Rabu, Mac 22, 2006

KiSaH SeEkOr LiEpAn........yang hampir terkenal

Ramai yg b’tanya..tak kurang yg t’tanya2…tak dinafi’n ader jugak yg x tanya atau x nak amik kisah langsung knaper blog ini diberi’n nama liepan…siaper liepanbetina tue..liepan jantan x der ker…aper citer keluarga liepan yg lain..atuk liepan, bapak liepan…..agak2 adik beradik liepan berapa ekor atau liepan nie hanya sebatang kara…kenapa tiada artikel yg m’cerita’n ttg liepan ini…lantaran itu diliham’n kisah seekor liepan ini di bawah pohon mempelam utk bacaan ringan semua lapisan. Segala nukilan ini tiada kene mengena sama ada yg hidup atau yg mati..inilah sebahagian cebisan cerita ttg aku seekor liepan..ya..kisah seekor lipan yang hampir terkenal...

Aku seekor liepan
Berkaki sembilan
Eh…. knapa sembilan
Bukanker kaki sepatutnye b’pasang2
Kalu x seploh, mungkin gak lapan

Aku seekor liepan
Dulu mase muda2 aku penah kemalangan
Gare2 merempit, aku t’langgar pembahagi jalan
Di atas jambatan on the way to Seremban
Sbb tu kaki aku hilang sebatang
Dari seploh, kakiku tinggal sembilan

Aku seekor liepan
Ikut IC aku dilahir’n di kg siam
Mukim Changloon dekat sempadan
Itu yg wat muka aku ader iras2 kacukan
Walaupun x sehensem DiCaprio, Tom Cruise atau Kemat Hasan
Tapi setiap yg memandang pasti t’tawan
Kerna aku adalah liepan ‘poojaan’
Atau aku jer yg dok perasan

Aku seekor liepan
Kini merantau ke Negri Sembilan
Sbb kat kg ku susah nak cari makan
Lagipunn sedara2 ku smua dah ilang
Dibawa arus banjir, khabarnya hanyut smpi ke Uzbekistan

Aku seekor liepan
Ingt nak cari keje tetap kat kilang
X dpt jd jaga, kurang2 jd operator pengeluaran
Tp sbb xder sijil darjah nam
Permohonanku ditolak tanpa belas kasihan
T’paksa la aku jd buruh binaan
Kulitku putih dah tukar jd hitam
X kisahla asal ader gaji leh makan

Aku seekor liepan
Berkaki lapan
Eh… knapa lapan
Td kata ader sembilan
Ohh..lupa nak ckp..
Aku skrg nak masuk simpang
Kne la angkt sblh kaki, kasi isyarat belok kanan
Liepan pun kne ikut undang2 jalan
Kalu kne saman korang bukan nk tolong bayar’n

Aku seekor liepan
Masih bujang belum b’teman
Nk kawin lum cukup duit hantaran
Baru skrg blajo menyimpan
Harap2 leh kawin thn depan

Aku seekor liepan
Ayam, itik, kambing smua aku kawan
Tp paling rapat ngan cipan
Mse kechik2 slalu kongsi teh secawan
Makan mee kari pun share satu pinggan
Aku x suka ngan toman
Adik bongsuku t’jatuh dalam kolam
Bukannyer nak tolong selamat’n
Tp terus dia telan sbg santapan

Aku seekor liepan
Kaki lapan atau sembilan
Aku sbnarnya x tau nk bilang
Walaupun x pandai cam korang
Hidupku tetap tenang dan aman
Sentiasa ku ingt org tua2 pesan
Jgn tunjuk ‘debe’ kat tpt org
Jaga diri jaga badan jgn salah makan
Bersikap jujur, amanah dan sopan
Barulah ‘mereka’ akan sayang

Oklah kawan2
Lain kali kita b’sembang
Maaf’n segala kekasaran
Coretan ini hanyalah gurauan
Menghiburkan hati yang tak keruan
X der niat nak kutuk bangsa liepan
Kerana semuanya makhluk Tuhan
Dibumi-Nya kita m’lengkap’n kitaran
Menjalan’n tugas yg telah diamanah’n…

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tanak tau..tidaakkkk...