Khamis, Julai 01, 2010

Mencari Jalan Pulang

"Betul kamu tahu nak ke sana" tanya kawan. Yang teringin tapi was-was.

"Singapura nie kechik jer. Selagi kita tak langkah Tambak Johor, pasti kita kat pulau nie lagi. Dah jom. Bas dah sampai" ujar aku sambil tunjukkan bas 2 tingkat yang menghampiri perhentian.

15 minit selepas itu. Kami dah sampai ke tempat yang ingin dituju. Jalan Bugis.

"Leh tahan ngko punya pengetahuan pasal jalan kat sini yek" puji kawan yang berpuas hati dengan destinasi 'redah-redah cari makan' yang aku cadangkan. Aku senyum. Tak boleh nak bangga lebih-lebih. Tapi memang terasa nak buang jer peta kat tangan tu.

"Eh, balik nie macam mana"

Aku diam. Aku lupa fikir pasal jalan balik masa datang tadi.

Dan kata mak cik kat hentian bas tu " Hotel 81, ada banyak kat Geylang tu... lorong mana satu hotel kamu nie". Peta tadi memang dah aku buang. Alahai.


4 ulasan:

zonaku berkata...

hehehhe
biar betul!

miinta tlg kat balai polis la

. berkata...

kompas ada?

shasha berkata...

heheheh....sesat jugak dalam pulau yg kecik tuh??
ops..tak leh gelakkan abg kemat sbb saya pun tak penah sampai lagi..haha

Kemat berkata...

zonaku:
jumpa juga akhirnya

nizamsani:
aku tengok buruj jer bro

shasha:
kalau nak melancong, malaysia lagi best lah...betul