Kengkadang Menggigit Sesekali Tergigit. Cuba Menyengat Adakalanya Tersengat. Walaupun Perit Menahan Sakit, Hanya Mampu Menjerit Di Ruang Sempit Dalam Kehidupan Yang Kian Menghimpit.
Isnin, Jun 11, 2007
Kenduri Kahwin
Jumaat, Mei 25, 2007
SMS
"seelok2nya kurangkan berjumpa dengan pasangan bila dah dekat time nak kahwin nie"
Rabu, Mei 23, 2007
peTUA
Khamis, Mei 17, 2007
Kelabu
Bukan tak boleh melepak di rumah pada malam minggu. Cuma malam minggi itu sedikit berbeza. Ada pertembungan. Bukan setakat Chelsea vs Manchester, tapi peminat bola dan Akademi Fantasia.
Di rumah, pilihan pasti terarah ke Akademi Fantasia. Bak Kata pengacaranya, hari2 anda pasti sunyi tanpa AF. Kemat bukan tak minat AF. Sekali sekala dia intai juga diari AF sekembali dari kerja. Kadang2, lalai juga melihat konsert ulangan AF di siang harinya. Cuma malam itu, dia menyahut panggilan rakan2 KELABUnya.
Andak. Juga kepingin menonton AF. Diam tak diam, dia menaruh harapan pada Mila untuk menang. Jadi juara AF5. Cuma malam itu, Andak nak sokong pasukan barunya Chelsea julang piala. Dulu Andak pernah diwarwarkan meminati Arsenal, namun sejak Chelsea meningkat kebelakangan ini, dia berpaling tadah.
Ucop selantang2nya mengutuk AF. Kononya ia hiburan tak bermanfaat. Melalaikan. Terlalu banyak drama ciptaan. Dengarnya, semasa Mawi jadi juara dulu, banyak gak kredit dia habis nak memenangkan penyanyi pujaannya dulu. Itu dulu.
Lepat dan isteri. Rumah sewa mereka tiada ASTRO. Jadi melepak di kedai mamak tengok bola adalah pilihan yang lebih baik. Kata isterinya, dia sudah lama berhenti tengok bola sejak David Beckham tinggalkan MU.
"Kita mesti bubarkan juga. Siapa lagi nak teruskan kesinambungan kelab kita" hujah Ucop.
"Tapi, aku masih boleh menyertai aktiviti kelab itu kan. Macam Lepat sekarang" aku minta penjelasan.
"Masalahnya, korang dah tidak menepati syarat kelayakan kelab. Walaupun korang masih berminat dengan aktiviti kelab ini dan seronok dengan kewujudan kelab ini yang banyak menyokong korang selama ini, korang tetap harus meninggalkannya. Dan kelab kita nie sememangya tak akan kekal selamanya. Kita semua tahu kan semasa kita mula2 menubuhkannya dulu. Tiba masanya, setiap dari kita harus pergi. Tak kira suka atau tidak"
"Kamu semua yakin kelab nie perlu dibubarkan" kataku yg cuba dapatkan kepastian.
"Tak lama lagi kamu akan tinggalkan kelab nie Kemat. Yang tinggal hanya dua. Aku dan Andak. Lepat dah lama dipecat. Bulan 8 nie Andak turut jejak kamu. Aku dalam tahun nie juga pengakhirannya" bentak Ucop rakan aku yg asyik membina karier.
Akhirnya kami akur. Bulan depan KELABU akan dibubarkan.
KELABU = kelab lelaki bujang
Istimewa
Selasa, Mei 15, 2007
Selamat Hari Guru
Jumaat, Mei 11, 2007
Sayang Tak Terucap
Kata orang, tak perlu perigi mencari timba. Biarkan kumbang sahaja memilih bunga kesukaannya. Manis madu bunga tak sama. Iyer ker. Knapa nak diikutkan kata orang. Sedang hati pilu dan resah dimainkan perasaan.
Aku. Penakut yang amat sangat. Berhadapan dengan situasi ini. Meluahkan ungkapan. Cinta. Rindu. Dan Sayang. Terasa mahal harganya. Tidak boleh diucapkan berulangkali. Iyer ker. Akan jatuh harga ker. Akan susut nilai ker. Entah.
Kadang2 terasa malu. Kerana jadi penakut. Tapi lebih memalukan mereka yang mempermainkan ungkapan itu. Kerana cinta dikorbankan segalanya. Kerana cinta tergadailah semuanya. Atas nama cinta, kamu merelakan segalanya. Membenarkan dengan rela mereka meneguk madu yang kamu jaga selama ini.
Aaah.. bicara cinta ini boleh saja jadi gila.
Kata orang, bila dua insan bercinta mendirikan rumahtangga, kisah novel mereka tamat, kehidupan sebenar baru bermula.
Kini..menghitung hari...mengikat tali cinta pada sebuah perasaan sayang yang dirindui...
Khamis, Mei 10, 2007
Jaga
"Kne makan banyak gak ker nak kasi badan berisi. Pompuan tak suka ker laki yg slim. Abis tu lelaki suka ngan pompuan slim". Aku cuba minta kepastian dari Dayah.
"Masalahnya ngko nie nampak cam budak kecik jer. Dah la misai ngan janggut takder. Tak macho langsung. Perempuan impikan suami yang boleh jadi penjaga mereka. Buat orang disekeliling rasa gerun dengan kehadiran suami. Supaya org lain tak berani kacau si isteri" Dayah kasi lecture kat aku. Aku semenagnya tak segan nak bertanya pendapat tentang perempuan ngan Dayah. Dia jadi perunding imej aku.
"Ok. Lagi satu bulan kita jumpa lagi" ujar aku sambil membayar harga makanan.
Dan sebulan lepas itu.
" Ishhh.. ini bukan wajah penjaga. Nie dah macam pak cik jaga jer" ujar Dayar melihat akan misai dan janggut aku yg sebulan tak bercukur tu.
"Hehe. Salah amal ilmu ker. Aiseh, ko tak cakap ngan jelas itu ari. Penat bela janggut dan misai ni."
Khamis, Mei 03, 2007
Big Walk 07
Sebab ramai gak bertanya betul ke En Kemat pegi Big Walk tempoh hari, maka dilaporkan kisah Big Walk ini secara bergambar. Keterangan kamu buat sendiri la. Macam contoh soalan periksan Bahasa Melayu budak sekolah rendah. Karangan bergambar. Caption ada ditulis kat gambar tu tapi mungkin font dia kecik sangat. Takper cuba pakai kanta pembesar mata atau jegilkan saja mata kamu itu.
Dimaklumkan tiada gambar En Kemat kecuali kasutnya. Juga gambar2 anak gadis yang seksi. Itu cuma untuk tatapan & koleksi peribadi sahaja.
Isnin, April 30, 2007
Feng Shui
Ini kali keempat. Harap2 tak ader lagi selepas ini. Kalau adapun biarlah lambat2. Dah naik lenguh pinggang aku mengangkut barang. Berpindah kedudukan. Berpindah bilik. Asal bilik di hujung dunia kini semakin ke tengah. Tempat orang2 besar dan nerd bekerja. Entah camner org nakal seperti aku leh sangkut kat tengah2 nie. Mungkin senang bos nak pantau gerak geri aku. Alahai...
Nasib bilik aku yg keempat ini fengshui dia leh tahan. Walaupun sedikit panas, aku leh tahan lagi berbanding bilik aku yg sebelum ini betul2 kat tengah laman. Tempat orang lalu-lalang. Agak2 aku batuk pun bos2 leh dengar. Rasa macam semua mata memandang. Aku boleh bayangkan bagaimana Siti Nurhaliza hilang privasinya.
Sekarang, bilik aku sedikit terkebelakang. Tak der la di hujung dunia, cuma dipinggiran sajer. Dan paling penting, mereka dari luar tak boleh lihat pc aku. Jadi t'cover la sikit kalau nak jalankan aktiviti memblogging. Heheh.
Sempena Hari Pekerja esok, 1 Mei, aku ucapkan untuk semua golongan pekerja kat Malaysia ini. Err, aku tak maksudkan pelacur, perompak, perogol adalah pekerjaaan. Dan bulan Mei ini, juga bulan penuh hari kasih sayang. Ada hari Ibu, hari Bapa, hari Guru, hari Jururawat dan juga hari lahir saya.Hehhe....
Jumaat, April 27, 2007
Alahai
Dulu
Yang ada cuma satu
Nak jumpa dua atau tiga
Kini
Dah ada tiga dan empat
Rajin cari, rajin selak
Leh dapat lima atau enam
Patah tumbuh hilang berganti
Dulu dah cabut
Tapi hari ini ada lagi
Cam chipsmore lak..
Tandanya aku dah tua ker
Tapi aku lum berumahtangga
Uban... uban...
Isnin, April 23, 2007
Hujan
Macam2 cerita keluar. Kalah Astro. Cerita kami lebih variasi. Ada masam, manis, pahit dan kelat. Dari hal politik ke hal akademik. Cheh, tipu. Kan senang mengaku kamu borak pasal pompuan. Sekali sekal pasal saingan EPL di hujung musim.
Sambil2 bercerita, sempat juga kenakan Lepat yg baru sebulan kahwin tu. Iyelah, sejak kahwin, susah betul nak jumpa. Ada saja alasannya. Malam tu, Lepaat kami tahan hingga jam 1 pagi.
"Wah, engko sekarang, syok la kan. Ada org jaga. Tambah pulak akhir2 nie asyik hujan jer malam2. Lena la engko tido." kata kami seakan mengejek diakhiri tawa mengekek-ngekek.
"Tido, mana leh tido malam2 masa musim hujan sekarang"
Kami mula berimaginasi yang pelik2. Tapi kerut di dahi Lepat mematikan khayalan nakal yang cuba kami ilhamkan tu.
"Eh, apsal pulak. Hujan la best kan" kami cuba pancing Lepat.
"Aku sekarang menyewa kat Taman TTDI Jaya la.."
Ooo.. kesian Lepat. Sejak jadi pengantin baru dia dah pindah kat TTDI Jaya. Bila hujan lebat ckit jer, dah kene berjaga2 takut banjir. Selain isteri, nak kene sayang pada kereta dan harta2 kat dalam umah juga. Alahai....
Jumaat, April 20, 2007
Lari
Tapi minggu lepas, rutin sedikit berbeza.
Minggu lepas, ari minggu, lepas Subuh, aku bergegas ke Damansara. Dengan seluar track panjang, kasut futsal dan t-shirt pagoda, aku dah bersedia nak mulakan sebuah larian. Menjadi pelarian kepada sebuah acara larian BHP the Orange.
Dah lame sebenarnya aku tak join acara berlari ramai2 nie. Entah tiba2 bersemangat pulak nak sertai aktiviti cenggini. Mungkin terpengaruh dengan mereka2 yg dapat title Datuk dengan berenang, jenjalan kat kutub dan meredah lautan gelora. Tapi setakat lari 9km memang la tak kan dapat title Datuk. Kurang2 berlari keliling Msia ker.. tp kne la praktis ngan jarak pendek cam 9km nie.
Aku tak sangka dapat habiskan gak acara larian nie. 9 km tu. Walaupun sebenarnya aku cuma lari 5 km, lagi 4 km tu jalan2 sambil borak ngan peserta pompuan yang dah tak larat nak berlari. Paling best, dapat sebijik beg galas + beberapa cenderamata mini sebab tamatkan larian. Kira ok la tu.
Ingat lepas nie, nak join Big Walk plak. Ape kata korang ikut aku sekali. Jenjalan sesambil makan angin kat Dataran Merdeka 29 April nie.
p/s : Satu2nya kasut sukan yg aku ader adalah kasut futsal pasar malam tu. Belasah je la walau sakit tumit sebab tapak dia nipis sangat.
Khamis, April 12, 2007
Test HIV
N0 189. Huh, gilirannya tiba juga. Kertas keramat bernombor itu diserahkan kepada adik nurse yang manis di pintu itu.
Dan seketika kemudian, tititsan darah manis menitik perlahan2. Senyuman adik nurse sekurang2nya melupakan dia pada kesakitan.
" Ok. Dah siap. Encik tunggu kat luar jap, nanti kami bagi result"
"Err.. ujian air kencing tak wat ker"
" Eh, ujian HIV kita amik sampel darah jer"
Ciss.. nyesal plak tahan kencing tadi. Nak buang tadi takut kne test air kencing plak. Nie Apek la nie tipu aku cakap ujian HIV test darah ngan air kencing.
Rabu, April 11, 2007
Aku Raja Botol
Tak habis2 mereka gelakkan aku. Melihat botol air untuk kanak2 dalam kereta dan aku mengakui sebagai pemiliknya. "Aku jadi Raja Botol la” Mereka gelak lagi. Melihat aksi separuh bangga aku menjulang botol air itu. Tanpa dipinta aku terangkan akulah pemenang Raja Botol masa mengebur kat Taman Rimba Ampang, Bukit Belacan hari Sabtu yang lalu.
“Huh, siap mandi bunga lagi tu” Aku merujuk kepada sesi bermesra dengan air bersama bunga2 yang hadir antaranya Kak Ungku, Cik Nida dan Cik Amyz.
Dan aku, yang masih malu2, hanya memerhati dari tebing sungai awalnya. Aahh.. datang jauh2 tak mandi rugi plak, lantas beranikan diri join kelompok geng jurnal yg awal2 dah berendam dalam air. Nasib geng jurnal nie ok, sikap peramah diaorg menegur dan cuba berbual2 dgn aku sedikit sebanyak mengurangkan rasa segan. Cuma aku masih lagi malu dan kaku. Alah. Cam pengantin baru. Awal2 kamu mesti malu kan. Hehehe.
Dah abis citer pasal malu, masuk pasal citer yg ada sedikit unsur2 riak dan bongkak tapi masih terkawal lagi. Hahha. Kitaorg main game Raja Botol. Ntah dari maner Attokz dapat idea nie, tp menarik. Leh jadikan bahan pengajaran untuk cikgu2 matematik dalam kelas. Kamu kne bilang dari satu dan seterusnya dan bila sampai ke angka 7 dan gandaan 7, gantikan dengan perkataan botol. Saper kate sifir 7 senang, berkerut dahi nak mengingatkan kembali sifir 7 nie. Menggunakan format Akademi Fantasia, sorang2 peserta akan terkeluar dalam setiap pusingan. Last man standing dialah Raja Botol.
"Panjang sgt citer ngko nie Mat. Takder part citer pasal aweks2 ker" tanya mber opis.
"Huh, part tu aku tak leh citer kat korang. Khas utk yg bujang2 jer "
"Apsal ko tak nampak seri lepas mandi bunga ek"
X der seri lagi ker.. nie mesti kes mandi ngan OP kat penghujung sesi mengebur nie. Dah tawar balik kot.. Heheh..