Sabtu, Mac 25, 2006

Hanya 3 Minit Cuma...(entri yg tertangguh...)

Alamak..aku ker yg kne kasi opening speech..lamer ker..5 minit..arghh..kasi 3 minit dah la kot..komen aku kat organiser..sememangnya aku tak gemar berucap di depan khalyak ramai..aku lebih suka menjadi mereka yg dibelakang tabir sahaja..sebabnya aku leh jadi kalut, gugup, gelabah kalu berdiri di depan tatkala mata2 lain memberi perhatian terhadap apa yg cuba aku sampaikan..tapi kali ini aku tiada pilihan..kerjaya aku sememangnya memerlukan aku berdepan dengan situasi ini berulang kali..suka atau tidak aku perlu berdepan dengan tugasan ini...

alah..3 minit bukannya lama sngt..tapi 3 minit itu membuat'n aku tak lena tido malam..3 minit itu membuatkan hati aku tidak keruan..angin senggugut tiba2 menyerang..cuma 3 minit aku perlu berada di rostrum itu dan memberikan sepatah dua ucapan pembukaan..tapi dah 3 jam aku berjaga malam sebelumnya namun masih tidak kutemui sebarang ilham...3 minit selepas jam 6 pagi subuh hari aku dah terjaga..dan 3 minit sebelum jam delapan aku dah terpacak kat pagar depan USM...

segala idea buah fikiran yang berlegar2 di kepala aku sepanjg perjlnan semasa memandu segera aku terjemahkan atas kertas putih itu..hasilnya 3 helai A4 diperlukan untuk mengarang ucapan sekadar 3 minit itu..

Majlis dimulakan..debaran semakin kencang..3 minit yg diperuntukkan spt 30 minit yg perlu ditempuhi rasanya..dan pabila 3 minit itu telah berlalu aku kembali tersenyum untuk 3 jam yg seterusnya..senyuman yg panjang..senyuman kebanggaan penuh kepuasan..beban 3 minit aku sudah hilang..dan kini digantikan dengan keyakinan...

Penyampaian aku itu hari tidaklah sebaik yang aku harapkan..walaupun segalanya lancar..aku masih rasa ada kekurangan..Roslan Aziz pasti setuju jika dikatakan lontaran suara aku tidak begitu jelas, falseto aku lemah..vibrator yg sdikit kedengaran menguasai ruang...

aku pernah lakukan yg lebih baik dari hari itu..sekurang2nya sewaktu sesi pengucapan awam dalam kursus yg aku sertai di sg congkak pengakhiran tahun lepas..aku jeritkan suara dgn penuh bersemangat berhujah tentang keperluan pembelajaran berterusan dlm kehidupan..keadaan dewan yg senyap meyakinkan mereka memberi perhatian ttg apa yg aku cuba sampaikan...

cukuplah..sebolehnya aku tidak ingin berucap lagi..biarpun ia cuma 3 minit..biarlah aku jd penyedia teks ucapannya kerana aku lebih senang menulis dari menyampaikan kata2..umpama meluahkan hasrat hati pada gadis idaman..kerana aku ini jenis yg lebih suka berdiam dari berhujah kecuali terpaksa..aku lebih suka mendengar dari berkata2..sbb itu aku lebih senang memilih meluahkan segalanya di blog liepan ini..

dan hari ini sekali lagi kebolehan pengucapan awam aku diuji..memberi taklimat pengenalan pada sekumpulan jurutera dr IEM (kira2 dlm 40 org)....cuma perasaan malu aku sdikit kurang..aku belasah saja.... segala speech dan talk disampaikan dlm bahasa omputih(rata2 ahli rombongan berbangsa cina) sedangkan dr kechik aku dibesarkan dikg yg tak penah tau letaknya negara British itu...entah camner pg ini aku leh bercakap dlm bahasa omputih ini untuk tempoh lebih dari 3 minit..

aku tahu 3 minit itu akan sentiasa menghantui aku..3 minit itu akan berulang lagi untukku..3 minit itu adalah dejavu..dan untuk menulis entri sebegini..aku perlukan 30 minit tapi kalian hanya memerlukan 3 minit saja untuk membacanya..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ngeh ngeh ngeh ko ke yg handle pasal IEM tu..miahahahaha..bro turun KL minggu depan.gi book fest jom

Tanpa Nama berkata...

miahahaha ensem la lu kasik ucapan brader..

Kemat berkata...

neeziee: jom lepak kat pelancaran buku mat jan..tok rimau dan sinaganaga..aku memang nk jumpa depa nie..leh beli buku + sign autogerap skali..katanya ader hadiah istimewa..beg plastik percuma utk setiap pembelian..jumpa kat KL weekend nie..jgn off henpon..

aku ader bacer kat blog zaza org hensem tak ngaku hensem..maka aku cuma diam baca statement ko..

Tanpa Nama berkata...

aku dah plan ngan member dua orang kumpul kat klsentral.sorang tu bzzts.yg jmpa kat burger king tu.join skali jom?naik public transport la baru besss..