Sabtu, Mac 31, 2007

Kerana Saya Seorang Blogger

Aku tiada idea untuk menulis. Hajatnya biarlah tiada entri untuk seketika. Ketika melayari forum geng jurnal, ketemu soklan2 ini yg ditanyakan oleh Samurai di forum. Jadi, copy pastekan jawapan aku kepada soklan2 yang ditanyakan. Untuk tahu apa jawapan org lain, sila ke sini.

1. Kenapa kau jadik blogger?

Dah lama aku dengar pasal blog tu. Tapi tak tahu apa itu blog. Aku fikir ia ringkasan dari buku log. Suatu hari ada member opis aku tunjukkan dia punya blog. Huh, baru aku tahu, internet bukan setakat ada laman porno jer, ada benda yg lebih bermanfaat untuk kamu layari seperti laman2 blog yg kreatif ini.

Dan aku mula cuba2. Tapi masih malu. Entri permulaan hanyalah koleksi copy paste dari emel. Dan selepas aku mengenali sorang awek blogger nie, aku mula bertekad menghasilkan blog baru di komuniti baru. Ya, aku cuba nak menarik perhatiaannya dengan berkongsi minat blog dengannya. Malangnya, dia tak minat aku, cuma aku dah minat gila untuk berblog kini.

2. Kau blogger kategori apa?

Tegar. Mungkin. Hubungan aku dengan blog umpama makan kerepek pisang. Sekali makan, rasa sedap. Aku nak makan. Lagi dan lagi. Kejap2 aku berenti seketika minum air. (ketika aku tiada idea). Pantang ada masa, tak kira lapar atau tidak, aku akan makan kerepek pisang itu lagi. Suatu hari, bila terlalu banyak makan kerepek pisang, kamu akan berulang alik ke jamban. Ketika itu aku akan berehat dari mengambil seketika kerepek pisang. (Ketika aku berhibernasi dari dunia blog untuk tempoh yg agak lama). Tak lama selepas keadaan kembali pulih, aku cari lagi kerepek pisang. Entah. Mungkin suatu hari aku akan bosan dengan kerepek pisang. (Ketika itu aku akan berhenti berblog.)

Oh ya. Aku lupa bagitau. Walaupun aku suka makan nasi, tapi ia tak boleh dijadikan perumpamaan untuk aktiviti berblog seperti kerepek pisang. Nasi makanan ruji. Bloggers bukan kerjaya tetap aku. Ia cuma kegiatan sampingan bagi meningkatkan kreativiti pemikiran aku. Juga menambah kawan. Dan tak seperti nasi sepinggan yang hanya dimakan sorang2, kerepek pisang biarpun dalam paket yg kecil, masih boleh dikongsi ramai2 oleh kawan. Aku suka bila kawan2 juga menjamah kerepek pisang nie. lagi ramai makan, lagi best. kalau kerepek pisang aku punya dah abis, aku leh mintak kat kamu kan. Kalau blog aku bersawang, aku boleh melawat blog rakan2. Kan.

3. Kalau blog tak wujud, apa yang mungkin kau buat?

Ada dua perkara:

1. Aku mungkin dah jadi penyanyi glamer cam Mawi.. aku nak pegi sesi ujibakat Akademi Fantasia itu ari, tapi kerana leka berblog aku terlepas sesi ujibakat.

2. Aku akan masih menulis. Cuma tulisan itu pengakhirannya di tong sampah. Namapun contengan, pasti segera aku campakkan ke dalam tong itu bila habis ruangan di kertas itu penuh dengan contengan. Jika tulisan itu aku rasakan bernilai, ada unsur2 sentimental atau menarik susunan kata2nya, aku simpan dalam laci atau fail peribadi. Tapi bila tiba masa aku mengemaskini laci dan fail peribadi, tulisan2 itu aku buangkan jua akhirnya. Ke tong sampah itu.

Info: Geng Jurnal akan mengadakan piknik seperti di bawah. Maklumat tambahan leh rujuk sini. Jom pegi.

Nama Projek: Mengebur Di BB (Bukit Belacan)
Lokasi: Taman Rimba Ampang, Ampang (Bukit Belacan)
Tarikh: 7 April 2007 (Sabtu)
Masa : 10 Pagi - 2 Petang
Konsep : Pot-Luck Picnic
Pengangkutan : Berkenderaan sendiri/Menumpang kasih Dengan Kawan - ( Turun di Star LRT terakhir di Ampang, Hutan Rimba Ampang 5KM sahaja dari Pekan Ampang)

21 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kalaulah blogger itu bergaji...... :D

ZaKiN berkata...

wakakkaka.. betol tue BP.. kalo lah bergaji tak mungkin sehari pon ku tinggal blog ku bersawang ngan spiderman,superman & otromen..!! ekekke..

Sekarang sapa tak kenal incik kemat.. Blogger yang aktif dan kreatif.. hehhee( bodek nih bab nak mintak kerepek tue..!! )

Tanpa Nama berkata...

member kau tu terlupa nak tunjukkan blog porno.hehe.

kingbinjai berkata...

jumpa di sana

banggugar berkata...

salam,
agaknya kalau bergaji, berapa la sebulan ye..

(",)

Unknown berkata...

aku pon suka kerepek pisang. dan aku sentiasa suka makan kerepek pisang. aku sendiri tak tau bila aku akan jemu makan..

Azhar Ahmad berkata...

Kalo aku.. Aku akan jadi sasau kalau tak menulis sehari... AKu boleh jadi gila... Betullah kata mak aku... "Internet ngan kau cam laki bini, takde tenet memang kau boleh demam..."

Rie berkata...

hahaha hantu kerepek jugak ko nih.

Tanpa Nama berkata...

alamak..dahle tgh lapo ni..ade lak yg menyebut nasik ngn kerepek.. waaaa!!!

Pa'chik berkata...

Kalaulah blogger itu bergaji...... :D

err.. purp, orang yang berblog dari pejabat,kira bergaji la tu..

achik berkata...

kerepek pisang sgt best... berblog pun sgt best...


ps: 7hb tu harijadi saya... hahaha promote ;p

Tanpa Nama berkata...

aku pon dah seminggu tak updated. Tgh minum air la kot sekarang.:D

Tiada idea utk menulis dan mencetuskan idea. Mungkin perasaan tidak berape nk stabil. Tensen!

TedungS berkata...

aku blogger dan BELOGger heheh

izinni berkata...

kenapa aku jadi blogger?
huh! pa'chik ngan iman punya pasal laaa! lalalallala

Tanpa Nama berkata...

kenapa kita jadi blogger?
sebab kita nak minta kerepek incet kemat sikit. nak sikit!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini dah mcm kes kau tumpang mkn kerepek pisang org. Huhuhu..

Kemat berkata...

blackpurple:
kalau bergaji, tentu ramai dah tukar profession.dan kamu tentu kaya

maniq kayangan:
siapalah yg mengenali saya, insan kerdil di dunia maya tanpa batasan ini..

neeziee:
pelupa betul member aku itu

kingbinjai:
jgn lupa bawak pelampung itik itu yer..aku nak pinjam..,hehe

bang gugar:
boleh lah kurangkan masalah pengannguran nie

nilam:
kamu masih belajar, jgn selalu makan takut sakit perut..

azhar:
err..kamu dah berbini??

esis:
ada wat bisnes kerepek ker

cikin:
kamu suka kerepek gak ker..ingat layan mc D jer..heheh

pa'chik:
err..itu macam ker..tp mereka berblog di laur masa yg dibayar gaji..

achik:
selamat ulang tahun kelahiran terawal dari saya..

ise;
seketika berehat tak salah dude..comeback nnti ngan idea power punye

tedungS:
saya englsih tak berapa paham maksudnya dude

izinni:
pasal saper pun, janji layaann...

akirasuri:
ambiklah..jgn abiskan sudah

samurai:
kerepek kamu punya sedap sih..

Tanpa Nama berkata...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dismiss Slow Downloads Using NZB Files You Can Quickly Find Movies, Games, MP3 Singles, Applications and Download Them at Rapid Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB Search[/B][/URL]

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.xgambling.org/]001[/url] brake the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino bonus[/url] manumitted no deposit perk at the best [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino online
[/url].

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casino bonus[/url] hinder the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]online casinos[/url] unshackled no consign perk at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]www.baywatchcasino.com
[/url].

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.onlinecasinos.gd]casino[/url], also known as celebrated casinos or Internet casinos, are online versions of red-letter ("buddy and mortar") casinos. Online casinos concurrence gamblers to make and wager on casino games being the Internet.
Online casinos customarily remodel away up as a replacement necessary to the particulars that friendly odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos contend higher payback percentages during unawareness automobile games, and some mutate known payout tome audits on their websites. Assuming that the online casino is using an aptly programmed unsystematic epitomize up generator, facts games like blackjack control an established congress edge. The payout charm duty of these games are established lifestyle the rules of the game.
Uncountable online casinos sublease or procure their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Supranational Tactic Technology and CryptoLogic Inc.