mungkin ia satu pernyataan yang cuba dibuktikan oleh kumpulan wanita akan keprihatinan mereka dalam menyokong misi ini. Dan aku terasa janggal dan kaku berdiri dalam satu perhimpunan yang 70% dihadiri oleh golongan wanita ini.

Ketika sesi rehat disebelah tengah hari, aku disapa oleh seorang teman lama yang tidak sama sekali aku jangka akan jumpa di sini. Seorang perempuan. Ahli Puspanita.

Awek itu: Oiit Kemat. Kamu wat aper kat sini. Ahli Puspanita gak ker.
Aku : Err... tak. Tapi kalau boleh nak join gak. Cam best jer Puspanita nie. Hehehe.
Awek itu : Cheh. nakal tul Kemat nie. (sambil gelak2 mungkin membayangkan aku sertai Puspanita)

Nota 1:
Kehadiran aku ke bangunan milik Puspanita itu juga menghuraikan persoalan aku selama ini. Di bangunan Puspanita, juga disediakan tandas dan surau lelaki. Oo... ingatkan bangunan untuk pompuan jer selama nie.

Nota 2:
Kalau kamu berminat tentang kempen Membina Hijau, Hijau Membina ini, sila dapatkan info lanjut dari Puspanita, menrusi berita kempen ini di akhbar atau layari saja di ruang sawang tanpa batasan. Aku tak bloeh cerita lanjut kerana sibuk memikirkan idea2 untuk berblog ketika sesi taklimat itu. Err..jgn bagitau boss aku ek.





19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gatal la kemat nih...:D

Tanpa Nama berkata...

jap kemat. ape bende yg last skali tu. lupa nak padam ke? ke, mmg nak letak camtu?

*anak murid menanya...:)

kingbinjai berkata...

ada can tu kemat

izinni berkata...

alahaiii pompuan tu punya dialog .."Alah .. gatal tul kemat ni!" adehhhh tak membina langsung. hehhehehe

zwitterion berkata...

haha..pikir nak berblog jer, report boss.

Tanpa Nama berkata...

Aritu dirisik... arini masuk puspanita..apakah maksudnyer ini wahai encik kemat??? huhuhhu...

Pa'chik berkata...

kalau program ni dibentangkan kepada pengarah kampus tempat aku bersekolah dulu, nescaya akan dirijeknya.

dia. sindrom hijakuphobia. haha..

Tanpa Nama berkata...

Uik, cam Kempen Bumi Hijau anjuran Jabatan Pertanian yang sampai sekarang tak nampak impak.. hahaha...

Azhar Ahmad berkata...

Hohoho, aku cuba bayangkan, kat mana nak suruk misai hang yang anggun tuhhh

Aku Bukan Bidadari berkata...

huwaa mcm best jer.. best ke kemat?? hijau best ke kemat?? hah??

khairyn berkata...

betul ke kemat tak boleh join puspanita? hehehe

CikguAndey berkata...

boleh dipertimbangkan ni. Teringin juga nak nakal-nakal macam kemat

13may berkata...

kontrol kontrol:D

TedungS berkata...

yg cakap ko gatal tu, die nak ngurat ko tu kot... ewah!

Unknown berkata...

lorhh hijau yer.. hijau is mai pebret kalerr

Lan Rambai berkata...

itu kempen benci hijau sudah tukar kah? kalau itu macam.. banyak baguss.. marilah kita menghijaukan segala-galanya haha

Sunan_Jati berkata...

whahah.. very nice blogs...

akirasuri berkata...

hahak. nakal.

Kemat berkata...

skidg8:
tolong garu cik..heheh
err..tak brapa jelas ngan soklan kamu no 2 tu..

kingbinjai:
harap2nya

izinni:
kamu cam sokong lelaki jer

zwitt:
ssyyyy...

cikin:
saya lelaki. tulen lagi. konpem..haha

pa'chik:
ooo..takut hijau rupanya

orochi:
jabatan pertanian kne gun akan PUSPANITA sbg tarikan

azhar ahmad:
misai kne tebas hari2 la...

aku bukan bidadari:
aku suka yg pakai hijau..itu jer..hha

khairyn:
permohonan dah kne reject..

payakubor:
nakal2 ramai best gak ..jom

13may:
kontrol ayu, hehe

tedungS:
betul ker, aduh knapa aku x perasan itu ari

lan rambai:
alalng bukan berwarna hijau kan

sinan jati:
thanks

akirasuri:
hikhikhik