Rabu, Mac 29, 2006


Beranikah anda menJEBATkan diri?

Semalam, liepan berkesempatan menyaksikan pementasan teater Jebat karya Dr. Hatta Azad Khan. Secara keseluruhan persembahannya bersahaja tapi penuh dengan sindiran dan maksud yg tersirat. Sekurang2nya malam tadi aktiviti liepan di pulau mutiara ini agak berlainan..selain dari melihat siling di rumah..atau menatap skrin laptop di pejabat..atau beriadah untuk kesihatan, liepan dah boleh bersosial minda pula.

Sebenarnya malam tadi adalah satu kebetulan. Liepan cuma m’dengar khabar angin akan kisah pementasan ini. Terjahan liepan ke tempat pementasan mengiyakan perkhabaran. Sememanya dunia teater memerlukan satu medium untuk menyampai’n pada masyarakat luar akan kewujudannya. Entah kenapa pementasannya tidak digembar-gembur’n... apakah mereka ini takut akan kehadiran mata2 yg tidak tahu menilai teater lalu melabelkan pementasan mereka sebagai karut dan membosan’n...maka mereka lebih senang pementasan ini disaksikan oleh wajah2 serupa yg tidur makan mereka diselang seli dengan bicara teater ...

Liepan kongsikan sedikit pandangan tentang pementasan JEBAT ini. Mungkin ada pembaca dr Penang yg punyai hasrat menyaksikan atau bereksperimen dengan dunia teater ini. Teater percuma ini masih boleh disaksikan mlm ini(29/03/06) di Auditorium P.Ramlee jam 8.30 malam. Liepan cuba ingin membantu memfofular’n teater ini agar semangat penggiat teater tidak pernah luntur untuk membongkarkan kepincangan masyarakat dari pandangan mereka. Kehadiran anda di pentas teater tidak melambangkan anda seorang yg sentimentalis, jiwang karat ala-ala New Boyz kalau itu yg kalian gusarkan. Teater hanya cuba mengajak minda melihat wajah masyarakat dari perspektif yg sering kita terlepas pandang dalam kesibukan tugasan seharian.

Teater Jebat mengangkat konflik penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan dan penindasan dalam sebuah organisasi demokrasi yang hakikatnya masih feudal dan berteraskan kuku besi. Semangat penentangan terhadap penindasan masyarakat dilaungkan oleh Jebat, namun suara yang mendukung keadilan itu dianggap sebagai penderhakaan. Jebat dilabelkan sebagai pemberontak oleh organisasi. Manakala masyarakat mula diperdayakan sehingga memandang Jebat sebagai musuh kepada masyarakat. Kesucian Jebat dipaliti oleh kekotoran najis kezaliman kuasa.

Liepan beranggapan mesej yg cuba disampaikan berjaya. Jebat menampilkan sejarah lama yg dipentaskan dengan unsur kemodenan. Jebat, Tuah, Bendahara dan Sultan Melaka segak berkemeja dan kot pejabat. Klimaksnya bukan pada pertarungan Tuah dan Jebat biarpun pada babak ini ia banyak menghuraikan segala jalan cerita dan sebab penderhakaan Jebat.Adegan silat suatu kemestian bagi melahirkan kemelayuan pada teater ini. Pergerakan keluar masuk dan teknik pencahayaan sedikit mengganggu kelancarannya. Watak Tuah dan Orang Amuk digambarkan secara satira tapi watak inilah yg menceriakan pementasan. Liepan suka akan Jebat. Jebat nampak hebat. Dialognya kemas. Secara keseluruhannya teater Jebat ini berjaya dan menghiburkan tapi jika ia berhasrat untuk bertanding dalam Teater Kebangsaan sepertimana yg dinyatakan di penghujung pementasan, banyak lagi yg perlu ditingkatkan.

Kisah Jebat dan Tuah cukup sinonim dengan jiwa Melayu. Kisah Jebat dan Tuah yang kita baca dalam sejarah lakaran Tun Sri Lanang sebenarnya masih hidup dan mewarnai kehidupan kita masa kini. Siapa sangka kita adalah Tuah..kita jualah Jebat itu. Sememangnya dalam jiwa Melayu itu terpahat semangat Tuah atau Jebat. Melayu Tuah adalah melayu yg taat setianya tidak berbelah bagi. Yang diatas perlu dihormati yang dibawah menjunjung titah tanpa membantah biar jiwa merana biar hati sengsara. Kerana titah Tuah sanggup mempermainkan cinta Teja, kerana titah Jebat saudara terdekat mati ditangan Tuah. Melayu Jebat lebih kasar akan perwatakannya. Bagi Jebat yang salah biarpun diatas perlu disanggah. Tuah pandai bermain silat tapi tangannya terikat. Bagi Tuah jiwa melayu jiwa hamba. Penuh budi bahasa dan taatnya tiada berbelah bagi. Jebat jiwanya lebih merdeka. Pantang mengalah dan berani mencabar hatta pembuat titah. Jebat merungkaikan ikatan hamba yang membelunggu dalam setiap tindakan. Membesar bersama2 meniti ranjau menjadi panglima Melaka tidak menjanjikan pengakhiran mereka serupa. Tuah kian disanjung dalam sejarah melayu sedangkan Jebat hanya sekadar pelengkap cerita. Benarlah kata-kata Keris Mas “Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan; hilang atau terbilang

Menjadi si Tuah bukanlah salah. Tuah diperlukan dalam organisasi. Jebat juga bukan sentiasa benar. Sesekali amarah Jebat mencetuskan kekalutan dan mengusutkan keadaan. Namun kehadiran Jebat perlu untuk mengingatkan mereka agar jangan bermain dengan api. Cuma andai benar apa yg dipentaskan..durhakakah Jebat ..berikanlah jawapan...

Jebat dan Tuah sememangnya ada dalam diri anda semua. Jika ingin menjadi Tuah, jadilah Tuah yg setianya bertempat.. jiwa hamba yang menunduk tapi merdeka. Jika anda kagum dengan Jebat, hayatilah sifat Jebat yang membela. Namun dalam senario dunia politik masa kini, dimana periuk nasi dijadikan pertaruhan tatkala prinsip dan maruah bukan bahan sanjungan, masihkah anda berani menJEBATkan diri...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku gi melaka ari tu aku bergambar ngan jebat.nanti aku tunjuk gambo kat ko.huhu

Tanpa Nama berkata...

kenapa eja
liepan bukan
lypan. bunyi sama jea kan.

Unknown berkata...

teringat konflik kejiwaan tuah dalam pementasan teater 'monolog'