Kawanku tunjukkan keratan akhbar ini (aku sertakan bersama..maner tau ader yg b'minat)...tanyanya knapa aku tak mencuba..mungkin tidak..aku tak menepati 2 syarat yg ditetapkan..pertama aku comot kedua aku dah 3 thun smbut jubli perak...
JEDDAH: Seorang usahawan wanita 62 tahun Arab Saudi menawarkan $2 juta riyal (RM2 juta) kepada lelaki yang sanggup mengisi kekosongan hatinya.
Bagaimanapun, kontrak perkahwinan itu terikat syarat tertentu iaitu calon bakal suaminya harus tampan dan berusia 25 tahun. Lebih malang, ikatan perkahwinan itu bakal terbatal jika si lelaki itu curang kepadanya dengan berkahwin lain, lapor Arab News.Buat masa ini, tawaran berkenaan masih terbuka tetapi tidak dipastikan sama ada ia khusus buat kalangan lelaki Saudi saja atau warga asing. Yang pasti, ia sudah cukup memeningkan kepala pencari jodoh, Ahmad Al-Omari, 36, yang mengakui sehingga kini masih belum menemui calon layak. “Ini adalah antara tugas paling mencabar saya sebagai pencari jodoh. Malangnya, sehingga ke hari ini, tiada lelaki idaman yang muda, tampan yang tampil. Apalagi terikat dengan syarat sebagaimana ditetapkan wanita itu,” kata guru sekolah dan pencari jodoh separuh masa yang sudah mengendalikan lebih 200 perkahwinan sepanjang tugas murninya menemukan jodoh sejak tiga tahun lalu.
2 juta untuk harga sebuah cinta..aku tak kata murah..aku juga tak kata apa yg dilakukan adalah yg terbaik..juga tidak menyatakan ianya salah..aku diam sajer..korang tak dengar bebelan aku kan..sepanjang kehidupan aku lum tentu aku dapat kumpulkan 2 juta ini untuk org yg aku cintai.. mngkin ader yg kater dia takkan bahgia kerana membeli cinta.. tapi sekurang2nya dia ada sesuatu untuk ditawarkan..lupakan keihklasan dan niat sebenar pembeli itu...
mungkin wanita saudi ini lebih beruntung..belum punyai cinta tapi sudah ada wang berjuta..kerana aku belum punyai kedua2nya...kita hidup di dunia realiti..usah bermadah dan asyik ngan mimpi..siapa sanggup makan 'cinta' hari2.. cuba korang masuk minang anak dara..pastu bila bakal bapak mentua korang tanya status pekerjaan kamu..beritahulah dengan hati yang tulus kalian adalah 'penyair' cinta..maka itulah hari terakhir kalian menatap wajah bapak mentua tercinta...jangan marah dulu..korang boleh cuba jika merasakan apa yg aku khabarkan adalah dusta..
1 ulasan:
Sampai 2 juta.. ini bukan membeli cinta tetapi membeli lelaki.
Catat Ulasan