Dalam ramai2 yang aku kenali
Dia adalah pencuri
Yang mencuri hatiku ini
Entah kenapa
Entah bagaimana
Dia berjaya mencuri
Hati yang sekian lama tak terusik
Yang sudah lama seaakan tak berdetik
Aku biarkan saja
Dia membawa lari hatiku yang satu
Jauhnya beribu batu
Kerna aku tahu
Sekurang2nya hati ini
Yang selama ini penuh berdebu
Kini mampu bersinar
Dalam jagaannya
Kamu
Iya kamu
Kamu yang membacanya
Kamu yang mendengarnya
Pernahkah merasakan hidup tanpa hati
Aku merasainya
Sengsara, penat..sungguh..
Tanpa hati
Hidupmu tak keruan
Kau mula terbayang2 wajah pencuri
Dalam mimpi malam yang kelam dan pekat
Suaranya terngiang2 di gegendang telinga
Biar ditekup
Kuat dan rapat
Hidupmu tak seperti dulu lagi
Lalu...
Suatu hari..
Aku putuskan
Mencari dan mengenali dgn lebih dekat lagi
Si pencuri hati
Ingin ku mohon hatinya
Sebagai galang ganti
Hatiku yang telah dicuri
Mengisi kekosongan dalam diri
Katanya
Hatinya masih muda
Belum cukup tegar untuk diberikan
Padaku yang tidak menunjukkan keyakinan
Sebagai penjaga yang dipercayai
Aku tekad lagi
Kalau dia tak memberi
Aku ku curi hatinya
Sedikit demi sedikit
Sehingga dia rela menyerahkan
Sepenuhnya.. seikhlasnya
Aku benar2 berharap
Masih dapat memiliki
Namun cukup sukar untuk aku tembusi
Bilik kebal hatinya bersemadi
Andai benar dia tak ingin aku miliki
Hatinya yang disayangi
Pulangkanlah hatiku yang kau curi
Wahai si dia
Pencuri hati
p/s :
Ketika bercuti semalam, aku berkesempatan mengemas bilik bujang sambil menilik2 album lama. Entah bagaimana terjumpa puisi ini terselit antara helaian album itu. Sudah lama. Berbulan yang lalu aku nukilkan puisi ini di atas kertas tisu berlogo'n Mc D. Kenapa atas kertas tisu. Kenapa Mc D. Aku dah lupa hari2 itu.
Sepatutnya aku siarkan puisi tu kata sini dulu. Tapi entah kenapa aku lupa menyiarkannya. Atau ada sebab aku tak siarkannya. Aku sudah lupa. Mungkin puisi ini tidak diperlukan lagi. Kerna ceritanya sudah berbeza. Ia cuma kisah lama. Aku cuma ingin berkongsi. Dah lama tak berpuisi. Dan aku, belum ada idea lain tentang entri hari ini.
Sepatutnya aku siarkan puisi tu kata sini dulu. Tapi entah kenapa aku lupa menyiarkannya. Atau ada sebab aku tak siarkannya. Aku sudah lupa. Mungkin puisi ini tidak diperlukan lagi. Kerna ceritanya sudah berbeza. Ia cuma kisah lama. Aku cuma ingin berkongsi. Dah lama tak berpuisi. Dan aku, belum ada idea lain tentang entri hari ini.
22 ulasan:
satu komen dari aku tentang puisi ni
ia adalah sebuah puisi yang sungguh...
panjang!!
Kesian..ada insurance coverage tak? hehe
kurasakan ku dikelilingi jejaka-jejaka yang dirampok hati ... syahdu syahdan sungguh.
errrr ... ko nak penderma hati tak?
kisah lama yer...?
jadi..bagaimana kisah yg terbaru, siapa pencuri nyer?:)
Kamu
Iya kamu
Kamu yang membacanya
bila aku baca sampai part ni tiba-tiba hati aku berdebar-debar. Adakah kau jatuh cinta pada aku. Hahaha
encik kemat,
macamana orang tak ada hati boleh hidup? Uih! larrrriiiiiii.
en.kemat,kl tak der hati macam maner tahi nak berwarna? ;D
pergi amik balik hati tu.
Best lah puisi/sajak itu.
kasihan kemat, hatinya dicuri. jadi skang ape status pencuri hati tu? masih bergelar pencuri atau sudah begelar perompak? heheh...
ingatkan kisah terbaru... ;p
berhati-hatilah lain kali supaya tak dicuri hati...mcm mana nak hidup kalau tak de hati.
aku suka makan hati ayam masak rendang... sedap oooo
wow, aku tak sangka
rindu..
siapa kata indah
bila menjengah
terasa payah
resah gelisah..
cinta..
siapa kata bahagia
bila terluka
terseksa merana
cerita derita..
p/s: en kemat, slmt berkenalan.
kisah seekor lipan : satu blog dgn warna latar belakang hitam-kelam, tapi penuh dgn cerita warna-warni seperti pelangi..itulah kehidupan :)
jiwang!
sekian.
kau curilah hati org lain pulak.... mana tau menjadi...
DAYAT
by this time .. musti muka dan tubuhmu sudah kekuning-kuningan kan?
errmm. indah puisi ini.. ingat tadi untuk saya.. hahhahha.. gurau erk.. lama tak kemari. harap sihat dan bahagia..
ko ni memang sesuai jadi bapak percintaan lahhh haha
Mawar berduri????
Hukum mencuri potong tangan tau..hik3
waduh !
kok bapak kayak sentimentel banget deh !!
hati nya dirampok ya ? curi di panggil rampok , orang mencuri di panggil perompak ..
udah macam bunyi kes jenayah berat ini ..mau di panggill 999?
..sihat ? lama kak jun tak jengah sini ..
memang encik kemat ni doktor cinta la:)
pa'chik:
komen kamu sungguh
saspens
iman mawaddah:
ada..perlindungan takaful..25%...
izinni:
ada yg sudi ker:
skidg8:
pencuri terbaru..hhehe
payakubor:
:)
khairyn:
ramai apa yg takder hati..bukan setakat hati, perut pun tak der..refer ayat drama, "kamu nie tak der hati perut langsung"
ise:
warna tahi jika hatinya bersih apa ek..kalau hati busuk warna apa plak..
cikin:
dia dah tak bergealr pencuri..sudah insaf katanya
achik:
luka lama berdarah kembali daa..
zwitt:
tapi kadang2 saya cuba jadi pencuri hati..boleh ke..
benggong:
jgn selalu makan hati..kata org3 tua..organ dalaman tu
kingbinjai:
air yg tenang jangan disangka tiada buaya..apa aku repek nie
tanpa nama:
susah nak berkenalan jika kamu tak bernama..anyway ayat yg indah.. ada blog tak
akirasuri:
sekali sekala
sekian
dayat:
aku dah cuba banyak kali..gagall..
izinni:
heheh
maniq kayangan:
selamat kembali..ke mana lama menghilang..mengubat hati ker
lan rambai:
lum kawen dah lekat gelaran baper nie
paqlee:
duri mawar cukup tajam
jun:
selamat bertandang kembali..saya sihat..moga kak jun sama juga
13may:
lepas nie letak nama Dr Kemat lak..heeeh
Catat Ulasan